Part 6 - She is so cute.

30.3K 1K 5
                                    

10 minit sebelum mesyuarat di Kamarul Construction, Melaka.

Naufal Iskandar memandang dari jauh Sofea Imani yang kelihatan kelam-kabut dan tergesa-gesa. Wanita itu kelihatan anggun dan sophisticated sekali sesuai dengan jawatan yang disandangnya. Wanita itu langsung tidak perasan akan kehadirannya walaupun Sofea baru sahaja melintasi di hadapannya. Apa yang pasti dia berpuas hati, buah hatinya kini semakin dekat dengan nya.

Naufal saja tidak mahu masuk awal ke dalam bilik mesyuarat itu. Sofa empuk yang diduduki itu sangat selesa.  Keletihan memandu dari cawangan baru syarikatnya di Pulau Pinang masih bersisa. Jika dari Kuala Lumpur, dia tidak ada masalah. Kelibat Datuk Kamarul, kakitangan Kamarul Construction dan kakitangannya sendiri sedang berjalan menuju ke bilik mesyuarat. Mereka baru sahaja pulang dari bersarapan di kafeteria syarikat itu. Naufal sahaja yang tidak ikut serta, masih keletihan merupakan alasannya.

" Ayuh Encik Naufal, mesyuarat akan bermula sebentar lagi". Nizam, PA Naufal memberitahu. Naufal bangun dan meminta PA nya masuk dahulu. Dia ingin ke tandas untuk mencuci muka untuk menyegarkan dirinya dari mengantuk. Selepas pulang dari tandas, Naufal terus ke bilik mesyuarat.

" Assalamualaikum, sorry saya lambat. Let me introduce myself. I'm Naufal Iskandar bin Abdul Rahim. Chief Executive Officer of RS Corporation. Nice meeting all of you." Selesai memperkenalkan dirinya, Naufal mengambil tempat di sisi Datuk Kamarul. Mesyuarat berjalan dengan lancar. Kata sepakat telah dicapai dan MoU telah ditandatangani. Namun di sebalik kegembiraan itu, cuma ada seseorang yang tidak begitu gembira. Sofea Imani rasa sangat tidak selesa. Dari mula mesyuarat hingga lah tamat, lelaki itu tidak melepaskan pandangan nya ke arah Sofea. Sofea merasakan seperti di dalam bilik mesyuarat yang besar itu, hanya ada dia dan lelaki itu. Lelaki itu. Naufal Iskandar.

Suara Datuk Kamarul memecahkan lamunan Sofea. " Baiklah semua, diharapkan setelah perjanjian ini ditandatangani kita semua dapat bekerjasama dalam projek ini tidak kiranya sama ada anda dari RS Corporation or Kamarul Construction. What the most important is our teamwork. Saya berasa sangat bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan Encik Naufal yang merupakan salah seorang CEO muda yang sangat disegani. Diharapkan kejayaan beliau menerajui RS Corporation boleh dicontohi anak-anak muda di luar sana. Projek kita yang bernilai hampir RM 500 juta merupakan antara projek termahal yang pernah Kamarul Construction uruskan. Di harapkan sepanjang projek pembinaan hotel 5 bintang ini akan dipermudahkan." Seisi bilik mesyuarat bertepuk tangan. Tepat jam 11.30 pagi, semuanya bersurai. Sofea Imani antara yang terawal keluar. Dia ingin segera lari dari situ tapi sayangnya dia gagal. Datuk Kamarul memanggil namanya. " Encik Naufal, this is Sofea Imani. She is responsible as Head of Finance Department." Sofea hanya tersenyum. Bicaranya kelu seakan-akan ada sesuatu yang tersekat di kerongkongnya. "Nice meeting you Miss Sofea. I hope in the future we can work together in peace and harmony."
Sempat Naufal wink kepada Sofea dan Sofea dapat merasakan bahawa dia perlu oksigen.

Naufal tersenyum sendiri. Air muka Sofea yang nyata tidak senang akan kehadirannya dipamerkan tapi baginya itu semua menghiburkan hatinya. Sofea nampak cute dimatanya ' Sabarlah hati, dia dah ada depan mata kau. Ada banyak masa lagi untuk kau dekat dengan dia. Akan aku kejar kau Sofea Imani' , bisik hatinya.

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now