Part 15

23.4K 773 3
                                    

1 bulan kemudian...

Tokk...tokk

"Masuk."

"Fea..."

"Mma...ma...mama....macam mana boleh ada kat sini?"

Puan Saadiah tidak menjawab pertanyaan Sofea tetapi segera menarik Sofea Imani kedalam pelukan nya. Rindu benar dia dengan Sofea. Sofea pula masih membekukan diri. Tidak percaya dengan kedatangan bekas ibu mertua nya. Perlahan-lahan Sofea membalas pelukan Puan Saadiah.

Rindu.

Sofea rindukan wanita itu.

Lama mereka berpelukan. Selepas itu, Sofea membawa Puan Saadiah duduk di sofa.

Sofea masih seperti dulu. Lemah lembut dan penuh sopan santun. Malah kini semakin anggun. Alangkah bahagianya aku jika dia kembali menjadi menantuku semula.

"Mama sihat?" Puan Saadiah mengangguk sambil tersenyum.

"Alhamdulillah. Mama sihat. Anak mama ni pula macam mana? Makin kurus je mama tengok." Puan Saadiah mengelus lembut pipi Sofea. Dapat Sofea rasakan sentuhan prihatin seorang ibu.

Anak mama. Sofea terharu dengan keprihatinan Puan Saadiah. Sepanjang bergelar menantu kepada wanita itu, dia dilayan begitu baik sekali. Encik Rahim dan Puan Saadiah tidak pernah menganggap Sofea sebagai menantu mereka tetapi sebagai anak kandung mereka. Dia begitu bersyukur dikurniakan mertua yang baik dan tidak banyak kerenah. Langsung tidak kisah akan latar belakangnya yang hanya orang biasa dan sebatang kara.

"Fea sihat mama. Mungkin penat kerja agaknya itu yang nampak kurus. Boleh Fea tahu apa yang bawa mama ke sini dan macam mana mama tau Fea kerja dekat sini?"

"Mama tahu Fea kerja di sini dari secretary Naufal tapi Fea jangan bimbang sebab Naufal tak tau yang mama datang sini jumpa Fea. Kebetulan pula mama memang ada urusan di Melaka."

Naufal. Sebaris nama yang boleh melemahkan seorang Sofea Imani. Kali terakhir mereka bertemu ialah sebulan yang lalu dan sejak itu Naufal seakan menjauhkan dirinya dari Sofea. Bahkan nama Sofea turut digugurkan dari projek kerjasama RS Corp. dan Kamarul Construction. Naufal sendiri yang mengarahkannya dengan alasan tidak mahu Sofea terlalu sibuk. Kini staff finance RS Corp. yang menguruskan hal-hal kewangan projek tersebut. Sofea lagi senang begitu.

"Fea..."

"Fea...."

Sofea terhenti dari lamunanya.

"Sorry mama. Fea mengelamun pula. Ada apa mama?"

"Fea, sebenarnya mama ada benda penting nak cakap dengan Fea tapi bukan sekaranglah sebab mama tak nak kacau Fea kerja. Malam ni Fea free tak?"

"Malam ni Fea memang tak ada apa-apa benda nak buat. Mama nak ajak Fea keluar ke?"

Puan Saadiah mengangguk.

"Kita keluar selepas solat maghrib boleh tak mama?"

"Boleh sayang. Dapatlah mama berbual lama sikit dengan anak mama ni. Tempat nanti Fea yang aturkan boleh tak? Mama tak berapa tahu sangat tempat-tempat dekat Melaka ni."

"Okey, no problem. Nanti Fea text mama. Mama masih guna nombor lama kan?"

Fea masih simpan nombor telefon aku walaupun sudah empat tahun kami tak jumpa.

"Iya sayang. Okeylah sayang, mama tak nak kacau Fea kerja. Nanti kita jumpa malam ni ya."

"Baik mama. Mama ada datang sini siapa yang hantar?"

"Mama drive sendiri. Malaslah nak susahkan driver."

"Dari KL sampai Melaka, mama drive sendiri?"

Puan Saadiah hanya senyum.

"Cayalah mama! Fea respect mama. Malam ni biar Fea jemput mama jelah. Senang sikit. Mama duduk hotel mana?"

"Bagus jugak tu. Mama stay dekat Ramada Plaza."

"Okey nanti mama tunggu dekat lobi hotel jelah. Bila dah sampai nanti Fea call."

"Okey dear." Puan Saadiah mengangkat punggung untuk bangun dari sofa. Sofea menghantar Puan Saadiah turun hingga ke pintu kereta. Mereka berpelukan dan selepas itu Puan Saadiah masuk ke dalam perut kereta. Sofea menghantar pemergian Puan Saadiah dengan matanya hinggalah kereta tersebut hilang dari penglihatan nya.

Apa yang mama nak bincangkan dengan aku? Pasal Naufal kah?

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now