Part 17

23.5K 804 24
                                    

Hujung minggu itu, Sofea mengambil keputusan untuk ke KL. Pada mulanya dia rasa ragu-ragu tetapi gerak hatinya mendesak untuk pergi. Tepat jam 10.30 pagi, Sofea sudah selamat sampai ke KL. Sofea memberhentikan keretanya di tepi jalan.

Nombor telefon Puan Saadiah segera di dail untuk mengkhabarkan kedatangan nya.

"Assalamualaikum mama."

"Waalaikumussalam. Rindu mama dengan Fea." Suara Puan Saadiah ceria di hujung sana.

"Fea pun rindu mama. Sebenarnya sekarang ni Fea ada di KL. Fea nak ke rumah mama. Mama busy ke harini?"

"Baguslah. Suka mama dengar Fea nak datang. Mama tak kemana-mana hari ni."

"Erm okay, nanti kalau Fea dah sampai, Fea call mama."

"Okey sayang."

Setelah talian di matikan, Sofea meneruskan pemanduan nya ke rumah Puan Saadiah. Walaupun sudah empat tahun meninggalkan KL tetapi ingatannya kepada rumah itu masih kuat. Kalaulah dia dan Naufal tidak bercerai dulu, pasti mereka sudah mempunyai dua atau tiga orang anak dan hidup bahagia. Namum apakan daya, takdir hidupnya sudah tertulis begitu.

Sofea membelok masuk ke kawasan perumahan elit di KL. Sempat Sofea mengangkat tangan ke arah pengawal keselamatan yang duduk berehat di pos pengawal kawasan perumahan ini. Sambil memandu, Sofea memerhati rumah-rumah mewah yang gah di sepanjang jalan yang kebanyakkannya seperti istana.

Sampai mati pun, aku berangan jelah nak buat rumah macam tu.

Akhirnya, Sofea memberhentikan keretanya di depan sebuah rumah banglo yang tidak kurang mewahnya iaitu rumah bekas mertuanya. Agak berdebar juga untuk menjejakkan kaki ke rumah agam tersebut setelah empat tahun meninggalkan keluarga itu. Namun, digagahkan jua kaki untuk keluar dari kereta dan menekan loceng.

Ding dong...ding dong...ding dong

Setelah tiga kali menekan loceng, pagar rumah tersebut dibuka. Kelihatan seorang wanita lewat 50 an menuju ke arah Sofea.

"Assalamualaikum mak cik. Saya Sofea, saya nak jumpa Puan Saadiah." Kata Sofea sopan.

"Waalaikumussalam. Mak cik tahu, tadi Puan Saadiah ada bagitau mak cik. Cik Sofea boleh panggil mak cik, Mak Zah. Mari masuk ke dalam Cik Sofea."

"Mak Zah panggil saya Sofea jelah. Tak perlu bercik-cik."

"Duduk dulu Sofea. Kejap lagi Puan turun lah tu."

Mak Zah meminta diri untuk ke dapur meninggalkan Sofea sendirian di ruang tamu. Dekorasi rumah ini masih seperti dulu, tidak banyak yang berubah. Susunan sofa sahaja yang berubah pada pandangan mata Sofea.

"Assalamualaikum." Suara seorang lelaki memberi salam. Sofea yang sedang duduk mencari si pemilik suara.

Papa.

"Waalaikumussalam." Jawab Sofea.

"Fea....Fea ke tu? Papa tak salah tengok kan?" Encik Idris seperti tidak percaya dengan kehadiran Sofea di rumahnya.

Sofea segera menyalam tangan Encik Rahim.

"Papa, sihat?"

"Alhamdulillah. Papa tak sangka Fea nak datang harini. Dah lama sampai?"

Encik Rahim dan Sofea duduk di sofa. Puan Saadiah pula yang baru turun dari tingkat atas menyertai mereka di ruang tamu. Sofea memeluk Puan Saadiah dan menyalam tangan wanita tersebut. Puan Saadiah mengambil tempat di sebelah Encik Rahim.

"Kenapa Diah tak bagitau yang Fea nak datang? Nasib baik lah abang balik awal, kalau lambat tadi tak jumpa lah dengan Fea."

"Papa sebenarnya Fea pun baru bagitau mama hari ni. Maafkan Fea sebab tak bagitau awal-awal pada mama dan papa," kata Sofea kepada Encik Rahim.

Akan Aku Kejar JandakuWo Geschichten leben. Entdecke jetzt