4: Harapan

10.7K 409 2
                                    

"Hai Faiqah,sedap tak cupcake semalam tu,"tanya Daniel inginkan kepastian.

"Awak tahu tak masin gila cupcake awak tu.No wonder la awak bagi semua cupcake tu dekat saya."

"Hah!Betul ke?Sorry awak saya tak tahu.Masa saya buat tu saya rasa ok je,"kata Daniel gelabah.

Aku nak gelak boleh tak?Aku geram tengok muka Daniel menggelabah macam ni.Comel sangat.Macam nak picit je pipi dia tu.Aku tak tahan nak gelak dah ni.

"Hahaha..."Aku gelak berdekah-dekah sambil menekan perutku.

"Muka kau priceless gila tadi.Aku melawak je la."

Daniel mesti geram dengan aku sekarang.Tengok je la muka dia merah tengah tahan geram la tu.Tak semena-mena kepalaku disekeh oleh Daniel.Aku mengaduh kesakitan.Habis tudung aku senget benget dah.Aku membetulkan tudungku yang senget benget itu.

"Assalamualaikum.Korang borak apa ni?Mesra je aku nampak,"kata Hanie yang baru datang sekolah.

"Kita orang borak kosong je.Wei asal kau datang lambat?Rugi gila kau tak tengok muka priceless Daniel."

"Aku bangun lewat harini.Hee.."Hanie memasuk tangannya ke dalam tudung lalu menggosok belakang tengkuknya.

Wuu..pecah rekod Cik Hanie Haida kita bangun lewat harini.Aku baru nak tanya lebih lanjut cikgu mata pelajaran kimia kelas aku pun masuk.Haish terpaksa batalkan niat aku.

♛♛♛

Aku dan Hanie berjalan keluar dari kawasan sekolah.Macam biasa aku akan balik jalan kaki dengan Hanie.Masih sepi antara kami berdua.

"Kau dengan Daniel ada apa-apa hubungan ke?"

Uishh..ada suara rupanya kawan aku ni.Aku fikir bisu dah.Apa la kau ni Faiqah kerja kutuk kawan kau je.Haih..

"Ada,"jawab aku selamba.

Terjegil mata Hanie selepas mendengar jawapan aku tadi.Macam nak terkeluar je biji mata dia tu aku tengok.

"Wei cakap la betul-betul.Jangan buat lawak."

"Aku cakap betul-betul la.Ada nampak muka aku macam buat lawak ke?"

Hanie menggelengkan kepalanya.

"Kau ada hubungan apa dengan dia?"

Tak habis lagi ke soal ni.Aku fikir habis dah.Aishh..payah betul kalau ada kawan macam ni.

"Hubungan aku dengan Daniel cuma kawan je."

Membulat mata Hanie.Aku cakap benda betul kot.

"Tadi kau kata kau ada hubungan dengan Daniel sekarang kau kata kau dengan dia kawan je.Mana satu kau ni?"soal Hanie tak puas hati.

"Betul la aku dengan Daniel ada hubungan dan hubungan aku dengan Daniel adalah kawan.Faham.."

Penat aku kena terang satu-satu dekat minah ni.Kalau dia tak faham jugak aku hempuk dia dengan beg sekolah aku ni.

"Bukan hubungan tu yang aku maksudkan.Maksud aku hubungan yang istimewa."

"Ouhhhh...lain kali cakap la straight to the point terus.Jangan la cakap berbelit-belit aku mana nak faham."

Hanie tersengih.Kemudian dia buat tanda piece dekat aku.Eee..selamat kawan aku kalau tidak aku hempuk dah dia ni dengan beg aku.

"Aku tak ada hubungan istimewa dengan Daniel pun,"jawab aku acuh tak acuh.

"Betul ni?"tanya Hanie inginkan kepastian.

"Betul la."

"Yeay..aku ada harapan lagi la ni nak pikat hati Daniel."

Aku tersenyum lalu aku menggeleng kepalaku melihat telatah kawan aku ni.Dah macam budak-budak.Selamat tak ada orang lalu dekat sini kalau tidak kena cop gila kawan aku ni.Kemudian aku jalan meninggalkan Hanie di belakang.

♛♛♛

First Love Or Last Love ✔Where stories live. Discover now