15: Pengantin Ganti

13K 397 6
                                    

5 tahun kemudian..

"Apa semua ni Faiqah!Dulu jantan tak berguna tu bagi janji manis sekarang habuk pun tak ada.Yang ada kita akan dapat malu.Mana papa dengan mama nak letak muka?!"tengking papaku.

Aku memandang abangku sayu.Semoga abangku dapat menolongku.Namun hampa kerana abangku tidak dapat berbuat apa-apa apabila papa sedang marah.Kesian abang aku baru je balik dah kena selesaikan masalah aku.

Kalau Daniel tak lari malam ni mesti abang aku dapat tidur nyenyak dah sekarang ni mimipikan Aisya.Hahaha..dan lagi aku buat lawak hambar waktu serius macam ni.

"Papa dah buat keputusan walau macam mana cara sekalipun perkahwinan Faiqah tetap diteruskan cuma pengantin lelaki je yang bertukar,"kata papaku.

Aku sedikit terkejut dengan keputusan papa.Aku mahu membantah namun apabila papa merenungku tajam terus aku matikan niatku itu.Aku terpaksa akur dengan keputusan papa.

Macam mana agaknya bakal suami aku nanti?Aku kenal dia ke?Hensem tak?Ada pekerjaan yang bagus ke?Boleh ke aku mencintai bakal suami aku nanti?

Banyak persoalan yang berlegar-legar di otak aku ini.Namun aku hanya mendiamkan diri saja.Biar persoalan otu berlegar-legar di otakku daripada terkeluar dari mulutku ini.Nanti tak pasal-pasal aku kena lempang lelaju dengan papa aku.Kemudian masuk surat khabar tajuk depan sekali 'mulut membunuh' tak ke naya.

♛♛♛

Baju putih sudah tersarung ditubuhku.Tudung pula sudah menutupi rambutku.Namun pintu hatiku masih belum tertutup untuk Daniel jika dia masih mahu bernikah denganku.

"Faiqah,jom turun.Pengantin lelaki dah sampai,"kata Hanie yang menjengukkan kepalanya di pintu kamar aku.

Ah!Stress.Aku tak nak kahwin dengan lelaki asing mana entah tu.Kalau nak lari sekarang,aku dah terlambat.Redha je la.Harap-harap bakal suami aku tu tak panas baran dan perangai-perangai negatif yang lain.

"Faiqah,jom turun.Pengantin lelaki dah sampai,"panggil mamaku.

Tangan aku mulai sejuk.Aku jadi semakin takut.Peluh sudah keluar.Muka aku juga sudah pucat.Caih!Apa punya ayat.Macam jumpa hantu pun ada.Padahal peluh tak keluar pun.Bohong ja lebih !

Aku menuruni tangga lalu duduk di sebelah mama aku.Hanie pula duduk di sebelah kanan aku.Aku memegang tangan Hanie kerana takut.Caih!Bukan nak pergi perang pun.Apa la aku ni.

"Aku terima nikahnya Faiqah Adreanna Bt. Zarul Hisham dengan mas kahwinnya RM 10 000 tunai."

Dengar saja kalimat itu tadi,air mataku turun perlahan-lahan ke pipiku.Aku dah jadi isteri orang dan aku juga jadi isteri kepada lelaki yang asing bagi aku.

Lelaki itu duduk di hadapan aku.Dia mendekatkan mukanya ke telinga aku.Aku hanya membiarkan saja perbuatannya itu.

"Sampai bila nak tadah tangan macam tu?Tak nak aminkan doa ke?Tok kadi dah lama habis baca doa tadi,"kata lelaki itu dalam nada bergurau.

Aku cepat-cepat mengaminkan doa.Malu siot kena tegur dengan suami stranger aku ni.Hanie di sebelah sudah gelakkan aku.Aku terus menghulurkan tangan aku kepada suami aku tanpa memandang wajahnya.

Lantas dia menyarungkan cincin platenium di jari manis aku lalu aku tunduk mencium tangannya.Kemudian aku pula menyarungkan cincin ke jari manisnya lalu dia mencium dahi aku.Lama.

Ish ! Cium apa lama-lama dahi aku ni.Tahu la dahi aku licin pun tapi tak payah la cium lama-lama.Kalau nak sangat cium lama-lama sambung dekat bilik nanti.Amboi,galak pulak aku!

♛♛♛

Wei ! Cuba bayangkan aku kena tidur atas lantai semalam.Sakit badan siot.Dia buat macam rumah dia sendiri pulak padahal tu rumah aku.

"Aku tak nak kau tidur dengan aku.Aku nak kau tidur atas lantai memandangkan sofa tak ada dalam bilik kau ni,"arah Rizki.

"Eh eh,kau ingat ni bilik kau ke?For your information Encik Rayyan Rizki Syahreza ni bilik saya ok,"kataku

"Eh!Mak enon,mana kau tahu nama aku hah?"tanya Rizki.

"Well..aku ni kan stalker yang paling handal di dunia,"kataku dengan membuat gaya ala-ala diva.

"Ah!Apa-apa je la.Yang aku tahu aku nak kau tidur bawah.Jangan sesekali naik atas katil ni,"kata Rizki lalu menarik bantal pelukku lalu tidur membelakangiku.

Tak guna punya suami.Tak gentleman betul ! Tak boleh jadi ni.Aku kena pertahankan hak aku jugak.Aku baru nak cakap tapi Rizki terlebih dahulu bercakap.

"Jangan marah ye sayang...jangan bantah cakap abang tau.Nanti sayang jadi isteri yang nusyuz,"tambahnya lagi.

Abang?sayang?euw...like seriously mamat ni.Berbulu telinga aku ni dengar dia cakap macam tu.Akhirnya aku membuat keputusan untuk tidur di atas lantai.Takpa sis tabah...

♛♛♛

First Love Or Last Love ✔Where stories live. Discover now