5: Denda

10.3K 380 2
                                    

Aku menghitung masa je nak keluar dari kelas ni.Mana taknya sekarang waktu Sejarah.Dah la bosan.Kenapa perlu ada subjek Sejarah.Orang kata benda yang lepas jangan dikenang tapi belajar jugak Sejarah.Apa la cakap tak serupa bikin.

Kring..Kring!!!

Yeay waktu rehat.Masa untuk pergi makan.Aku kemas buku aku kemudian letak bawah meja.Dah jadi habit aku bila waktu sekolah longgok buku bawah meja bila nak balik baru aku bawak balik buku yang aku longgok bawah meja.

“Terima kasih kelas,”kata Cikgu Azlin lalu keluar dari kelas.

Semua pelajar berpusu-pusu turun ke kantin.Dah macam zombie je aku tengok.Aku pantas tarik tangan Hanie untuk turun ke kantin.

“Kau jaga tempat aku pergi beli makanan.Kau nak apa?”

“Aku nak nasi ayam,”jawab Hanie teruja.

Mau tak teruja minah ni.First time kot aku tolong beli dekat dia kalau tak aku jaga tempat dia yang beli untuk aku.Harini terbalik pulak.

Aku berjalan ke arah gerai yang jual nasi ayam.Menjerit punya menjerit dekat mak cik tu akhirnya dapat juga aku beli nasi ayam ni.

Kemudian aku pergi beli makanan untuk aku pulak.Tiba-tiba aku terlanggar seseorang.Habis tumpah nasi ayam Hanie atas baju orang yang aku langgar tu.

“Woi!Kau jalan pakai mata ke pakai kepala lutut hah!”jerit orang itu kepada aku.

Ramai orang mengelilingi aku dengan budak lelaki tu.Aku pantang bila orang jerit dekat aku.Kalau telinga aku pekak macam mana.Kau nak ganti ke tak guna oii.Mai sini kau dengar suara precious Faiqah Adreanna pula.

“Sorry la.Tak perlu kot nak jerit-jerit.Kau ingat ni hutan.Lain la kalau kau nak ganti tarzan yang suka terjerit-jerit tu!”tengking aku pada lelaki itu.

Semua orang yang ada dekat situ tergelak.

Budak lelaki menahan geram.Tangannya dikepal-kepal menjadi penumbuk.Dia mara menghampiri aku.Penumbuknya di angkat tinggi lalu diayunkan ke arah aku.

Aku terus tutup mata aku.Reaksi spontan.Bersedia la kau Faiqah nak kena tumbuk dah tu.Balik ni sah aku tak keluar bilik sebab lebam di muka aku nanti.Tapikan aku tak rasa apa pun dari tadi.Aku terus buka mata.

“Wei Amir kau nak jadi lelaki dayus ke hah?!”tengking Daniel sambil menahan penumpuk Amir.

“Masalahnya perempuan ni yang mula dulu.Kau tengok ni habis kotor baju aku,”kata Amir sambil menunjuk tompok merah yang ada dekat bajunya.

“Takkan tu pun nak kecoh.Apa la kau ni cuba jadi matured sikit,”nasihat Daniel.

Belum sempat Amir membalas kata-kata Daniel cikgu disiplin datang.

“Apa kecoh-kecoh ni.Saya nak kamu bertiga masuk bilik disiplin sekarang!”

Waa..dah la waktu rehat dah habis aku tak sempat nak makan tadi.Aku sempat pandang Hanie.Dia membuat muka sedih.Semua kerana aku.Hanie pun tak dapat makan.Mama Faiqah lapar.

♛♛♛

Aku kutip sampah dengan malasnya.Dah kena pakai benda alah ni.Argh..kalau cikgu tulis dekat kertas kardboard yang tergantung dekat leher aku ni dengan ayat yang sedap mata memandang takpa la jugak.Tapi cikgu tulis dekat kardboard ni 'Saya Budak Paling Rajin Untuk Bersihkan Kawasan Sekolah Ni.’

Malu siot tiap kali pelajar lalu.Kalau mamat dua ekor tu tak menjawab sah kena bebel je tadi dengan Cikgu Aminah je tadi.Mesti sekarang ni aku dapat tidur dah.Aku perhati je mamat dua ekor tu dari tadi.Asyik bergaduh je aku tengok.

Aku berehat dekat bangku yang disediakan.Lantak la cikgu nak marah pun yang aku tahu aku penat aku nak rehat.Kalau benda alah yang tergantung dekat leher aku ringan takpa la jugak ni berat nak mampus!

“Kenapa kamu bergaduh dekat kantin.Kenapa rasa diri tu besar sangat dah ke atau dah rasa diri tu hebat sangat?”marah Cikgu Aminah kepada Daniel dan Amir.

“Kamu pula Faiqah,saya rasa kamu tak pernah masuk bilik disiplin tapi kenapa tahun ni masuk bilik disiplin?Kenapa?Sebab kamu rasa tahun ni tahun akhir kamu jadi kamu nak buat masalah la!”marah Cikgu Aminah kepada aku pula.

Aku baru nak jawab soalan Cikgu tiba-tiba Daniel dan Amir menjawab.

“Ala cikgu leceh la kalau macam ni.Cikgu jangan la berleter.Cikgu jangan la jugak marah.Nanti cikgu cepat tua.Haa tengok tu habis berkedut dah muka cikgu,”kata Amir selamba.

“Betul tu cikgu.”Daniel mengiyakan kata-kata Amir.

Aku tengok muka Cikgu Aminah merah sebab tengah tahan marah.Ok ni malapetaka.Asal mamat dua orang ni menjawab.Aduh!Apa la nak jadi lepas ni.

“Kamu bertiga di denda mengutip sampah seluruh kawasan sekolah ni sambil memakai benda ni!”tengking Cikgu Aminah sambil mengangkat kardboard yang tertulis ‘Saya Budak Paling Rajin Untuk Bersihkan Kawasan Sekolah Ni.’

Tiba-tiba ada orang menepuk bahuku.Aku tersentak.Habis hilang apa yang aku mengelamun tadi.Aku menoleh ke belakang untuk melihat makhluk Allah yang menepuk bahuku itu.

“Ler kau rupanya.”Aku membuat muka menyampah.

“Memang la aku.Apa kau ingat putera raja ke?Eh dah la jom balik.Lagipun dah lewat petang ni,”kata Daniel sambil tersengih.

“Eh ha'ah la.Tapikan Amir mana?”tanyaku sambil mataku melilau mencari Amir.

“Amir dah selamat sampai rumah dah kot aku rasa,”kata Daniel ragu-ragu.

“Amboi mamat tu laju gila.Dah la jom balik,”kataku sambil membuang benda alah yang tergantung dileherku ini.

♛♛♛

First Love Or Last Love ✔Where stories live. Discover now