39: Cari

10.7K 299 5
                                    

Sudah lima bulan Zayyan dalam keadaan teruk macam ni.Dia sudah seperti mayat hidup.Di suruh makan dia tak mahu.Di suruh tidur dia tak mahu.Kalau paksa baru dia tidur.

“Ed mari makan sayang,”kata Tengku Rasyidah.

“Faiqah.”Tengku Rasyidah mengeluh.Hanya nama itu sahaja yang meniti dibibir anaknya itu selama lima bulan ini.

“Nanti kita cari Faiqah ye. Sekarang Ed makan dulu.”Tengku Rasyidah menyuakan sudu di hadapan mulut Zayyan.

“Bonda rasa Faiqah marah Ed tak?”tanya Zayyan polos.

Tengku Rasyidah menggeleng kepalanya.“Faiqah takkan marah kalau Zayyan makan.Faiqah mesti tak suka tengok keadaan suaminya macam sekarang ni.”

Zayyan mengangguk perlahan lalu perlahan-lahan dia membuka mulut lalu memakan bubur yang disuakan oleh Tengku Rasyidah.

Hati ibu mana yang tak sedih kalau tengok keadaan anaknya macam ni.Ya Allah kau kuatkanlah hati anakku untuk menerima dugaan-Mu,rintih hati tua Tengku Rasyidah.

♛♛♛

Zayyan menelefon seseorang.Hari ini dirinya sudah kuat sedikit.Jadi dia pergi ke pejabat.Sudah lama dia meninggalkan kerjanya itu.Mungkin sudah menggunung kerjanya.

Apabila panggilan berjawab, Zayyan memberitahu rancangannya itu kepada lelaki tersebut.

Zayyan terus meletakkan telefonnya di atas meja selepas lelaki itu meletakkan panggilan.Dia menyandarkan badannya pada kerusi.

“Biy akan cari sayang sampai dapat.Itu azam biy,”kata Zayyan perlahan.

♛♛♛

Sejak akhir-akhir ini Zayyan kerap tiada di rumah.Tengku Rasyidah melihat Zayyan pelik.Kalau anaknya balik pasti tidak lama.Seperti sibuk menguruskan sesuatu.

“Ed nak pergi mana tu?”tanya Tengku Rasyidah kepada Zayyan yang baru saja menuruni anak tangga.

“Ed nak pergi jumpa kawan.”Jawapan yang sama di terima oleh Tengku Rasyidah hampir setiap hari dari anaknya itu.

“Bonda tengok Ed keluar setiap hari.Sekarang ni Ed jarang ada dekat rumah.Ed pergi mana sebenarnya?Ed ada buat benda yang tak elok ke?”Zayyan memberhentikan langkahnya lalu memandang ke arah Tengku Rasyidah.

“Mana ada Ed buat benda tak elok.Ed keluar jumpa kawan je la,”nafi Zayyan.

“Ye la tapi takkan jumpa kawan setiap hari , setiap minit , setiap jam kot.”Zayyan menggosok belakang lehernya.

“Ok la bonda.Ed pergi dulu.Dah lambat ni,”kata Zayyan lalu keluar dari rumah.Sebenarnya dia ingin elakkan dirinya dari menjawab soalan Tengku Rasyidah.

♛♛♛

First Love Or Last Love ✔Where stories live. Discover now