43: Hari Malang

10.3K 315 3
                                    

Aku menolong akak Syarafina di dapur.Malas aku nak tengok muka Zayyan.Kalau ikutkan hati macam aku tak nak je masak dekat dia.Biar dia kebulur.Selamat ada akak Syarafina kalau tidak dah lama aku smackdown Zayyan.

"Apa yang Faiqah fikir tu? Akak tengok macam berat je masalah tu,"tanya akak Syarafina memecahkan kesunyian.

"Tak ada apa la kak,"kata aku seraya tersengih kepada akak Syarafina.

"Kita ni sebagai isteri tak baik derhaka dekat suami walau sejahat mana sekalipun suami kita dia tetap kita kena hormat sebab syurga kita ada di bawah tapak kaki dia,"kata akak Syarafina sambil memotong sayur.

"Apa maksud akak ni? Faiqah tak faham la."Akak Syarafina memandang ke arahku seraya tersenyum nipis.

"Akak tahu yang Faiqah masih tak maafkan Zayyan.Macam ni la.Apa kata Faiqah cuba maafkan Zayyan.Takkan nak tunggu Zayyan dah tak ada baru Faiqah nak maafkan dia.Kita ni hanya manusia biasa.Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan.Zayyan layak terima peluang kedua."Aku hanya diam mendengar nasihat akak Syarafina.

"Eh! Dah la.Jom sambung masak nanti lambat pula kita makan malam,"kata akak Syarafina.

Aku memadang ke arah ruang tamu kelihatan Zayyan sedang bermain dengan Ryan.Jelas terpancar riak kebahagian di mukanya.Adakah aku yang salah? Patut ke aku memaafkan dia lepas apa yang dia dah buat dekat aku? Patut ke aku bagi dia peluang yang kedua?

♛♛♛

Aku berjalan seorang diri ke kedai.Takkan aku nak minta tolong Zayyan untuk teman aku pergi kedai.Ergh..tak rela.Aku lebih rela jalan dengan orang gila berbanding jalan dengan Zayyan.

Gementar juga la bila jalan seorang diri ni.Dah la jalan gelap.Bila la pihak berkuasa nak ambil tindakan untuk baiki lampu jalan ni.Aku jalan cepat-cepat apabila terasa diri aku diekori.

Akhirnya aku sampai juga di kedai.Aku mencari barang yang aku ingin beli.Selesai saja aku membuat pembayaran aku terus berjalan keluar dari kedai itu.

Perasaan gementar mula menguasai diri aku kembali.Aku terasa seperti diekori lagi.Aish! Lepas ni aku kena beli barang waktu siang.Aku tak nak dah keluar waktu malam.Amat menakutkan.

Terasa tangan aku direntap kasar sehingga aku menoleh ke arah gerangan itu.Lelaki itu tersenyum senget.Menakutkan gila muka dia.Ok hari ni memang hari malang aku.

"Hi pretty.Why you walk alone?"Lelaki itu mengusap pipiku.Bau arak darinya juga kuat.Naik mual aku bau.

"Let me go!"Aku meronta-ronta dalam pelukan lelaki itu.

Ya Allah,kau bantulah aku.Sesungguhnya aku takut.Air mataku perlahan-lahan jatuh ke pipiku.

Dush!

Aku terlepas dari pelukan lelaki itu apabila ada seseorang menumbuk lelaki itu.Aku menoleh ke arah gerangan yang menumbuk lelaki itu.Zayyan!

Dadanya kelihatan berombak.Jelas terpancar riak kerisauan dari wajahnya.Dia memandang sekilas ke arah aku lalu dia meluru ke arah lelaki itu.Dia menumbuk lelaki itu sehingga lelaki itu terkulai lemah.

Zayyan terus datang kepada aku lalu dia terus menarikku ke dalam dakapannya.Badan aku sedikit menggigil kerana trauma akan kejadian tadi.

"Lain kali kalau nak keluar bagitahu biy.Kalau dah benci sangat nak tengok muka biy ajak akak Syarafina untuk temankan sayang.Kalau jadi apa-apa tadi biy yang susah hati."

Aku memandang ke dalam anak matanya.Ya Allah berdosakah aku?

"Dah jom balik.Nanti sakit pula,"kata Zayyan seraya memaut bahuku untuk berjalan seiring dengannya.

♛♛♛

First Love Or Last Love ✔Where stories live. Discover now