8: Camping

9.1K 323 1
                                    

"Korang!Isi borang ni tau.Semua wajib pergi sebab cikgu tau mesti ramai yang tak nak pergi,"kata Izzul ketua kelasku.

"Borang apa tu?Pergi mana ni sebenarnya?"tanya salah seorang pelajar perempuan di dalam kelasku.

"Camping,"jawab Izzul selamba.

Sesetengah pelajar bersorak,setengah lagi mengeluh apabila perkataan camping keluar dari mulut Izzul.Yang mengeluh tu mesti la pelajar perempuan.Mereka ni bukan suka sangat pergi camping.Kalau boleh 1001 alasan mereka bagi untuk tidak pergi camping tapi aku suka pergi camping sebab aku rasa dekat je dengan alam semulajadi.

"Wei Faiqah nanti dalam bas kau duduk dengan aku tau,"kata Hanie padaku.

"Eh aku fikir kau nak duduk dengan Daniel,"sakat aku pada Hanie.

Zap!Hati aku bagai direntap.Aku lihat muka Hanie sudah berona merah.Aku takut nak bagitahu Hanie yang aku jugak suka dengan Daniel setiap kali dia tanya aku minat dekat siapa.Aku takut hubungan kami akan renggang kalau Hanie tahu yang aku jugak sukakan Daniel.

♛♛♛

Pagi itu aku bangun awal untuk ke sekolah.Aku duduk di dataran perhimpunan tempat kami berkumpul untuk naik bas nanti.Hanie tidak datang lagi jadi aku duduk sambil bermain dengan batu-batu kecil yang ada di dataran perhimpunan.

Tudung aku terbang secara tiba-tiba.Nak kata angin kuat tak pulak.Aku menoleh ke belakang mana tahu ada orang tiup tudung aku ke tapi hampa kerana tiada seorang pun dibelakang aku.Aku menoleh ke depan semula.

"Baaa.."

"Mak hantu!!!"jeritku.

Daniel ketawa terbahak-bahak.Malunya aku.Terkejut siot dengan apa yang dia buat tadi.Dah la letak torchlight betul-betul dekat muka dia.Mau aku tak menjerit.

Aku memandang Daniel tajam.Dia masih ketawa.Sakit gila hati aku dengan dia.Kalau aku ada sakit jantung macam mana.Mesti aku dah jalan tadi.

"Eee..awak ni jahat la.Saya benci awak.Kalau saya pengsan tadi macam mana?"marah aku pada Daniel.

"Alolo comelnya dia.Jangan benci saya.Awak kata la awak sayang saya.Sejuk sikit hati saya dengar.Kalau awak pengsan saya kan ada.Saya la yang akan angkat awak nanti,"kata Daniel.

Mukaku berasa panas apabila dipuji oleh Daniel tadi.Aku rasa mesti muka aku dah merah sekarang ni.Selamat masih gelap lagi kalau tak mesti Daniel dah nampak muka aku yang merah macam tomato ni.

♛♛♛

"Wei aku tak suka la masak macam ni.Dah la tempat masak ni bau busuk.Bau hanyir ikan pulak tu.Tak suka la macam ni,"rungut Nadia padaku.

Aku hanya menahan telinga ja mendengar rungutan si Nadia aka minah diva.Macam aku nak bagi penyepaj ja dekat muka dia tu biar lebam.Selamat dia anak orang kalau dia adik aku dah lama dia makan penyepak aku ni.Haish..cikgu pun kenapa la masukkan minah ni dalam kumpulan aku.

"Ok semua masa tinggal lagi 10 minit,"kata Cikgu Amira.

Wei 10 minit lagi kot dah la ikan tak masak lagi.Ni semua minah gedik ni punya pasal kalau dia tak tergedik-gedik merengek tak nak masak ikan semua ni takkan jadi.Selamat budak sekolah lain dalam group aku ni tak manja macam minah diva ni kalau tak dah lama aku kena darah tinggi.Dah la Hanie duduk group lain.Lagi bosan aku macam ni.

Aku menyuruh Aisya menyiang ikan dan memasak ikan.Dia hanya menurut.Yang lain aku menyuruh mengemas tempat memasak dan menghampar surat khabar.Macam aku pulak ketua kumpulan ni padahal mamat beku yang duduk atas batu tu yang ketua kumpulan ni.

Yang tu lagi satu bala aku.Dah la mamat beku.Aku nak dengar suara dia pun payah.Kalau ya pun tak nak cakap dengan aku takpa la tapi tolong la bagi arahan dekat anak buah yang ada dalam kumpulan ni.Ni tak semua aku yang buat.Kalau dia tolong sikit-sikit takpa la jugak.Tak la aku nak marah sangat.Haa..aku geram la ni.Aku nak mula membebel la ni.Sakit betul hati aku dengan mamat beku ni.Nak sound dia tapi budak sekolah lain.Sabar je la duhai hati.

♛♛♛

First Love Or Last Love ✔Where stories live. Discover now