26: I know that you love it...

10.5K 334 1
                                    

Makan dengan Zayyan memang la seronok tapi kenapa aku rasa kekok je ni? Aku rasa macam nak pergi je dari sini tapi bila aku fikir perbuatan tu tak beradab aku batalkan saja niatku itu.

"Sayang.."

Tiada balasan.Diam tidak berkutik.

“Faiqah Adreanna Zarul Hisham,”panggil Zayyan sedikit kuat.

“Ada apa Encik Tengku Zayyan Edward Idruce,”kataku lalu mengangkat muka memandang Zayyan.

“Kenapa tak makan? Sakit ke?”tanya Zayyan dalam nada lembut.Ya Allah prihatinnya dia.Tergugat iman aku.

“Tak la cuma tiba-tiba je tak ada selera nak makan bila tengok muka biy,”kataku selamba.

Zayyan membulatkan matanya.Heh! Ingat comel ke? tapi memang comel pun.Hahaha..

“Tak ada selera ye.Mari sini biy bagi sayang ada selera balik.Zayyan pantas bangun dari kerusi lalu duduk di sebelahku.Tangannya mula merayap di perutku.Aku sudah cuak.

“A..apa biy na..nak buat ni,”kataku tergagap-gagap.

“Nak bagi sayang ada selera untuk makan balik la,”kata Zayyan sambil tersenyum nakal ke arah aku.

Kini tangannya mula merayap ke atas.Aku sedikit terbuai dengan sentuhan Zayyan.Perlahan-lahan Zayyan menarik kepalaku dengannya.Hidung aku sudah berlaga dengan hidungnya.

“Sayang,I'm sorry,”kata Zayyan.

Kenapa dia tiba-tiba minta maaf? Dia buat salah apa? Namun belum sempat  aku habis berteka-teki dengan otak aku terasa bibir Zayyan menyentuh lembut bibirku.Mata aku pantas membulat.

Aku menolak dada bidang Zayyan agar menjauhi aku.Senyuman nakal mula terhias di bibir Zayyan.“Gatal! Dekat meja makan pun boleh nak main cium-cium,”kataku.

“Takpe la.Biy nampak macam sayang relakan je.I know that you love it cause you enjoy that kiss just now.”Senyuman nakal masih terhias di bibir Zayyan.

Argh! Malunya! Baldi mana baldi? Aku nak sembunyi muka aku sekarang ni.Aku tak nak tengok muka Zayyan sekarang ni.Malu tak habis lagi!

Aku mengangkat punggung lalu berjalan ke arah sinki.Aku mencuci pinggan.Setelah selesai aku berjalan melintasi Zayyan.

Kedengaran tawa Zayyan.“Sayang,kenapa muka merah tu?Biy baru kiss je bukan buat ehem ehem lagi,”kata Zayyan yang masih dengan sisa tawanya.

Bencinya! Selalu sakat aku wrong timing !

♛♛♛

Petang itu aku menyiram pokok bunga di halaman rumah.Sengaja aku meluangkan masa di halaman rumah.Malas nak tengok muka Zayyan.Dah la malu pagi tadi tak habis lagi.

Bosan juga la kalau hujung minggu ni tak pergi mana.Asyik terperap dalam rumah je.Nak kerja tak boleh sebab Zayyan tak bagi.Bak kata dia biar la aku jadi mem besar dekat rumah.Lagipun gaji dia dah lebih daripada mampu nak tanggung aku.

Pinggang aku dicuit aku apa lagi hala paip air dekat orang tu la.Akibat terkejut punya pasal.Aku melihat gerangan yang mencuit pinggang aku tadi.Cemberut gila muka dia!

“Sayangggg! Habis basah baju biy,”rungut Zayyan.

Oh-oh mati aku sekarang ni! Aku pantas berlari dari menjauhi Zayyan namun nasib aku malang kerana aku tersepak paip air lalu jatuh menyembah bumi.Pergh! Sakit siot pinggang aku.

Zayyan apa lagi dia ambil kesempatan untuk menyiram aku.“Biyyy! Jangan la.Sayang bukan pokok la sampai nak siram bagai.Kot la nak tolong sayang bangun ke ni tak lagi siram sayang ada la.”

“Eh! Jap.Sayang bahasakan diri sayang apa tadi?”Zayyan buat muka seakan tak percaya.

Aku buat muka blur.“Cakap apa?”Zayyan menggelengkan kepalanya.“Abaikan je la.Sekarang ni masa untuk balas dendam.”

Zayyan menyambung menyiram aku.Aku hanya merelakan saja sebab aku tak boleh nak bangun.Sakit lagi kot pinggang aku ni.Zayyan dah seronok bahan aku.Takpa hari ni hari dia esok hari aku pula!

♛♛♛

First Love Or Last Love ✔Where stories live. Discover now