42: 'You such a kid'

11K 310 5
                                    

Aku memasak bubur di dapur.Akak Syarafina dah lama keluar pergi kerja.Sedang aku membasuh tangan terasa ada benda yang merayap di kakiku.Aku melihat ke bawah.

"Arghhhh!!!"jeritku lantang.

Zayyan yang kebetulan lalu di situ terus pergi ke arah aku.Aku terus memeluk Zayyan."Lipas!!"rengetku separuh menjerit.

Zayyan tergelak kecil lalu dia menghalau lipas itu.Eii..tak padan dengan sakit.Ada hati gelakkan aku.Aku jahit mulut tu baru tahu.

Aku memegang pisau yang berada di atas meja.Terus berubah riak muka Zayyan.Takut ye bang.Gelak jahat sikit.Hahaha...

Aku terus berjalan ke arahnya.Dia bergerak kebelakang.Aku berjalan lagi ke arahnya.Dia semakin bergerak kebelakang sehingga belakang badannya berlaga dengan kaunter dapur.

Aku merenungnya tajam.Dia meneguk air liur.Aku terus meletakkan pisau di tempatnya balik.Pada ketika itu dia sedang memejamkan mata.Mungkin takut aku bunuh dia.Hahaha...

Zayyan membuka matanya lalu dia menghembus lega.Hei! Sekejam-kejam aku pun tak ada la sampai bunuh orang.Sebelum aku berlalu pergi aku membisik sesuatu di telinganya.

"You such a kid,"kataku sinis di telinganya lalu meninggalkan Zayyan yang terpinga-pinga.

♛♛♛

Aku berjalan di sekitar perumahan di sini.Malas sebenarnya nak hadap muka Zayyan.Anak aku? Awal-awal lagi dah surrender untuk tak nak ikut aku.Heh! Ingat aku tak tahu ke yang dia nak duduk dengan ayah dia.

Aku pergi ke arah taman.Baik aku duduk sana tenang pun tenang.Angin pada petang itu menampar lembut pipiku.Ah! Tenangnya.

Aku memandang ke arah kanak-kanak yang sedang bermain itu.Tenang je aku tengok.Nak bawa anak aku pun susah sekarang ni lepas dia jumpa dengan ayah dia.

Eee..geramnya aku.Habis aku diabaikan oleh anak aku sendiri.Dasar tak kenang budi.Sob..sob..sob..

Aku merasa seperti ada sesuatu yang bermain di telingaku.Bila aku menoleh ke belakang , tiada sesiapa pun.Aku menoleh ke depan semula namun aku merasa sekali lagi seperti ada sesuatu yang bermain di telingaku.Aku hanya abaikan saja.

Semakin lama aku abaikan , semakin bertambah pula pergerakan sesuatu itu di di telinga kiri aku pula.Aku menangkap tangan seseorang.Aku tersenyum senget.Heh! Jangan main-main dengan Faiqah Adreanna la.Senang je aku nak tangkap.

Aku menoleh ke belakng bersama senyuman.Namun senyuman aku mati selepas melihat firagura yang aku benci.

Aku ingin berlalu dari situ.Namun pantas orang itu menarik tangan aku.
Panas pula hati aku ni bila orang main tarik je tangan aku.Aku rejam dalam Sungai Han baru tahu.

“Nak apa?”tanya aku kasar.

“Nak sayang,”jawab lelaki itu bersama dengan senyuman manisnya.

“Gila!”Aku merentap tanganku dan berlalu dari situ.

“Sayang! Tunggu la biy,”laung lelaki itu.

Aku menggelengkan kepala aku.Apa la nak jadi dengan Zayyan.Tanganku terasa ditarik lagi.Aku tak tengok pun dah tahu siapa yang suka-suki tarik tangan aku ni.

Baru aku perasan.Ryan tak ada dengan Zayyan.“Hei! Ryan mana?”

“Dia ada je dengan akak Syarafina,”jawab Zayyan.

Aku hanya mengangguk lalu berjalan semula meninggalkan Zayyan di belakang.“Sayang,kan biy dah kata. Tunggu la biy jap.”

Aku hanya mengendahkan dia saja.Malas nak layan.Buang tenaga aku je.“Sayang masih marahkan biy lagi ke?”tanya Zayyan.

Kura-kura dalam perahu, sudah tahu bertanya pula.Tak ada soalan yang terlebih pandai lagi ke dia nak tanya aku.

“Sayang ni takkan marahkan biy lagi kott.Macam budak-budak je.You know what? You such a kid,”kata Zayyan lalu meninggalkan aku.

Hey! Tu bukan ayat aku yang aku dekat dia pagi tadi ke.Dasar pencuri ayat!

♛♛♛

First Love Or Last Love ✔Where stories live. Discover now