44: Culik

10.5K 305 1
                                    

Penat aku mengejar Ryan.Aktif betul anak aku hari ni.Aku sudah melarangnya untuk bermain di taman tapi dia nak juga.Aku apa lagi kunci terus la pagar rumah.Biar dia tak boleh keluar.

“Ryan! What I have told you before?”laungku.

I don't care! I want go to the park!”Jerit anakku.

Eii geramnya dengan budak ni.Aku tembak dia guna bazuka nanti haa baru tahu sia-sia ja hidup selama 5 tahun ni.Perangai spesies dengan ayah dia.Like father like son!

“Kenapa ni,hmm?”Rayyan pergi ke arah anakku.Sejak bila dia ada pun aku tak tahu la.

“Mummy tak bagi Ryan main dekat taman.Mummy don't love me anymore.”Ryan membuat muka kasihan di depan Zayyan.

Nak minta belas kasihan dari daddy dia la tu.Manja terlebih.

“Alolo kesiannya anak daddy ni.Takpa daddy bawa Ryan main dekat taman,”pujuk Zayyan.

“Yeay! I love you daddy,”kata Ryan seraya memeluk Zayyan.

“Haa elok la.Manjakan sangat Ryan tu.Nanti dia pijak kepala awak baru tahu.”Aku menjeling dua beranak itu.

Zayyan dan Ryan melintasi hadapan aku untuk masuk ke dalam rumah.Mereka hanya membuat seperti aku tidak wujud di situ.Hey! Ingat aku patung cendana ke?!

♛♛♛

Aku melihat Ryan dari pondok.Kalau tak kerana si Zayyan ni ajak aku datang taman , sah aku tak datang dah.Dah guna Ryan untuk pujuk aku datang sini.

“Sayang masih marahkan biy?Masih tak boleh terima biy?”tanya Zayyan memecahkan kesunyian.

Aku hanya membiarkan sepi sahaja soalannya itu.Malas aku nak jawab.Bazir air liur aku je!

Keluhan mula terbit di bibir Zayyan.“Maaf memang semuanya salah biy.Kalau biy tak tuduh melulu dulu pasti semua ni takkan terjadi.Biy menyesal dengan apa yang biy dah buat dekat sayang dulu.”

Kedengaran suara Ryan seperti menjerit.“Mummy! Daddy! Help me!”Ryan meronta-ronta di dalam dukungan seseorang.

Zayyan sudah lari mengejar orang itu.Aku mengekori Zayyan dari belakang namun dihalang oleh Zayyan.“Jangan ikut biy! Bahaya!”

Ya Allah, kau selamatkanlah anakku dari penjahat itu,doaku di dalam hati.

Pelbagai prasangka negatif yang bermain di benak otakku sekarang ini.

Aku melihat Zayyan sedang bergelut untuk mengambil Ryan dari dukungan penculik itu.Akhirnya Zayyan berjaya mengambil Ryan.

Zayyan pantas berlari ke arahku.Aku melihat penculik itu mengacukan pistol tepat di belakang Zayyan.“Belakang biy!”jeritku.

Bang!

“Allahuakbar.”Zayyan terkulai jatuh ke atas tanah bersama dengan Ryan.Penculik itu terus melarikan diri.Aku pantas berlari ke arah Zayyan dan Ryan.

“Ryan, are you okay?” tanyaku cemas.

I'm okay but daddy...”kata Ryan lalu memandang sayu ke arah Zayyan.

Aku pantas menelefon ambulans.“Biy bangun.Bertahan biy nanti ambulans datang.

Beberapa minit kemudian ambulans sampai.Zayyan dimasukkan ke dalam ambulans.Aku dan Ryan masuk juga ke dalam ambulans untuk menemani Zayyan.

“Biy bangun la.Sayang dah lama maafkan biy.Sayang masih cintakan biy.Bangun la biy.Sayang tak sanggup kehilangan biy,”kataku sambil mengenggam tangan Zayyan.Ryan di sebelah aku juga turut menangis.

“Betul ke sayang dah maafkan biy?Sayang boleh ulang balik tak apa yang sayang cakap tadi.”Aku mengangkat muka aku memandang Zayyan.

Serta-merta muka aku menjadi bengis.“Mati-mati saya ingat awak dah arwah tadi.Seronok la buat macam tu.Eii tak gunanya awak ni,”kataku lalu memukul bahu Zayyan berkali-kali.

“Auw sakit sayang.Biy kena tembak betul la tapi dekat bahu je.Bukan teruk sangat pun.Kalau biy tak pura-pura pengsan tadi mesti sayang takkan luahkan semuanya,”kata Zayyan lalu terkekek-kekek ketawakan aku.

Aku menjeling tajam kepadanya.Suka buat aku risau.Aku tembak dekat jantung terus baru tahu!

“Terima kasih sebab sudi maafkan biy.Biy pun cintakan sayang hari ini ,esok dan selamanya.Tak kurang dan berubah sedikit pun cinta biy pada sayang,”kata Zayyan syahdu.

Muka aku terasa panas saat ini.Pasu mana pasu.Aku nak sembunyi muka aku sekarang ni.Ryan pula sudah bantai gelakkan aku.Tak guna punya anak!

♛♛♛

First Love Or Last Love ✔Where stories live. Discover now