48: Balik Malaysia

10.2K 273 1
                                    

Aku berpeluk dengan akak Syarafina.Alahai berat hati aku nak tinggalkan negara yang banyak menyimpan kenangan aku.

"Tak nak balik Malaysia la macam ni!"protesku.

"Sayang,jangan la macam ni.Nanti kita datang sini lagi,"pujuk Zayyan.

Aku melihat ke arah Zayyan.Aku akhirnya akur.Lagipun dah lima tahun aku tinggalkan Zayyan.Mungkin sekarang aku patut sentiasa berada di sisi dia.

♛♛♛

Aku menarik bagasiku keluar dari lapangan terbang.Ah! lamanya aku tinggalkan tanah air kelahiran aku sendiri.Aku mendepangkan tanganku seraya memejam mata.Nak hirup udara yang tak berapa nak segar ni.

"Sayang,jom!"Aku terus membuka mataku.Terhias muka suamiku dengan senyuman yang sentiasa meniti dibibirnya.Aku mengangguk tanda bersetuju.

Aku menanyakan tempat yang ingin dituju oleh Zayyan tapi setiap kali aku tanya mesti dia kata biarlah rahsia.Hey! Ingat dia Dato Siti Nur Haliza ke?

Apabila sampai di hadapan rumah seseorang pantas mataku ditutup dengan kain berwarna hitam.

"Eii apa main tutup mata orang ni?"protesku.

"Ala kejap je.Sayang ikut je cakap biy ok?"Aku hanya mengangguk.Malas nak bangkang cakap orang tua ni.Opss terkutuk suami sendiri pula!

Zayyan membawa aku dengan cermat.Apabila pintu rumah ditutup Zayyan terus meninggalkan aku.

“Biy?”panggilku.Tiada sahutan.

Rasa macam nak menangis je sekarang ni.Aku membuka ikatan kain yang menutup mataku.

Terpana aku seketika saat melihat orang yang berada di hadapanku saat ini.Air mataku hampir tumpah namun aku menahannya daripada mengalir.

“Mama,papa,”kataku perlahan.

Mama dan papa terus berjalan ke arah aku.Aku pantas memeluk mama dan papaku.Ya Allah rindunya dengan orang yang telah menjagaku dari kecil hingga besar.

“Abang mana?”tanyaku.

“Abang ada belakang adik dari tadi lagi,”kata abangku di belakang aku.

Aku pantas menoleh ke belakang.“Abang!”jeritku lalu memeluk erat tubuh sasa abangku.

Saat itu juga aku terpandang seorang wanita mengandung sambil memegang tangan anak perempuannya tersenyum ke arah aku.

Aku merungkaikan pelukan lalu berjalan ke arah wanita itu.“Ni siapa?”tanyaku.

“Tu la siapa suruh lari jauh-jauh sangat.Abang kahwin pun adik tak tahu.”Aku memandang ke arah wanita itu.

“Jadi ni isteri abang la.”Aku memandang ke arah abangku.Dia mengangguk.

Aku pantas menyalam lalu memeluk kakak iparku.Kemudian aku merungkaikan pelukan kami.

“Abang dah ada anak.Adik bila lagi,”kata abangku sambil mengangkat keningnya berkali-kali.

Eleh macam dia seorang ja ada anak.“Adik pun ada ok,”kataku angkuh.

“Mana?”

“Ni..”Aku menunjuk ke sebelahku.“Eh mana dia?”Aku melihat sekelilingku.

“Ryan?”panggilku.

Yes mummy.”Aku menoleh ke arah punca suara anakku.

Aku menghembus nafas lega.“Tu anak adik,”kataku lalu menunjuk ke arah Ryan yang sedang bermain dengan ayahanda dan bonda Zayyan.

Aku berjalan ke arah mama dan papa Zayyan lalu menyalam tangan mereka.Mereka pantas menarikku ke dalam pelukan mereka.

Selepas beberapa minit mereka merungkaikan pelukan kami.“Faiqah pergi la berehat dulu.Mesti Faiqah penat sekarang ni,”kata bonda Zayyan.

Aku mengangguk lalu aku berjalan naik ke atas.Ya Allah hari ini adalah hari bahagia aku.Alhamdulillah.

♛♛♛


First Love Or Last Love ✔Where stories live. Discover now