31: Balas Dendam

9.5K 305 4
                                    

Semua ini sebenarnya sudah dirancang.Seperti yang mereka sangka pasti dia akan terkejut besar.

Amira berjalan masuk ke kafe.Dia duduk di hadapan seseorang."Lambatnya kau datang,"rungut lelaki itu.

"Sorry la traffic jammed tadi,"kata Amira.

"Kau nak jumpa aku buat apa?Eh,kau kenal aku dari mana?"tanya lelaki itu.

Amira memutarkan bola matanya.Banyak tanya sungguh! kutuk Amira dalam hati.

"Kau kenal Faiqah?"tanya Amira tanpa menjawab soalan lelaki itu.Lelaki itu kelihatan mengerutkan dahinya."Faiqah Adreanna,"sambung Amira.

Lelaki itu menganggukkan kepalanya."Kenapa dengan dia?"tanya lelaki itu.

"Kau masih cintakan dia kan?"Lelaki itu menganggukkan kepalanya.

"Good.Esok kau datang ke majlis hari lahir suami dia.Biar aku masuk dulu.Sepuluh minit lepastu baru kau datang.Nanti location aku hantar dekat kau,"terang Amira.

"Kau kenapa nak buat semua ni?"tanya lelaki itu.

"Balas dendam atau lebih kepada untuk dapatkan cinta lama balik.Pastikan kau datang Harris kalau kau nak dapatkan Faiqah balik,"kata Amira sebelum meninggalkan kafe itu.

♛♛♛

Zayyan menghempaskan badannya di atas katil.Selepas dikejutkan dengan kedatangan Amira kemudian dia dikejutkan pula dengan kedatangan Harris iaitu bekas tunang isterinya.

"Kenapa semuanya macam dirancang?"kata Zayyan perlahan.

Kedengaran pintu bilik dikuak dari luar.Zayyan memandang ke arah pintu.Kelihatan isterinya masuk ke dalam bilik mereka tetapi muka isterinya kelihatan takut.

Zayyan melihat susuk tubuh isterinya sehingga kelibat isterinya hilang disebalik pintu bilik mandi.

♛♛♛

Zayyan turun ke bawah untuk bersarapan.Kelihatan isterinya sedang membancuh air.Dia menghampiri isterinya lalu memeluk isterinya dari belakang.


"Opocot mak kau melambung,"latah aku.Kedengaran tawa Zayyan dibelakangku.

"Erm sorry.Biy nak makan ke minum?"tanyaku.

"Nak makan,"kata Zayyan.

Aku mencedok bihun ke dalam pinggan lalu menghulurkan pinggan itu kepada Zayyan.Zayyan menggelengkan kepalanya.

"Biy tak nak makan bihun,"kata Zayyan.

"Habis tu biy nak makan apa?"tanya aku polos.

"Biy nak makan sayang la,"kata Zayyan bersama senyuman nakal.

Aku memutarkan bola mataku.Miang betul suami aku! kutuk aku dalam hati.

"Haa kutuk biy dalam hati la tu,"kata Zayyan.

"Whatever.Sekarang ni biy nak makan ke tak nak?"tanyaku.

Zayyan mengangguk kepala.Aku terus menghulurkan pinggan itu ke arah Zayyan.

Zayyan tak marah pasal semalam ke?Nak tanya ke tak eh?Tak payah la.

♛♛♛

First Love Or Last Love ✔Where stories live. Discover now