23: Perkara Sebenar

10.7K 351 2
                                    

Malam itu Rizki memanggilku duduk di ruang tamu.Katanya dia mahu berbincang sesuatu denganku.Sebab aku malas nak bangkang arahan dia,aku akur je la.

Aku duduk di sofa bertentangan dengan suamiku.Aku memandangnya menunggu dia berbicara.

"Maaf sebab tipu sayang selama ni."Rizki menundukkan mukanya.

Wait!Kenapa dengan suami aku?Tetiba ja minta maaf.Tipu aku?Bila masa pulak dia tipu aku ni.

"Nama biy bukan Rayyan Rizki Syahrezza tapi Tengku Zayyan Edward Idruce dan biy adalah kacukan Melayu-Filipina-Australia,"kata suamiku.

Aku pantas memandangnya tajam.Kenapa dia perlu bohong pada aku?

"Tapi kenapa?"tanyaku.

"Sebab biy fobia.Biy dah serik.Sebab dengan title tu la biy pernah kena tipu dengan seorang perempuan."

Hati aku tiba-tiba jadi sakit.Bagai tikam oleh pisau belati.Disiat-siat dan dirobek-robek dengan kejam.

"Sambung la lagi.Saya setia mendengar,"kataku cuba menahan air mataku jatuh.

"Perempuan tu biy cinta dekat dia sangat-sangat.Kami kenal dekat UK.Dah 3 tahun kami bercinta.Seminggu sebelum hari perkahwinan kami bulan lepas dia lari dengan lelaki lain.Biy patah hati sangat.Jadi mulai dari hari tu biy dah berazam untuk tutup pintu hati biy untuk semua perempuan,"cerita Zayyan panjang lebar.

Akhirnya empangan yang ku tahan pecah jua.Zayyan melihat air mataku jatuh lalu dia mendekati aku.

"Sayang ok tak ni?"tanya Zayyan.

"Saya ok.Saya masuk dulu la.Saya dah mengantuk."Aku pantas bangun dari sofa lalu masuk ke dalam bilikku.

Aku duduk di birai katil dan aku menangis sepuas-puasnya di dalam bilik.Hati aku sakit sangat.

Aku bangun masuk ke dalam bilik mandi untuk mengambil wuduk.Kemudian aku memakai telekung dan menghampar sejadah lalu aku menunaikan solat isya'.

Selesai saja menunaikan solat.Aku duduk tertib lalu menadah tangan.

"Ya Allah,andai suamiku ini bukan jodohku kau buangkanlah perasaanku ini.Jika suamiku adalah jodohku maka kau bukakanlah pintu hatinya untukku Ya Allah.Sesungguhnya aku amat mencintai suamiku.Ya Allah kau kuatkanlah hatiku.Hati aku sakit Ya Allah selepas suamiku menceritakan kisah silamnya.Ya Allah aku berharap suatu hari nanti pintu hati suamiku terbuka untukku,"doaku sambil menangis lalu aku mengaminkan doaku.

Aku membuang telekung lalu melipat telekungku dan meletakkan di dalam almari.Sejadah pula aku lipat lalu meletakkannya di kaki katilku.

Aku terus ke katilku lalu membaringkan badanku di atas katil.Aku menangis sekali lagi.Air mataku murah sangat malam ni.Akhirnya aku tertidur dengan air mata dan hati yang sakit.

♛♛♛

First Love Or Last Love ✔Where stories live. Discover now