41: 'Jangan harap aku maafkan kau'

11.5K 335 7
                                    

Pada mulanya akak Syarafina agak terkejut dengan kewujudan Zayyan namun aku cerita semuanya pada akak Syarafina lalu dia pun faham keadaan kami.

Akak Syarafina membenarkan Zayyan untuk bermalam di rumah kami.Pada mulanya aku bertegas tidak membenarkan Zayyan tinggal di rumah ini.Apabila mengenangkan rumah ini akak Syarafina yang beli jadi aku mengalah saja.

Aku lihat muka Zayyan.Dia sudah tersenyum kemengangan kerana akak Syarafina membenarkan dia untuk tinggal di sini.

"Eh! Faiqah.Termenung apa lagi tu.Pergi la bawa suami masuk dalam bilik.Mesti dia penat sekarang ni,"kata akak Syarafina mematikan lamunan aku.

Err..aku tak salah dengar ke tadi?Zayyan dan aku sebilik?! Ini tak boleh jadi.Tak nak aku tidur dengan orang yang dah buang aku lima tahun dulu.Jangan harap aku maafkan kau!

"Erm..kenapa tak bagi dia tidur bilik lain je?Perlu ke dia tidur dalam bilik Faiqah?"kata aku separuh merungut.

"Faiqah....Tak baik tau buat macam dekat suami sendiri.Nanti jatuh nusyuz."Aku hanya memasamkan muka.

"Jom la,"kataku dingin pada Zayyan.

Dia terus membontoti aku dari belakang.Dalam hati ni dah macam-macam sumpah seranah aku kata dekat dia.Grr..

"Malam ni awak tidur la dekat mana pun asalkan awak tak tidur atas katil."Zayyan hanya mengangguk.

Zayyan membaringkan dirinya di atas lantai tanpa alas.Aku hanya membiarkan saja.Malas nak layan dia!

♛♛♛

Aku terjaga pada pukul 3 pagi.Entah la aku rasa macam tak sedap hati.Aku masih lupa akan kehadiran Zayyan di dalam bilik aku sehinggalah aku terdengar orang bersin dan batuk.

Aku menjenguk ke bawah.Kelihatan Zayyan memeluk badannya sambil menggigil.

"Ya Allah, biy!"Aku bingkas turun daripada katil.

Aku memapah Zayyan naik ke atas katil.Aku meletakkan belakang tangan aku di atas dahinya.Panas! Mesti dia demam.

Zayyan membuka matanya sedikit.Dia tersenyum lemah ke arah aku lalu dia mengusap pipiku."Biy sayang sangat dekat sayang."

Aku bangun untuk turun ke dapur namun pergelangan tangan aku dipegang oleh Zayyan."Sayang nak pergi mana?"tanya Zayyan lemah.

"Saya nak turun bawah.Nak cari kain untuk letak dekat kepala tu,"kataku datar.

"Tak payah la.Teman biy tidur je."Jatuh kasihan aku pada Zayyan.Aku hanya akur saja dengan permintaan dia.

Zayyan mengesot ke tepi sikit memberi ruang untuk aku tidur di sebelahnya.Zayyan menoleh ke arah aku lalu dia mengusap pipiku.

"Maafkan biy . I love you,"kata Zayyan seraya mencium dahiku syahdu.Terasa air mata Zayyan jatuh di atas dahiku.Aku hanya membiarkan saja lalu kami sama-sama tidur.

♛♛♛

First Love Or Last Love ✔Where stories live. Discover now