27: Senyuman

10.1K 319 1
                                    

Hari ini Zayyan banyak senyum.Pagi senyum.Petang senyum.Malam pun senyum.Nak kata Zayyan kena sampuk takkan kot.Aku pun naik pening tengok senyuman dia.Aku dah la tak larat nak kutip iman aku yang dah berterabur ni.

Senyuman dia tu senyuman killer.Boleh buat perempuan angau kerana senyuman dia tu je.Salah satu daripada perempuan tu adalah aku!

"Ada apa-apa yang perlu saya tahu ke?"tanyaku.Zayyan menggeleng sambil tersenyum.

Ya Allah,kau kuatkan la iman ku ini.Aku takut aku tidak dapat tahan iman aku ini hanya kerana lelaki yang berada di hadapan aku sekarang ini.

"Okey then kenapa awak senyum je memanjang?"tanyaku.

"Salah ke? Senyum tu kan sedekah,"kata Zayyan masih tersenyum.

Haa menjawab pula dia ni.Aku koyak mulut tu kang baru tahu.Tak boleh senyum dah!

"Memang la senyum tu sedekah tapi kalau biy senyum setiap masa orang takkan kata tu sedekah tapi orang akan anggap biy gila,"kata aku.

Muka Zayyan automatik berubah muram.Oh-oh silap aku.Haish mulut ni memang celupar la.Aku menampar mulut aku berkali-kali.

Zayyan memegang tangan aku supaya menghentikan perbuatan yang menyakiti diriku sendiri.Dia mendekatkan mukanya dengan muka aku.Dengan perlahan-lahan dia mendekatkan bibirnya dengan bibirku.Akhirnya bibirku dan bibirnya bercantum.Lama.

Zayyan melepaskan tautan bibirnya."Jangan buat perkara yang boleh menyakiti diri sendiri.Biy tak suka tengok sayang sakiti diri sendiri.Sedangkan biy pun tak pernah sakiti sayang jadi biy tak nak sayang sakiti diri sendiri,"kata Zayyan romantis.

"Kalau sayang nak sakiti diri juga , sayang boleh panggil biy.Biar biy yang buat sayang dengan cara ni.."Zayyan sekali menyembamkan bibirnya lembut kepada bibirku.

Aku menolak dada bidang Zayyan lembut.Malu doh! Muka aku sekarang sah dah merah.

Aku berlari meninggalkan Zayyan.Aku berlari naik ke bilik sebab tu je tempat yang jauh dan selamat dari Zayyan.Jauh apanya kalau satu bumbung juga.Ah! Apa-apa je la asalkan tak nampak muka Zayyan sebab aku malu sekarang ni.

♛♛♛

Alu mengeliat kecil.Eh! benda apa pula ni melingkar dekat pinggang aku? Jangan kata ular.Mama adik takut ular!

Aku menyelak selimut yang menutup tubuhku itu.Cis! Tak guna punya suami.Tangan dia rupanya.Mati-mati aku ingat ular tadi.

Aku mendapat idea jahat.Hehehe tunggu ya mr. suami.Akan aku balas dendam atas perbuatanmu.

Aku bangun ke bilik air.Aku mengambil cebok yang berisi air lalu aku jiruskan di muka suami aku.Kemudian aku mendekatkan bibirku dengan telinga suamiku.

"Biy! Bangun rumah terbakar.Kita terperangkap dekat dalam,"jeritku di telinga Zayyan.

Zayyan dengan pantas bangun dari tidurnya."Sayang! Sayang! Cepat ambil air kemudian jiruskan dekat api tu.Cepat sayang!"kerah Zayyan dalam nada cemas.

Aku apa lagi.Bantai gelak la dekat Zayyan.Dia memandang aku tak puas hati."Sayang kenakan biy eh? Nak kena eh sayang ni."Zayyan sudah bangun mendekati aku.

Oh-oh ni petanda buruk.Aku baru buka langkah untuk lari dari Zayyan namun dia lebih bijak.Zayyan memeluk aku.Erat sekali.

"Sayang nak pergi mana,hmm?"tanya Zayyan di telinga aku.

Aku benci situasi ni.Sikit-sikit nak goda aku dengan suara dia.Ingat aku tergoda ke? Mesti la tergoda.Hahaha...

"Dah la.Jom solat subuh.Nanti terbabas pula.Nak ke biy tanggung dosa?"kata aku.

"Okay tapi lepas solat subuh.Sayang kena layan biy eh?"Zayyan mendekatkan mukanya denganku.

Aku menolak muka Zayyan lalu aku berlari masuk bilik air.Kedengaran tawa Zayyan di luar.Tak guna betul! Dia pula kenakan aku.

♛♛♛

First Love Or Last Love ✔Where stories live. Discover now