34: Hancur

9.7K 319 9
                                    

Hati aku hancur.Aku tak pernah curang belakang dia.Kenapa dia tak nak dengar penjelasan aku dulu?Jijik sangat ke aku ni?Aku masih waras la.Aku masih sayangkan suami aku.

Sejak semalam hati aku hancur.Sejak semalam aku sudah tiada tempat bergantung.Aku dihalau bagai anjing kurap.Dicaci,dimaki,dihina.Aku seperti sudah tiada maruah diri.

Aku bagai mahu bunuh diri saja saat ini.Namun masih ada satu kekuatan yang mampu membuat aku kuat menghadapi semua dugaan ini.Anak dalam kandungan aku.Ya,aku mengandung tapi suami aku tidak tahu akan kehadirannya.Aku baru nak bagitahu suami aku semalam tapi lain pula jadinya.

"Dik.Adik ok tak ni?"sapa seseorang.

Aku tersedar dari lamunan aku.Aku pantas mengelap air mata aku.Aku menoleh melihat ke arah gerangan orang yang menyapa aku itu.Aku tersenyum melihatnya.

"Saya ok je,"jawabku.

"Akak tengok adik macam sedih je.Oh ya,nama akak Syarafina.Boleh panggil akak Syara."

"Tak ada apa la akak."Aku tak mahu mengingat kembali peristiwa semalam.Hati aku menjadi sakit apabila ingat kepada peristiwa semalam.

"Adik datang dari mana ni dengan beg besar-besar ni?Adik nak balik rumah adik ke?Akak boleh tumpangkan,"tanya Syarafina prihatin.

Aku menggeleng kepala aku lalu menangis."Saya dah tak ada rumah akak.Saya kena halau dengan suami saya."Syarafina menarik aku ke dalam pelukkannya.Aku menghamburkan tangisan aku di dalam pelukkannya.

"Sabarlah dik.Ni semua dugaan.Akak faham perasaan adik,"pujuk Syarafina.

Aku hanya mampu menangis saja saat ni.Aku tak kuat dengan semua ni.Sebab aku fikirkan anak dalam kandungan aku ni la aku jadi kuat.

"Mari ikut akak balik.Adik tinggal la dengan akak.Tak elok juga orang pandang adik tidur dalam masjid ni dengan beg besar adik tu,"pelawa Syarafina.

Aku hanya menurut saja.Ya Allah terima kasih kerana engkau telah mengurniakan orang yang baik untuk menolongku saat ini,ucapku dalam hati.

♛♛♛

Aku berjalan di taman yang suatu masa dulu aku bersiar-siar bersama Zayyan dulu.Aku rindu kepada dia namun apabila mengingati apa yang telah dia lakukan pada malam itu membuatkan hatiku diruntun pilu.

Kenapa dia tak nak dengar penjelasan aku dulu?Kenapa dia lebih percayakan orang lain lebih dari aku?Andainya aku boleh kata yang aku difitnah.Adakah dia akan percaya?

Terasa bahu aku dipegang oleh seseorang.Aku menoleh lalu tersenyum manis ke arahnya.

"Ada apa akak ajak jumpa sekarang.Macam dekat rumah tak boleh cakap,"tanyaku.

"Benda ni penting sangat.Sebab tu tak boleh cakap dekat rumah.Akak dapat tawaran kerja dekat Korea !"kata Syarafina teruja.

"Betul ke ni kak?Alhamdulillah.Jadi bila akak pergi?"Aku pula yang terlebih teruja.

"Esok,"jawab Syarafina sepatah.

"Esok?Maknanya akak akan tinggalkan Faiqah la ni.Takpa la akak.Apapun tahniah."Hati aku menjadi sedih tetiba.Namun aku tetap tersenyum untuk menutup kesedihan hati aku ni.

"Siapa kata akak akan tinggalkan Faiqah?Of course la Faiqah ikut akak pergi sana sekali."Aku pantas memandang tepat ke arah muka Syarafina meminta kepastian.

"Tak menyusahkan akak ke?Ye la Faiqah cuma menumpang je,"kata aku serba salah.

"Mana ada Faiqah menyusahkan akak.Lagi seronok ada la.Akak takkan sesekali tinggalkan Faiqah.Akak dah anggap Faiqah macam adik kandung akak dah,"ujar Syarafina bersungguh-sungguh.

Baru kelmarin aku tumpang di rumah insan ini.Aku dah banyak menyusahkan dia semalam.Hari ini aku kena ikut dia pergi Korea pula.Aku rasa aku macam dah banyak menyusahkan dia.Pasti dia terpaksa mengeluarkan duit yang banyak semata-mata untuk bagi aku ikut dia sekali.

Sungguh baiknya hati budi akak Syarafina.Ya Allah , kau murahkan rezeki akak Syarafina.Sesungguhnya kau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

♛♛♛

First Love Or Last Love ✔Where stories live. Discover now