21: Benci

10.9K 337 1
                                    

Aku mendail nombor Hanie.Bosan mula menguasai diri aku bila Rizki tiada di rumah.Aku rindu Rizki tapi aku sabarkan diri aku.Lagi dua hari Rizki balik la.

“Assalamualaikum.Angkat pun.Aku fikir kau kudung dah sampai tak boleh angkat call aku.Aku nak ajak kau keluar hari ni.”Haa amekaw ! Aku bagi mukadimah dekat kau Hanie.

“Waalaikumsalam.Aku baru lepas mandi la.Kau nak pergi mana?Abang kau pergi mana?Suami kau pergi mana?”Hanie menggosok rambutnya.

“Jom la jalan-jalan pusing dunia.Abang aku kerja la.Dia kan pilot.Aku nak jumpa dia pun payah sejak akhir-akhir ni.Suami aku pula outstation.Ala jom la teman aku.”Aku memintal-mintal rambutku.

“Yela.Jap aku nak bersiap.”Hanie menyikat rambutnya.Dia melihat pantulan dirinya di cermin.Sesekali dia membuat gaya-gaya yang comel.Girls...

“Ok.Setengah jam lagi aku ambil kau.Bye.Love you.Muah.”Aku terus mematikan panggilan.

Aku pergi ke closet.Aku mencari baju yang sesuai denganku.Mataku tertancap pada
sehelai skirt labuh dengan kemeja warna biru.Aku terus mencapai lalu mengenakan pada badan aku.Kemudian aku memakai bedak dan mengoles bibirku dengan pelembap bibir.Perfect !

Aku terus turun ke bawah lalu mencapai kunci kereta aku.Pintu rumah aku kunci.Aku masuk ke dalam perut kereta lalu meluncur terus ke rumah Hanie.

♛♛♛

Aku mendengar lagu sementara menunggu Hanie.Tiba-tiba ada orang menarik earphone aku.Aku melihat ke depan.Pantas mataku membulat.Dia pula tersenyum sinis melihatku.

“Kenapa leka sangat dengar lagu ni,hmm?Cuba bayangkan kalau bukan saya yang duduk depan awak sekarang ni,mesti jadi apa-apa dah dekat awak.”Dia memandang tepat ke dalam anak mataku.

For your information Encik Tengku Harris Erik Daniel,saya lebih bersyukur kalau bukan awak duduk di depan saya.”Aku menarik earphone aku dari tangannya lalu terus keluar dari cafe itu.

Tangan aku ditarik seseorang.Aku menoleh belakang.“Eh lepas la ! Nak apa lagi.”Aku merentap tangan aku dari Daniel.

Sakit ! Kuat gila dia genggam sampai lekat bekas.Aku bunuh baru tau !

Aku merasa bibirku ditindih lembut.Terus hilang semua yang ada di fikiranku saat ini.Gila punya jantan.Dia cium aku depan orang ramai kot.Ya Allah,aku rasa macam nak bunuh je mamat ni.

Daniel merenungku sambil tersenyum sinis ke arah aku.“Aku benci kau gila ! Tak padan dengan jantan tak berguna.Aku harap aku takkan jumpa kau lagi !”Aku menampar pipi Daniel lalu meninggalkan dia di situ.

“Let's Allah decide,sayang.”Senyuman sinis masih terukir di bibir Daniel.

♛♛♛

“Kau pergi mana,hah?”herdik aku pada Hanie.Bahunya terangkat sedikit kerana herdikkan aku itu tadi.

“Aku cari kau la.Aku tengok kau dekat kafe tak ada kemudian aku cari kau dekat lain pula,”kata Hanie perlahan sambil menekur ke bawah.

“Dah la jom balik.Aku benci dah nak jejak kaki dekat sini.Dah la jumpa mamat gila tadi.Hergh !”Aku membuka pintu kereta lalu meloloskan diriku di dalam perut kereta begitu juga dengan Hanie.Kemudian keretaku terus meluncur meninggalkan pusat beli-belah itu.

Aku melihat ke arah Hanie.Mukanya nampak pucat dan muram.Semua salah aku kalau aku tak marah dia mesti muka dia sekarang ni ceria.Semua ni salah Daniel juga kalau aku tak jumpa dia tadi mesti aku dan Hanie sedang bergelak sakan sekarang ni.

“Aku minta maaf sebab marah-marah kau tadi,”kataku sambil memegang tangan Hanie.

“Takpa,aku tak simpan dalam hati pun.Lagipun kau jumpa mamat gila mana ni sampai kau marah teruk macam ni?”Hanie melihat ke arah aku.

“Siapa lagi kalau bukan Tengku Harris Erik Daniel bin Tengku Alauddin Syah.”

Hanie membuat muka terkejut.“Like seriously.Mamat gila tu.”Aku hanya mengangguk.

“Dia buat apa dekat kau?”Hanie menarik lengan bajunya tanda dia marah.

“Dia cium aku,”kataku selamba.“What?!”Sakitnya telinaga aku.Duh minah ni pun kalau terkejut tak payah la jerit kuat-kuat.

Aku terus menceritakan semuanya kepada Hanie tentang kejadian yang terjadi tadi.Sesekali Hanie menganggukkan kepalanya dan sesekali dia menggengam tangannya.Sampai saja di rumah Hanie,Hanie terus keluar dari kereta aku.

“Aku harapkan kau takkan jumpa mamat gila tu lagi !”kata Hanie geram di tingkap kereta aku.

“Crush kau juga,”kataku lalu tergelak melihat muka masam Hanie.

“Tak nak dah la aku dekat dia.Aku benci dia dah lepas apa yang dia buat dekat kau.”Hanie terus masuk ke dalam rumahnya.

Apa punya kawan bukan nak berterima kasih.Tiba-tiba Hanie menjerit memanggil nama aku.“Terima kasih,”laung Hanie.Aku hanya mengangguk lalu meluncur pulang ke rumahku.

♛♛♛

First Love Or Last Love ✔Where stories live. Discover now