13: Tunang

9.2K 333 8
                                    

Hari ni berlangsungnya hari pertunanganku dengan Daniel.Daniel yang mahu pertunangan ini dibuat ini sekarang.Nampak tak kegalakkan dia di situ.Tak ambil SPM lagi dah nak bertunang.Hahaha...

Tapi aku juga sedih kerana hubungan aku dengan Hanie masih lagi tidak baik.Aku tak suka Hanie yang sekarang ni.Aku nak Hanie yang dulu.Sob..sob..sob..

Aku nak Hanie datang hari ini tapi aku tahu tu semua boleh buat Hanie lagi sakit hati.

“Hai sayang!”sergah Daniel.

Bahuku terangkat sedikit dek terkejut dengan sergahannya tadi.Aku menepuk lembut tangannya yang berlapik.

“Berangan apa tu sayang?hmm..”tanya Daniel.

Aku menggeleng.Aku senyum padanya.

“Awak..”panggilku meleret.

“Hmm..”

“Jangan tinggalkan saya eh.”

Dia memandangku pelik.Mungkin dia pelik dengan kenyataanku tadi.

“Awak bidadari yang saya cari.Awak tulang rusuk saya yang hilang.Awak adalah nyawa saya.Awak bagaikan nafas saya tanpa awak saya tak boleh hidup,”katanya romantis.“Mana mungkin saya tinggalkan bidadari saya ni,”sambungnya lagi.

Aku tersenyum mendengarnya.Hatiku agak berbunga-bunga sekarang ni.Romantik juga tunang aku ni.Hehehe...

♛♛♛

Pagi itu aku ke sekolah macam biasa namun aku rasa masih ada sesuatu yang tak lengkap dalam diri aku.Oh ya!Hanie.Hidup aku takkan lengkap kalau tanpa Hanie.

Aku berjalan ke kelas.Aku ternampak ada satu nota di atas mejaku apabila aku sampai di mejaku.Aku mengambil dan membacanya.

Datang atas bumbung sekolah waktu rehat nanti.

Aku menyimpan nota itu setelah membacanya.Kemudian aku duduk di tempatku lalu meletakkan kepalaku diatas meja.Time to sleep!

Beberapa minit kemudian aku mendengar Cikgu Amira masuk ke kelasku dan memberi salam.

Aku terus bangun lalu menjawab salam Cikgu Amira dan membaca doa sebelum kami semua mula belajar.

Aku fokus semasa cikgu sedang mengajar di depan.Aku melirik ke sebelah.Rupanya Hanie membuat kerja lain.Sebab aku malas nak tegur dia.Aku sambung fokus ke hadapan.

♛♛♛

Aku berada di atas bumbung sekolah beberapa minit yang lepas tapi batang hidung orang yang suruh aku datang sini tak ada pun.

Aku duduk bersila kerana kaki aku sakit.Lama kot aku berdiri mau tak sakit.Selamat aku makan dulu sebelum datang sini kalau pengsan dah aku dekat sini.

“Hai,lama tunggu,”tegur seseorang di belakangku.

Aku menoleh belakang.Mata aku membulat saat aku melihat gerangan orang itu.Muka aku menjadi pucat.

“Hanie,”ucapku perlahan.

Dia tersenyum manis padaku.Adakah aku sedang bermimpi?Aku mencubit lenganku.Aww..sakit.Maknanya aku tak bermimpi la.

“Hei hei,berangan apa kau ni.Terkejut sebab nampak aku?Perangai kau dari dulu tak pernah berubah.Berangan je kerja kau,”kata Hanie lalu tergelak.

Aku tersengih lalu memasukkan tangan dalam tudungku dan menggosok belakang leherku.

“Aku nak minta maaf dekat kau,”kata Hanie lalu menundukkan kepalanya.

Lorh kenapa mood sedih pulak ni.Aishh..ni yang I tak suka ni.Gedik pulak aku ni.

“Aku jahat dekat kau.Aku cemburu dekat kau.Aku minta maaf sebab buat kau sakit hari tu,”sambung Hanie lagi.

Air mata Hanie jatuh di atas lantai.Adakah dia sedang menangis?Soalan apa la aku tanya ni.Mesti la dia menangis kalau tak air mata dia takkan jatuh la.

“Aku maafkan kau,”jawabku.

Dia mengangkat mukanya.Uishh merahnya mata macam hantu.Haha..mengutuk pula aku sekarang ni.Hanie tersenyum pada aku.

“Aku rindu kau,”kata Hanie.

“Aku juga,”balasku.

“Aku rindu nak hangout dengan kau.”

“Aku pun.”

“Aku rindu semua tentang kau.”

“Aku pun.”

“Aku rindu nak story dengan kau.”

“Aku pun.”

“Aku rindu...”

Segera aku pintas kata-kata Hanie sebelum dia menyambungnya lagi.Nanti sampai ke malam takkan habis sesi 'aku rindu' ni.

Kemudian Hanie datang kepadaku lalu memeluk aku dengan erat sekali.Aku rindu pelukan Hanie.Hangat dan damai apabila aku ada di pelukan dia.

Hanie menangis di bahu aku.Aku hanya membiarkan saja.Beberapa minit kemudian Hanie mengangkat mukanya dari bahuku.

“Sorry baju kau basah,”kata Hanie lalu tergelak kecil.

“Takpa.Dah jom balik kelas.Waktu rehat dah nak habis ni,”kataku sambil melihat pada jam tanganku.

“Ok jom.”Hanie terus tarik tanganku untuk pulang ke kelas.

♛♛♛

First Love Or Last Love ✔Where stories live. Discover now