47:Rajuk Zayyan

11.1K 307 1
                                    

Aku mengemas baju-bajuku ke dalam bagasi.Rumah ni tersimpan banyak kenangan untuk aku.Esok nak balik Malaysia dah.Macam mana la agaknya keadaan Malaysia sekarang.

"Sayang,termenung apa tu?"Bahuku terangkat sedikit kerana terkejut dengan sergahan Zayyan.

"Sayang tengah fikir pasal mamat korea dekat sini.Kalau sayang balik Malaysia nanti dah tak boleh nak pandang muka-muka hensem mamat korea."Aku memejam mata sambil tersenyum.

"Biy takkan tak..."Aku berpaling ke belakang di mana Zayyan duduk."Eh mana dia ni."Amu menggaru-garu kepala aku yang tidak gatal.

Aku bangun lalu menapak ke bawah."Ryan,where is daddy?"tanyaku pada Ryan.

"I don't know.What mummy have done to daddy?Daddy look so sad."Aku terkelu.

Takkan Zayyan ambil serius dengan apa aku cakap tadi.Alahai sejak bila dia manja macam ni.Haih kenapa pujuk baby besar la pula.Tak padan dengan bapa budak!

"Ryan,mummy keluar dulu.Ryan duduk dengan aunty Syara kejap ye,"pamitku lalu keluar dari rumah.

♛♛♛

Aku ternampak seseorang sedang bermain buaian di taman.Aku mengecilkan mataku lalu memfokuskan pandangan aku ke arah orang itu.Zayyan!

Aku berjalan perlahan-lahan di belakang Zayyan lalu menutup matanya dengan kedua-dua belah tapak tangan aku.

"Siapa ni?"tanya Zayyan.

"Your angel,your soulmate and also your lovely wife."Zayyan menarik tanganku lalu duduk di atas ribanya.

"Ingatkan biy merajuk rupanya tak pun,"kataku lalu tergelak kecil.

Zayyan pandang aku kemudian pandangannya dipaling ke arah depan semula.Amboi dia tengok aku je.Dasar tak kenang budi!

"Ala biy jangan la merajuk.Sayang tak maksudkan pun apa yang sayang cakap tadi.Sayang saja je nak melawak dengan biy."Aku memandangnya sambil mengedipkan mataku berkali-kali.

Aku mencium pipi Zayyan namun dia buat tak tahu.Aku mencium dahinya pula namun dia tetap buat tak tahu.Aku menggaru kepalaku yang berbalut selendang.Aku mencium bibirnya.Lama.

Mata Zayyan membulat.Aku terus melepaskan tautan bibirku.Muka aku membahang.Zayyan tersenyum nipis namun cepat-cepat dia menyembunyikan senyumannya itu.

Aish takkan merajuk lagi kot."Suka hati biy la nak merajuk ke tak.Sayang penat la."Aku terus bangun dari riba Zayyan.Eii kejar la aku.Wei dia tak kejar aku pun.Buat penat je aku pura-pura merajuk.

Aku jalan sambil menghentak-hentak kaki aku.Tiba-tiba aku terjatuh menyembah bumi.Aku berpaling ke arah benda yang membuat aku jatuh.Cis! tin minuman rupanya.

Aku cuba untuk bangun tapi aku terjatuh semula.Aku terasa pedih di tapak tanganku.Luka.Huargh aku benci la macam ni.Dengan suami yang merajuk mengalahkan budak-budak.

Air mataku perlahan-lahan jatuh ke pipiku.Tak ada siapa nak tolong aku ke?Wei malangnya aku malam ni.Tangisan aku mula teresak-esak.Menyesal aku jalan sambil menghentakkan kaki aku!

Tiba-tiba terasa badan aku seperti di awang-awangan.Rasa macam sedang terbang je sekarang ni.Aku terus mendongak kepala aku.Zayyan!

"Cengeng betul isteri biy ni,"kata Zayyan lalu menggesel hidungnya dengan hidungku.

"Salah biy juga sebab merajuk lepastu bukan nak kejar sayang pun tadi."Aku menjeling manja terhadap Zayyan.

"Alolo biy minta maaf ok? Biy cuma rasa tercabar je bila sayang cakap macam tu tadi."

"Sayang melawak je kut.Tu pun nak merajuk.Tak sedar diri betul yang dia tu dah pegang title bapa budak,"kataku namun ayat terakhir aku perlahankan suara aku.

"Biy dengar okay."Aku tersengih.Aku fikir dia tak dengar.Ah! Bahagianya malam ni.Fuh dah cipta kenangan yang terindah malam ni sebelum balik Malaysia esok.Hahahaha...

♛♛♛

First Love Or Last Love ✔Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu