18: Sedih

11.6K 383 4
                                    

Rasa sebak mulai bertandang ke hati aku.Sedih siot sebab nak balik Kuala Lumpur dah.Rasa macam nak menangis je.Nak duduk sini lama lagi tapi keadaan mula tak mengizinkan.

"Jangan la sedih sangat.Nanti kita datang lagi ye,"pujuk Rizki.

Mood devil on !

"Tak nak.Nak stay lagi seminggu dekat Johor,"rengekku.Perasaan malu semua aku letak tepi dulu.

"Biy kerja la sayang.Nanti la kita datang lagi."Rizki memberhentikan keretanya di bahu jalan.

Aku membuka pintu kereta lalu keluar dari perut kereta milik Rizki itu.Aku hempas pintu kereta dia.Kuat.Aku tak kisah kereta lamborghini dia tu relai ke apa.

Aku berjalan pantas menjauh dari kereta Rizki.Aku nak tengok dia pujuk aku macam mana.Tapi apa yang aku dapat adalah..

"Bye,biy balik KL dulu ye.Merajuk la puas-puas."Rizki terus meninggalkan aku.

Wei ! Dia tinggal aku.Nampak sangat tak sayang isteri.Tapi dia memang tak sayang aku pun.Kalau ya pun pujuk la sekali.Kalau tak pujuk pun tunggu la dalam 5 minit.

Aku sorang ja kot dekat perhentian bas ni.Dengan depan aku hutan,tepi aku hutan belakang aku pun hutan.Dah la jalan ni gelap.Yang ada pun cahaya bulan ja.Bateri telefon aku pulak habis.Huwaa...sedihnya.

Tiba-tiba ada dua orang lelaki datang mendekati aku.Wei ! takut.Rizki mana awak?Saya takut,rintihku dalam hati.

"Hai,mari kami temankan awak,"kata salah seorang dari lelaki itu.

Aku berundur dari mereka.Mereka datang mendekati aku lagi malah lagi dekat.Aku berundur lagi lalu terus lari pecut.Wei ! Cuba bayangkan dengan tak makan lagi,dengan tak ada tenaga kemudian aku terus lari pecut.Penat siot.

Dah la bila aku tak ada tenaga.Automatik larian aku jadi perlahan.Sesekali aku menoleh ke belakang untuk melihat dua orang lelaki itu.Manggai ! Laju gila diorang lari nak dekat dengan aku dah kot.Aku pecut lagi larian aku.

Aku terjatuh kerana tersadung kayu.Dua orang lelaki itu pantas mendapatkan aku.Aku meronta-ronta minta dilepaskan.Namun apakan daya tiada orang di situ.Badan aku mulai lemah.Pandangan aku juga mulai kabur.Namun aku gagahkan diri untuk melepaskan diri dari dua orang lelaki itu.

Badan aku seperti tertolak ke depan.Aku menoleh.Muka dia membuatkan aku tersenyum.Hanya satu nama yang aku perlukan saat ini.Rizki.

Aku dapat melihat riak muka Rizki amat risau apabila dia cuba mendapatkan aku.Dia melawan dua orang lelaki itu sampai mereka tak berdaya.Rizki pantas mendapatkan aku.

Aku tersenyum lemah melihat Rizki.Riak mukanya masih sama.Cemas.Aku mengusap pipi Rizki sambil tersenyum lemah lalu pengsan dalam pelukannya.

♛♛♛

Pagi itu aku bangun.Aku memegang kepala aku.Kepala aku masih pening.Aku teliti bilik ini.Terasa asing bagi aku bilik ini.Ni bilik siapa dan ni rumah siapa?

Aku turun dari katil dan berjalan turun ke bawah dengan perlahan.Ruang tamu tiada orang.Aku pergi ke dapur pula.Terdapat makanan di atas meja dan ada satu nota yang ditinggalkan.

Morning dear,
Biy masakkan sarapan untuk sayang.Makan la.Sorry kalau tak sedap.Sorry jugak sebab biy terpaksa tinggalkan sayang pagi ni.Biy ada meeting yang tak boleh dielakkan.Ok la bye.Love you.

-Rizki-

Aku tersenyum membaca nota dari suami aku.Tapi satu je aku masih tertanya-tanya.Ni rumah siapa?

Aku menarik kerusi lalu melabuhkan punggungku.Aku merasa nasi goreng yang dimasak oleh Rizki.Pantas mata aku membulat.Sedapnya !

Pandainya suami aku masak.Kalah Chef Wan ! Macam ni dia kata tak sedap.Betul ke tak suami aku ni?Kalau macam ni aku nak pengsan hari-hari la boleh rasa masakkan Rizki hari-hari.Hahaha...

Aishh tapi tak boleh jugak takut nanti dia buat benda yang tak boleh dijangka mati aku.Macam semalam dia buat dekat aku.Aku nak perangkap dia last-last aku yang kena.

Kedengaran orang memberi salam.Aku pantas membawa pinggan ke sinki dan membasuhnya.Kemudian aku berlalu ke ruang tamu.Aik tadi aku rasa suami au duduk dekat ruang tamu tapi bila aku datang tak ada pula orangnya.Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

Aku merasa pinggang di peluk oleh seseorang.Aku menoleh ke belakang.Rizki tersenyum ke arahku.

"Sayang pergi mana,hmm?Risau biy tau tadi.Ingatkan sayang hilang."Jelas kedengaran nada risau Rizki.

"Saya ada dekat dapur la.Makan.Tau tak lapar."

"Ingatkan sayang hilang tadi.Sedap tak biy masak?"Rizki memusingkan badan aku menghadapnya.

"Boleh la.Umm..ni rumah siapa?"tanyaku.

Rizki tersenyum ke arah aku.Dia mengusap kepala aku.Ishh..kenapa senyum-senyum je.Aku tanya kot.Jawab dah la.Jangan la buat aku tertanya-tanya.

"Ni rumah kita,"jawab Rizki tenang.

"Ouh."Aku mengangguk-anggukkan kepala aku.Eh jap ! "What ! Rumah kita?"jeritku terkejut.

"Duh ! Sayang jangan la jerit dekat telinga biy.Sakit tau tak.Ha'ah rumah kita."Rizki menggosok telinganya sambil membuat mulut muncung.

Duh ! Cair aku tengok suami aku ni.Jangan la buat muka macam tu macam nak cubit-cubit je pipi tu.Aumm...

"Dah la biy nak naik bilik dulu.Nak rehat jap.Petang ni bersiap kita nak keluar,"kata Rizki lalu naik ke atas.

Yeay petang ni keluar.Agak-agak Rizki nak bawa aku pergi mana ye?Apa-apa je la asalkan aku dapat keluar jalan-jalan.

♛♛♛

First Love Or Last Love ✔Where stories live. Discover now