25: Amira

9.9K 327 7
                                    

Aku memakirkan kereta aku di garaj.Suasana di rumah gelap dan sunyi.Kereta suami aku ada tapi rumah gelap-gelita.Perasaan tidak sedap hati mula menjegah di dalam diriku.

Aku menolak daun pintu rumah.Keadaan di ruang tamu masih tersusun kemas.Kemudian aku naik ke bilik pula.Tiada siapa pun di dalam bilik.Aku membuka lampu.

Tiba-tiba aku dengar bunyi sesuatu pecah di dalam tandas.Aku terus berlari ke arah tandas.Kelihatan banyak darah mengalir di tangan Zayyan.Aku terus pergi ke arah Zayyan.

"Kenapa Amira mesti kembali lepas dia tinggalkan aku?"raung Zayyan.

Tersentap hatiku apabila Zayyan menyebut nama Amira.Jadi semua ni terjadi kerana Amira.Ah! Aku tak sanggup lagi dengan semua ni.Aku menarik Zayyan ke dalam pelukan aku.

"Dah la tu.Awak kena banyak bawa bersabar.Awak kuat.Awak kena tunjuk dekat Amira yang awak kuat walaupun dia tinggalkan awak bersama lelaki lain."

Aku cuba memujuk Zayyan walaupun hati aku rasa sakit saat ini.Aku sanggup makan hati daripada melihat keadaan Zayyan seperti ni.Aku tak sanggup!

"Dah jom keluar nanti awak sakit duduk dalam ni lama-lama."Aku memaut pinggang Zayyan untuk bangun.Aku membawa Zayyan ke katil.Aku mencari kotak first aid kid.

Aku merawat luka di tangan Zayyan.Kemudian Aku menukar bajunya yang basah.Dia tidak membantah."Tidur la.Awak jangan fikir sangat semua tu.Awak kena yakin dengan diri awak yang awak kuat walaupun Amira tak ada di sisi awak."

Aku ingin bangun namun niatnya terbantut apabila Zayyan menarik tangan aku supaya duduk semula.

"Terima kasih sebab bagi semangat dekat biy.Maafkan biy kalau biy tak boleh mencintai sayang lagi.Selama ni biy cuba untuk mencintai sayang tapi tak boleh.Maafkan biy."Aku menyeka ait mata yang turun ke pipi Zayyan.

"It's ok.Dah tidur cepat.Esok mengantuk pula dekat tempat kerja."Aku menarik selimut hingga ke paras dada Zayyan sambil tersenyum ke arahnya.

"Goodnight,"kata Zayyan lalu menutup matanya.

♛♛♛

Aku memasak untuk makan tengah hari.Sedang dis memotong sayur , ada tangan yang melingkar di pinggangnya.Deruan nafasnya hangat menampar leher aku.

"Masak apa tu?"tanya Zayyan di telinga aku.

Jantungku berdegup laju.Ah! Aku benci perasaan ni apabila Zayyan berada dekat dengan aku sebab aku tahu aku tak dapat mengawal perasaan aku ini.

"Ma..masak tomyam,",kata aku gagap.Ah! Kan aku dah kata aku tak boleh kawal perasaan aku.

"Kenapa gagap ni,hmm?Biy cuma tanya masak apa je.Belum biy tanya nak buat anak bila lagi.Mungkin sayang dah bisu kot kalau biy tanya macam tu,"kata Zayyan lalu tergelak kecil.

Aku merasa pipiku panas saat ni.Ceh! Tak guna punya suami."Awalnya biy balik,"kata aku untuk menutup rasa malu.

"Biy rindu dekat sayang sebab tu biy balik awal"kata Zayyan dalam nada manja.

"Habis Amira nak letak mana?"Opss! Dah terlepas.Harap la dia tak dengar.

"Hah?"

Aku pantas menggeleng.Takut dia buat benda pelik-pelik pula nanti.Semalam dia kelar tangan dia mana tahu hari ni dia bunuh diri terus.Meraung la aku.

"Biy pergi rehat dulu kalau dah siap nanti Iqa panggil."Aku menolak tubuhnya keluar dari ruang dapur.

Aku menghembuskan nafas lega apabila kelibat Zayyan sudah hilang dari pandangannya.Aku terus menyambung memasak.

♛♛♛

First Love Or Last Love ✔Where stories live. Discover now