33: Fitnah

9.6K 290 5
                                    

Amira mengajak Zayyan ke tempat di mana aku dan Harris berjumpa.Pada ketika itu aku sedang mengambil barang di bahagian tempat duduk belakang.Kalau dari jauh nampak macam aku sedang peluk Harris.

Amira menunjukkan pada Zayyan.Aku tak tahu apa pun sehingga la Zayyan sendiri yang datang mengetuk cermin tingkap kereta Harris.

"Jadi ini yang kau buat dekat belakang aku selama ni.Aku tak sangka,"kata Zayyan selepas pintu kereta dibuka oleh Harris.

"Aku nak kau balik rumah sekarang!"terhinjut bahu aku mendengar tengkingan Zayyan.

Aku keluar dari kereta Harris.Semua ni salah faham.Aku perlu jelaskan semuanya pada Zayyan!

♛♛♛

Aku masuk ke dalam bilik tetamu.Aku takut melihat wajah bengis Zayyan.Aku tak pernah nampak Zayyan seperti ni.Aku mendengar barang pecah dari bilik kami.Aku juga mendengar Zayyan menjerit.


Aku duduk di tengah katil lalu memeluk kedua-dua lututku.Badan aku menggigil hebat.Aku takut!

Kedengaran pintu bilik tetamu diketuk.Ah! itu pasti Zayyan.Aku berjalan ke arah pintu.Tanganku terketar-ketar memulas tombol pintu.

"Nak buka pintu pun lembab ke?!"tengking Zayyan.

Bahu aku terhinjut lagi.Air mata aku tahan dari jatuh ke pipi."Kau tak sedar ke kau dah bersuami?"

"Apa yang biy nampak tu semua salah faham dan dengar itu semua fitnah.Sebenarnya sayang cuma tolong Harris je.Sayang tak buat apa pun dengan dia"kataku.

"Jadi kau nak kata mata aku ni bermasalah?Kau fikir aku buta ke hah?!"tengking Zayyan.

Air mataku yang aku tahan pantas jatuh ke pipiku."Nah beg kau,"kata Zayyan seraya melempar beg di depan kaki aku.

"Mulai sekarang aku tak nak tengok muka kau lagi.Aku benci kau.Aku nak kau keluar dari rumah ni sekarang!"Aku pantas jalan di hadapan pintu.

Ah! Aku tak boleh mengalah.Aku kena jelaskan dekat Zayyan dulu.Lepas dia dengar penjelasan aku, kalau dia nak halau aku.Halau la aku tak kisah.

Aku pantas memeluk kaki Zayyan."Biy kena dengar penjelasan sayang dulu."Aku seperti hamba abdi.

"Jangan kau guna gelaran itu lagi.Jijik aku dengar."Zayyan menarik kakinya dariku.

"Awak tolong la dengar dulu penjelasan saya,"Aku kembali meraih kaki Zayyan.

"Eh! Kau tak faham lagi ke? Aku kata pergi , pergi la! Ke kau nak aku panggil pengawal terus."Zayyan menolak badanku sehingga badanku terdorong ke belakang.

Aku bangun perlahan-lahan lalu meninggalkan perkarangan rumah itu.Saat itu juga hujan mulai turun membasahi bumi.

♛♛♛

First Love Or Last Love ✔Where stories live. Discover now