12: Gaduh

8K 315 0
                                    

Sudah dua hari Hanie tidak bercakap denganku selepas kejadian pada malam kebudayaan itu.Aku amat merindui Hanie.Hanie selalu mengelak apabila bertembung denganku.Di dalam kelas juga dia lebih selesa mendiamkan diri.

Aku nak Hanie yang dulu kembali Ya Allah.Aku tidak sanggup lagi dengan dugaanmu Ya Allah.

Aku berjalan ke arah Hanie ketika kami semua keluar untuk ke kantin.Aku mencuit bahu Hanie.Dia menoleh ke belakang lalu dia menjeling kepada aku.Dia berjalan laju meninggalkan aku.

Aku penat la kalau macam ni hari-hari.Nak merajuk bagai kenapa.Mengada betul la.Yang aku ni emo sangat kenapa takkan aku pms kot.

Eh!Jap!Harini tarikh berapa?Hari 12 haribulan la.Patut la aku emo sangat.Aku pms rupanya.Eh!Aku kena pergi tandas ni.

Aku terus lari pecut ke tandas yang agak jauh dari kantin.

♛♛♛

Sejak akhir-akhir ini aku selalu pulang ke rumah dengan berjalan kaki.Seperti biasa setiap kali aku pulang ke rumah dengan berjalan kaki aku pasti akan menyanyi kecil untuk menghilangkan rasa bosan aku.

Tiba-tiba tudung aku ditarik dari belakang.Hati aku menjadi panas kepada hamba Allah yang menarik tudung aku itu.Aku menoleh kebelakang.Alangkah terkejutnya aku apabila melihat orang yang menarik tudungku itu.

Dia membuat muka bengisnya di hadapanku.Aku jadi kecut perut.Aku paling takut bila orang buat muka bengis depan aku macam nak terjun dalam laut pun ada.

"Well well well tengok siapa yang kita dapat.Kita dapat BAKAL ISTERI Daniel la,"kata Hanie dalam nada sinis.

Kita?Aku tengok dekat sini ada Hanie je.Macam mana boleh jadi kita?Kemudian ada dua orang perempuan keluar dari semak-samun yang berdekatan dengan aku dan Hanie.

Aku melihat lencana pada tudung dua orang perempuan itu.Sekolah lain rupanya tapi aku pelik macam mana Hanie boleh kenal mereka berdua.Mungkin jiran dia kot kataku dalam hati berspekulasi sendiri.

"Kau berangan apa sayang?!"kata Hanie sambil menarik rambutku.

Sejak bila dia membuka tudung aku,aku pun tak tau.Hanie menarik lagi kuat rambutku ini diikuti dengan dua orang perempuan itu.

Air mataku mengalir.Bukan kerana sakit tapi kerana aku seperti tidak kenal Hanie sekarang ini.

Mana Hanie yang lemah-lembut?Mana Hanie yang sopan?Mana Hanie yang bersikap ayu?Mana Hanie yang aku kenal selama ni?

"Kenapa menangis ni sayang?Takkan sakit kot?Kalau sakit tahan je la.Tapikan hati kami lagi sakit dari apa yang kau rasa sekarang ni tau tak?!"kata Hanie seolah-olah sudah hilang kewarasannya.

"Sakit Hanie..."rintihku.

"Alolo kesiannya dia.Sakit sangat ke sayang?Takpa lepas ni kau takkan rasa sakit dah,"kata Hanie sinis.

"Aku just nak warning kau.Jauhi diri kau dari Daniel kalau kau nak persahabatan kita diteruskan."Aku mengangguk mendengar setiap kata-kata yang dilontarkan kepadaku."Oh ya.Jangan sesekali kau bagitahu Daniel atau sesiapa tentang ni.Kalau kau bagitahu siap kau!"ugut Hanie.

Hanie dan dua orang budak perempuan tadi terus meninggalkan Faiqah.

"Maafkan aku.."

♛♛♛

First Love Or Last Love ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora