49: Anugerah Yang Terindah

11.3K 331 1
                                    

Pada pagi itu aku sudah turun ke dapur untuk memasak.Sedang aku memotong sayur terasa sesuatu membelai rambutku.Apabila aku menoleh tiada siapa di belakangku.

Aku berjalan ke arah singki untuk membasuh sayur.Terasa rambut aku dibelai lagi.Bulu roma aku sudah menegak.Aku mengabaikannya.Apabila aku menoleh ternampak seseorang di belakangku.

Pak!Pak!Pak!

“Sakit la sayang.”Zayyan menggosok lengannya.

“Opss sorry.Tindakan drastik tu.”Aku bantai gelak Zayyan.

“Tindakan drastik pun tapi tak payah la pukul biy dengan sayur tu.Sakit tahu tak?Tengok tu habis patah sayur-sayur tu,”kata Zayyan dengan muka cemberutnya.

Aku hanya buat tak tahu.Malas nak layan sebenarnya.Makin dilayan nanti makin menjadi perangai manja dia tu.Kalah Ryan betul!

♛♛♛

Aku melihat papa,ayahanda Zayyan,abang,Zayyan dan Ryan sedang seronok bermandi di dalam kolam.

Aku,mama,bonda Zayyan,isteri dan anak-anak abang hanya duduk di gazebo yang berdekatan saja.Malas mahu menyertai kaum Adam.

“Sayang! Sini jap.Tolong tarik abang naik,”panggil papaku.

Amboi! Dah tua pun mama dan papa masih romantik lagi.Cemburu pula aku dengan papa dan mama.

“Ish orang tua ni.Tangga ada mengada suruh orang tarik dia,”bebel mama perlahan namun sempat disengari oleh aku.Mama terus berjalan ke arah kolam.

Mama membongkokkan sedikit badannya lalu dihulurkan tangganya ke arah papa.Papa memegang tangan mama namun senyuman yang sukar ditafsirkan terukir dibibir papa.

Splash!

“Abang!!”jerit mama.

Kami seisi keluarga tergelak melihat kejadian itu.Auch! Romantik je mama dengan papa.

“Ida,datang sini jap,”panggil ayahanda pula.

“Tak nak! Nanti abang tarik Ida masuk dalam kolam,”kata bonda.

Ayahanda akhirnya mengalah.Tiba-tiba ayahanda memegang dada kirinya.Semua menjadi kelam-kabut.“Bonda datang sini cepat.Tarik ayahanda naik atas!”panggil Zayyan.

Bonda terus berlari ke arah kolam.Bonda menolong Zayyan dengan menarik ayahanda naik ke atas namun lain pula jadinya.

Splash!

“Abang!!”jerit bonda pula.

Kami sekali lagi tergelak.Ryan sudah duduk di tepi kolam bersama pelampungnya.Terkekek-kekek dia ketawa pada atok dan neneknya.

“Ida ingat abang betul-betul ada penyakit kronik tadi.Rupanya ada penyakit gatal bin miang keladi,”sindir bonda.

Aku berjalan ke tepi kolam untuk bermain dengan Ryan.“Hai sayang tak join ke?”kata Zayyan yang berada di sebelahku sambil menjongket keningnya berkali-kali.

“Tak nak la,”kataku lalu terus bangun  dan berjalan ke gazebo.Baik aku lari dulu sebelum aku pun masuk dalam kolam.

Aku terasa diriku di awangan.“Tak semudah tu untuk lari sayang,”kata Zayyan dengan senyuman yang terukir di bibir.OMG! This gonna be the bad and best day for me today!

“Turunkan sayang!”Aku menampar dada Zayyan.

Zayyan berdiri betul-betul di hadapan kolam.“Satu...Dua...Tiga...”

Splash!

What?! Dia terjun dalam kolam sambil dukung aku! Aww so sweet!

Isteri abang hanya melihat kami sekeluarga mandi di gazebo.Hanya dia seorang saja yang tidak menyertai kami kerana dia masih mengandung.

“I love you,”bisik Zayyan di telingaku.

“I love you too,”kataku sambil tersenyum mesra kepadanya.

Zayyan terus mencium bibirku.Lama.Kemudian kami melepaskan tautan bibir kami.

Ah! Bahagianya hidup aku sekarang ni.Ya Allah terima kasih kerana kau telah mengurniakan aku anugerah yang terindah.Ya Allah kau kekalkanlah kebahagian aku ini.Amin.

TAMAT

First Love Or Last Love ✔Where stories live. Discover now