BAB 2

30.3K 756 9
                                    

Sudah seminggu Hariz tinggal dirumah Isya, sudah seminggu juga mereka bergelar suami isteri.

"Hariz, Dah seminggu kamu dekat sini, Macam mana best tak?" tanya encik khalid

"Hariz suka duduk sini ayah, tapi Hariz kena balik rumah Papa Hariz sebab Hariz dah nak start kerja, kerja kat office tu banyak lagi yang belum buat" kata hariz

"Betul tu, ayah pun fikir benda yang sama. Sian dekat papa dengan mama hariz kat sana, mesti sangat kat hariz. Hariz bincanglah dengan isya, ayah rasa lusa hari yang sesuai untuk kamu balik"

"baiklah ayah" hariz Berkata sambil meneguk air teh buatan isterinya.

"kau kemaslah mana yang patut, sebab kita akan tinggal dekat rumah papa aku, senang sikit aku nak kerja. Maybe lusa kita berangkat" hariz memberitahu isya

"baiklah isya ikut je" isya hanya mematuhi kata kata suaminya

Beberapa hari kemudian..

"Kita dah sampai, inilah rumah family aku" hariz memberitahu isya dengan nada yang agak menunjuk.

"oh.. besarnya rumah ni, cantik sangat" isya terpegun dengan rumah hariz

kedatangan mereka disambut baik oleh keluarga hariz, mereka bersalam salaman dan berpelukkan.

"wah.. abang, kak isya berseri nampaknya" sakat adik perempuan hariz yang bernama Melly. dia merupakkan anak bongsu keluarga tersebut.

"pandai pandai je kau ni melly, Mana ada berseri kalau handsome tu abang tau lah abang handsome, sebab tu isteri abang ni suka" hariz berkata sambil ketawa,Riuh sekali rumah itu dengan gelak tawa mereka.

"Apa yang bising bising ni" Gelak tawa mereka terhenti. Kelihatan seorang lelaki yang agak iras dengan wajah hariz perlahan lahan menuruni anak tangga.

"Ni hah adik kamu dah balik dengan isteri dia, Isya kenalkan ini abang hariz. nama dia Danial, Danial ini isteri hariz misya alisya.

"Oh.. cantik betul isteri hariz ni, patut lah papa nak jodohkan hariz dengan dia, sepatutnya papa jodohkan dia dengan danial" kata kata danial membuatkan semua terdiam. Danial berkata semula sambil tergelak sedikit "danial guraulah, kenapa muka serius sangat. By the way congrats bro"

"Thanks bro" hariz membalas ucapan tahniah daripada abangnya Danial

"Hariz kamu bawa isteri kamu rehat kat bilik, mama akan suruh mak jah masakkan makan tengah hari. Kalau semua dah siap, nanti mama panggil" Puan sri Rahila berkata sambil tersenyum.

"Wah.. besarnya bilik ni, ini bilik awak ke?" Mata isya terbeliak melihat bilik hariz yang besar dan kemas. Bilik tidur hariz umpama bilik tidur isya dan kakaknya apabila disambungkan.

"ehem.. mulai sekarang ini bilik kita bukan bilik aku sorang" kata kata hariz didengari jelas oleh isya

"baiklah tengku, Nanti macam biasalah saya akan tidur dilantai macam yang kita janjikan seperti yang kita lakukan kat rumah saya" isya berkata sambil tersenyum

"Tahu pun kau! Good, kau faham" kata hariz sambil merebahkan badannya keatas katil empuk yang dirinduinya.

KERANA TERPAKSA AKU TERIMAWhere stories live. Discover now