BAB 3

28K 743 3
                                    

Makanan Tengah hari sudah siap disediakan, Mama hariz mengetuk pintu sambil memanggil mereka berdua

"Hariz, isya.. turun, makanan tengah hari dah siap" Mama hariz memang sudah biasa memanggil anak anaknya turun untuk makan. Ayat yang digunakan sama tetapi nama yang dipanggil berlainan.

"Awak, mama dah panggil" isya menbangunkan hariz dengan perlahan.

"ish.. aku nak tidurlah" Hariz memusingkan badannya kearah lain.

"awak, tak baik kalau mama awak panggil awak tak bangun" isya masih berusaha untuk membangunkan hariz.

"woi! kau tak faham ke? aku cakap aku nak tidur, aku nak tidurlah!!" Hariz menengking isya dengan kuat, suaranya boleh didengari sampai ke luar biliknya. Dia beruntung kerana mamanya tidak ada lagi dekat luar biliknya.

"ma...maafkan saya" isya meminta maaf kepada hariz, mata isya sudah berkaca. Dia menoleh kearah lain dan masuk ke dalam bilik air untuk menenangkan dirinya.

Tanpa mereka sedar, Danial telah mendengar tengkingan hariz secara tidak sengaja. Danial mengetuk pintu hariz dan masuk ke dalam.

"Hariz! apa kau buat ni!, kalau mama dengan papa dengar kau tengking dia macam ni. Mesti mereka kecil hati dan malu, kau dah kenapa nak tengking dia macam tu! dia ada buat salah ke?" tanya danial dengan nada yang geram.

"Dia tu lah tak faham bahasa, aku cakap aku nak tidur dia masih degil nak kejutkan aku" Hariz berkata dengan muka tidak ambil kisah

"Ya allah, sebab tu je? kau ni memang gilalah. Dia ambil berat pasal kau, aku tengok kau datang tadi sambil sekarang belum makan apa apa. Dia tak nak kau laparlah, Sekarang isya kat mana?"

"entah, maybe dalam bilik air tengah menanggis kot. Biasalah budak kecik, sikit sikit nak nanggis" Kata hariz, Kata kata hariz membuatkan danial lebih geram

"ish.. laki jenis apa kau ni! buat isteri menanggis, kau tahu tak lelaki itu dayus kalau buat isteri dia nanggis. walaupun dia tu baru 19 dia tetap isteri kau!" Danial keluar dari bilik hariz dengan wajah yang geram.

"isya! keluarlah tadi cakap nak makan!" hariz mula rasa bersalah dan mengajak isya untuk turun bersamanya.

Mereka berdua menuruni anak tangga dan berjalan kearah meja makan.

"hmm.. pengantin baru, baru nak  turun. Tadi dah mama panggil, mesti baru bangun tidur kan?" puan sri Rahila berkata. Isya hanya tersenyum.

"Hariz, bila kamu nak start kerja balik? dah lama kamu tak kerja" tanya Tan sri freddy.

"Maybe esok atau lusa, papa macam mana dengan kontrak kita dengan syarikat baru tu?" tanya hariz dengan serius kepada papanya

"eh, Makan dulu. Lepas makan kita cakap pasal syarikat, bersemangat betul hariz ni kalau pasal syarikat" Kata puan sri Rahila sambil tertawa sedikit.

Isya makan dengan perlahan kerana berasa tidak selesa dengan danial, Mereka duduk bertentangan. Danial makan sambil curi curi memandang wajah isya, isya tidak tahan akan danial. Dia terus berbisik dengan suaminya.

"awak, boleh tolong saya tak?"

"tolong apa? jangan nak mengada makan jelah"

"macam mana nak makan? tak selesalah"

"kenapa pula tak selesa?"

"awak tengok lah abang awak ni, asyik pandang saya semacam je"

wajah hariz berubah dan memandang wajah danial.

"Bro, macam mana dengan girlfriend kau dulu? dia macam mana?" Hariz menarik perhatian danial supaya tidak memandang isya lagi

"Oh.. dah putus, she cheat on me. macam mana nak buat, tak macam kau ni. Beruntung betul dapat beristerikan isya" danial berkata dengan selamba

isya yang terdengar tersedak.

"isya okay ke? ish! danial jangan lah menyakat isya ni, kesian dia" kata puan sri dengan geram

KERANA TERPAKSA AKU TERIMAWhere stories live. Discover now