BAB 18

20.8K 563 7
                                    

Isya mula menaiki anak tangga dan masuk kedalam biliknya. Pintu biliknya dikunci agar hariz tidak dapat masuk kedalam biliknya walaupun isya tahu yang perkara itu tidak akan berlaku. Isya segera berjalan menuju kearah katil dan duduk di birai katil, Apa yang isya mampu buat hanyalah menanggis sepuas hatinya. Hati isya terasa sangat sakit sehinggakan isya mula melemparkan bantal ke lantai, rasa marah yang menguasai isya tidak dapat dikawal. Betapa remuknya hati seorang isteri apabila melihat suaminya berjumpa kembali dengan bekas kekasihnya tambahan pula bekas kekasih suaminya ialah kakaknya sendiri. Isya boleh rasa akan layanan yang hariz berikan kepada Mia sangat lain, buktinya suaminya rela memegang tangan bukan muhrim untuk selamatkan Mia.

"Aku benci kau!" langkah hariz yang baru sahaja mahu masuk kedalam biliknya terhenti apabila mendengar jeritan Isya. Hariz rasa tidak sedap hati, dia mula menghampiri bilik isya. Hariz mula mengetuk pintu bilik isya agak kuat.

"Kau okay ke?" Kedengaran nada Hariz agak risaukan Isya, Hariz bilalah kau nak berubah? dengan Isya bukan main lagi kau kasar tapi dengan Mia Kau umpama seorang lelaki yang sempurna dan terbaik.

"Saya okay, saya tengah tengok drama korea sekarang" Isya hanya boleh membohongi hariz yang tidak tahu akan betapa sakitnya hati isya.

sorry pendek sis kekurangan idea .. btw please support jugak my other story .. #Cikgu garang suami aku .. 💕 jgn lupa vote

KERANA TERPAKSA AKU TERIMAWhere stories live. Discover now