BAB 9

22K 607 2
                                    

SETELAH SAMPAI DIRUMAH

"uish banyak betul kamu shopping melly" kelihatan mama Hariz yang sedang menuruni anak tangga terkejut melihat anak kesayangannya bershopping.

"Mama ni, ni baru sikitlah. Lagi pun dah lama melly tak shoppingkan?" melly mula mencebikkan mulutnya. Mama hariz mula berdiri dihadapan isya dan melly

"Yelah, Eh kamu pulak isya? tak beli apa apa ke?" Mama yang melihat isya masuk kedalam rumah tanpa memegang mana mana beg shopping kehairanan.

"Haah, lagi pun isya tak tau nak beli apa kat sana" Mama hariz mula tersenyum melihat gelagat isya.

"Kalau macam tu isya nak minta diri dulu, Assalamualaikum" Isya mula menaiki anak tangga dengan perlahan lahan.

Selepas menunaikan solat zohor, isya mula mengambil telefonnya dan menelefon ibunya.

"Assalamualaikum, ibu ni isya"

"Waalaikumusalam, ada apa isya?"

"takda apa apa, isya cuma rindu dekat ibu dan lain lain." tanpa disedari mata isya mula berkaca.

"Ibu pun rindukan isya, Kalau suami isya free ajaklah dia datang kat sini" Suara ibu kedengaran sebak, mungkin merindui anaknya itu.

"InsyaAllah, nanti isya tanya dengan abang hariz"

"isya, kalau takda apa apa ibu pergi dulu. Assalamualaikum"

"Baiklah bu, Waalaikumusalam" Cecair jernih mula kelihatan mengalir diwajah isya.

SETELAH SELESAI MAKAN MALAM.

Mata isya mula mengikuti langkah suaminya yang baru saja masuk didalam bilik tersebut.

"Awak, saya nak tanya sesuatu boleh" Isya mula menundukkan mukanya.

"Hmm, tanya apa?" Hariz yang baru melabuhkan dirinya diatas katil memandang wajah Isya.

"Awak free tak weekend ni" isya masih menundukkan mukanya dan bermain dengan jari jemarinya.

Hariz yang melihat gelagat isya kehairanan. "Kau ni dah kenapa? kalau free pun apa kau kisah?"

"ingatkan, nak minta izin awak untuk balik kerumah keluarga saya" Isya mula memandang kearah hariz dengan muka yang separuh mengharap daripada Hariz.

"Kau ni! Kita ni baru je balik dari rumah keluarga kau dah nak pergi sana balik, Aku pun nak spent time dengan keluarga aku" Isya mula tergamam dengan kata kata hariz. Dia mula berbisik dalam hatinya. "Eh! nak spent time dengan family ke perempuan tadi?"

"Kalau macam tu, saya ikut cakap awak je" Isya yang lama mendiamkan diri mula berbicara semula.

"Bagus! sekarang aku nak tidur dulu. Baik kau diam" Hariz mula memejamkan matanya begitu juga isya. Mereka terus terlelap sehingga subuh.

Kedengaran Alarm dari telefon isya yang menandakan sudah masuk waktu subuh. Isya mula mencapai tualanya dan masuk kedalam bilik air. Setelah keluar dari bilik air isya masih melihat suaminya masih lena dibuai mimpi.

"Awak..." isya membangunkan Hariz perlahan tetapi tiada jawapan daripada hariz. "Awak, Dah masuk waktu subuh ni" Isya membangunkan hariz dengan nada yang lebih tinggi daripada panggilan pertama.

Selepas dibangunkan beberapa kali Hariz mula mengosokkan matanya dan mula masuk kedalam bilik air.

"Awak.. Hari ni awak imamkan saya" Hariz hanya mendiamkan diri dan mula menunaikan solat subuh buat kali bersama isterinya.

KERANA TERPAKSA AKU TERIMADär berättelser lever. Upptäck nu