BAB 6

24.5K 666 30
                                    

Keesokkan harinya..

"eh.. mana pula isya ni? lari ke?.. isyaaa.. misyaa alisyaa!.. tak boleh jadi ni"

hariz menuruni anak tangga dengan laju

"mama ada nampak isya tak?" tanya hariz dengan cemas.

"amboi isteri tinggal kejap dah cari, tu hah ada kat dapur tolong mama dengan mak jah masak breakfast" puan sri tersenyum melihat gelagat anaknya itu

"oh .. mestilah cari, takut nanti hilang siapa yang susah? hariz juga yang susah sebab rindu dengan isya" hariz bergurau dengan mamanya.

"hmm.. sedapnya bau! masak apa tu?" danial bertanya sambil menghidu masakkan yang tengah dimasak.

"isteri hariz masakkan nasi goreng kampung untuk kita, semalam mama ada cakap yang teringin nak makan nasi goreng kampung. Sebab tu isya buatkan" puan sri membangakan menantunya

"untunglah kau hariz, ada isteri yang pandai masak, rajin dan cantik macam isya. Kalau boleh aku pun nak isteri macam dia" Danial memuji isya.

Mereka tertawa bersama, selepas itu isya keluar dari pintu dapur sambil membawa pinggan yang berisi penuh dengan nasi goreng kampung.

"wah, nampak sedap. Tak sabarlah nak rasa. danial terpegun dengan nasi goreng isya

"Duduklah dulu, isya ambil air lepas tu kita makan" isya berkata sambil senyum kearah mereka

Selepas mereka menghabiskan sarapan.

"wah isya, laku betul nasi goreng isya. sedap betul kalau boleh mama nak hari hari makan masakkan air tangan isya" puan sri memuji isya

"Biasa biasa je isya masak ni, isya boleh je masak hari hari sebab isya suka masak. Mama cakap je nak makan apa, insyaallah isya boleh masakkan" isya memandang wajah ibu mertuanya sambil memberikan senyuman yang manis.

"isya..Kalau abang nak makan something isya boleh masakkan?" danial tiba tiba datang mencelah.

"amboi danial, kamu ni ambil kesempatan betul. kalau nak carilah isteri macam isya ni cepat cepat, boleh layan gelagat kamu tu bila bila masa.

"kalau boleh danial nak isya jadi isteri danial" dia bergurau dengan mamanya

"ish kamu ni! kalau hariz dengar boleh naik darah dia" puan sri melarang danial.

"kenapa dia nak marah? betullah dia kahwin dengan isya pun terpaksa, kalau danial yang kahwin dengan isya memang danial bersyukur sangat" danial berkata

"Bro, watch your mouth. Kalau nak bergurau pun bertempatlah janganlah kau nak bahan bini aku!" Hariz tiba tiba datang

"ops, sorry bro. Tapi apa yang aku cakap tadi betul. kalau isya ni isteri aku, aku akan jaga dia baik baik" Muka hariz kelihatan merah kerana bengang dengan kata kata danial.

Dushhh.....

"Awak! kenapa dengan awak ni? kenapa awak nak pukul abang awak sendiri?" isya yang tadinya diam tiba tiba bersuara.

"Memang patut pun aku tumbuk dia! walaupun kau abang aku, aku takkan biarkan kau cakap macam tu pasal bini aku! sebab misya alisya aku punya!!" Hariz menarik tangan isya dan mereka pergi ke dalam bilik mereka.

"Kenapa dengan awak ni? Awak ni memang panas baran betul! abang danial tu berguraulah dengan awak. Yang awak ni emo sangat kenapa?" isya kehairanan dengan sikap hariz

"suami mana yang tak marah kalau ada lelaki lain yang cuba nak pikat bini dia?" Muka hariz masih kemerahan.

"Isya tak nak sebab isya awak dengan abang kandung awak bergaduh, jangan macam ni" isya berkata dengan nada yang lembut dan memegang tangan kanan hariz yang digunakan untuk menumbuk Wajah kacak danial.

"I'm so sorry, saya menyesal" hariz melihat wajah isya

"awak tak perlu nak minta maaf dekat saya, awak minta maaf dekat abang danial" isya perlahan lahan mengubat tangan hariz yang mempunyai sedikit luka.

KERANA TERPAKSA AKU TERIMAWhere stories live. Discover now