BAB 7

23.1K 598 2
                                    

Keesokkan harinya mereka sarapan seperti biasa tetapi suasananya sungguh tegang.

"Abang, isya nak minta maaf pasal semalam." isya mengurangkan ketegangan antara mereka.

"Alah, isya tak perlu minta maaf. Bukan salah isya pun" Danial memandang isya sambil tersenyum

Isya memandang kearah Hariz dan mula berbisik kepadanya

"Awak, saya rasa sekarang waktu yang sesuai untuk awak minta maaf. Tak baik gaduh gaduh"

"boleh tak kau biar aku makan dulu? lepas ni lah aku cakap dengan dia"

"Awak, tak boleh nanti tak sempat"

Hariz berhenti memakan sarapannya dan meneguk sedikit jus orennya.

"Danial, Aku minta maaf pasal semalam" Hariz mula berbicara.

"Don't worry bro, aku tak marah pun. Aku pun dah maafkan kau" Danial berkata sambil memasukkan sedikit roti kedalam mulutnya.

Isya berasa lega selepas mendengar kata kata mereka berdua.

"Kak isya, lepas ni temankan melly jalan jalan boleh tak?" melly mempelawa isya sambil memberikan senyuman

"Akak kena minta izin abang hariz dulu, kalau dia izinkan akak temankan melly" Isya membalas senyuman melly

"Sayang pergilah temankan melly, Hari ni abang pun dah mula kerja balik. Abang takut sayang bosan kat rumah ni, Lepas ni abang kasi duit belanja" Hariz berkata sambil memandang wajah isterinya.

Isya tersedak dan hanya mampu tersenyum. Isya mula berbisik dalam hatinya

"Kenapa pula dengan laki aku ni? tiba tiba panggil aku 'sayang'? sebelum ni paling okay pun dia panggil aku 'awak'."

Selepas selesai bersarapan, hariz mula pergi ke tempat kerjanya.

"eh? abang danial tak kerja ke?" isya bertanya kerana kehairanan.

"Abang tak kerja lagi, Abang tengah tunggu tawaran kerja sebab abang baru je habis belajar. Sebab tu abang tak boleh nak datang waktu pernikahan isya dulu" Danial menjelaskan

"oh" isya hanya menganguk tanda faham.

KERANA TERPAKSA AKU TERIMAWhere stories live. Discover now