BAB 25

22.7K 566 7
                                    

"Korang berdua tinggal dekat sini berapa hari?" Soalan dari ibu isya membuatkan dirinya tertanya tanya .. mana tidaknya .. dia tidak tahu hariz mahu membawanya kesini .. Baju? of course tak bawak. Isya hanya memandang wajah hariz, pandangannya seperti meminta jawapan daripada Hariz.

"Hariz ingat nak bawak isya tinggal kat sini seminggu, Sebab dah lama tak datang sini. Mesti isya rindu dekat Ibu dan Ayah" Macam tau tau je hariz ni isya nak stay dekat sini lama lama..

"Kalau macam tu, Ibu nak masak masakkan istimewa untuk korang" wah .. Isya sangat menanti saat ini, dia rindu akan masakkan ibunya.

"Abang .. abang tolong bawakkan Ayam kat belakang tu.. Abang sembelih lepas tu kita buat Ayam masak lemak cili padi" Ini masanya isya nak kenakan Hariz.

"Ayah, Kalau abang Hariz tolong bolehkan" Kata kata Isya membuatkan Hariz tersedak

"Boleh je ...tapi hariz mana reti nak buat kerja macam tu" Encik khalid ketawa kecil akan permintaan anak kesayangannya itu..

"Eh...Boleh je yah .. Hariz boleh tolong" Hariz memandang kearah isya sambil tersenyum dan mengenyitkan matanya .. Terserlah Lesung pipit Hariz yang selama ini tidak diketahui oleh isya ..

Hati isya mula berdebar melihat senyuman hariz.

"Bu.. Kak long mana?" Isya tercari cari juga akan Mia .. Dia rasa sangat bersalah kepada kakak nya .. mana tidaknya tak pasal pasal dia menengking kakak kesayangannya..

"oh .. Kak long isya selalu balik petang, Sekarang dia tengah nak cari kerja dekat pekan tu" Isya hanya menganggukkan kepalanya sambil memotong bawang merah untuk masakkan ibu nya nanti ..

Selepas selesai memotong bawang, isya mengintai dari pintu belakang rumahnya, melihat keadaan Hariz. Gelagat hariz yang mengejar ayam membuatkan isya tergelak, Dengan seluar yang dipakainya lagi. Siapa suruh tak cakap awal awal .. tengok sekarang terpaksa lak guna Seluar melayu Encik Khalid.

Hariz yang sedar akan kehadiran isya mula melambai lambaikan tangan nya kearah isterinya. Isya hanya menjadi pemerhati saja, hariz mula menghampiri isya sambil berlari anak.

"Sayang.. Abang tak retilaa nak tangkap ayam ni, Sayang ajarkan boleh tak?" Hariz tahu bahawa isterinya memang cekap menangkap ayam dulu, mana tidaknya. Sejak kecil isya selalu menolong Ayah dan ibunya.

"Ada syarat" Isya mula menayangkan senyum nakalnya..

"Apa dia?" Hariz yang keletihan mula tercungap cungap..

"Malam nanti isya kasi tau" Tanpa melengahkan masa, isya terus pergi menolong ayahnya menangkap ayam. Hariz pun mula mendapatkan isya, Mereka berdua bersama sama bekerjasama menangkap hidangan makan malam mereka yang sedang "berlari lari". Dengan keasyikkan mereka mengejar ayam tersebut, mereka terlanggar antara satu sama lain.. Dengan tidak sengajanya mereka bertindih diantara satu sama lain.. Isya dan hariz mula memandang antara satu sama lain.

"YaAllah... Sekarang ni kamu berdua pulak nak buat drama korea dekat sini?" Kata kata Encik khalid mula berdiri sambil tergelak.

"Alah yah .. kitorang memang dah biasa buat drama korea macam ni" Hariz mula memandang wajah isya yang sudah kemerahan itu.

"Amboi apa kecoh kecoh ni?" Suara tu .. Abang adam? Isya menoleh kearah pemilik suara tersebut. Memang benar tekaannya, Memang abang adam

"Eh adam.. Sejak bila kamu balik ni?" Adam mula merapati Encik Khalid dan menyalami tangannya.

"Dah lama.. Tapi sekarang baru sempat nak jumpa Ayah dengan Ibu" Adam mula tersenyum melihat Isya yang comot dengan tanah diseluar dan bajunya..

"Ni kenapa isya kotor macam ni?" Belum sempat isya hendak menjawap suaminya pulak yang menjadi wakilnya..

"Oh ...Aku dengan isteri aku buat drama korea dekat sini" Amboii .. ikut sedap mulut dia je .. Isya hanya boleh menahan malu dengan kata kata Hariz.

"Oh .. jadi ni lah Hariz .." Adam mula menghulurkan tangannya kepada hariz dan disambut oleh hariz. Tak tahu pulak ikhlas ke dok ..

"Eh adam.. Dah alang alang ni, jemput la makan sekali dengan kami" Adam hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum kearah isya

KERANA TERPAKSA AKU TERIMAWhere stories live. Discover now