BAB 5

25.2K 671 3
                                    

"Wow.. bro kenapa datang sini terus emo? gaduh dengan bini ke?" Zariq bertanya sambil menyedut minumannya dengan menggunakan penyedut minuman.

"Mestilah nak Emo! bini aku tu degil nak mampus! aku marah betul dengan perempuan tu! Kalau ikutkan hati nak je aku cer..." tidak sempat hariz menghabiskan ayatnya zariq mencelah

"ewah, kau ni! word tu jangan kau guna. Bahaya nanti menyesal, kau sabar lah.. kau cakap umur dia 19 kan? kau ni pun satu, budak 19 tahun mana nak kahwin dengan lelaki macam kau? dia mesti ada cita cita dia sendiri. kira beruntung kau dapat kahwin dengan dia, aku dengar bini kau tu cantik. Ada gambar dia tak?" Zariq menyakat hariz

"Buat apa aku nak simpan gambar budak tu? buat semak phone je! lebih baik aku simpan gambar pujaan hati aku" kata hariz

"Kau still dengan zila ke? kau ni memang gila lah! kau tu laki orang, kenapalah kau ni bodoh sangat. kalau aku jadi aku, aku lebih rela duduk rumah dengan bini aku daripada melayan perempuan lain. kau jangan macam macam harz" Zariq tidak puas hati dengan hariz.

"aku punya sukalah, aku still sayang kat zila. Zila is the one for me, Aku boleh je lepaskan isya tu bila bila masa" Hariz berkata sambil melihat gambar zila.

"Hmm.. daripada aku layan kau! lebih baik aku balik dulu, Aku gerak dulu harz kalau ada apa apa call je aku" Zariq mula meninggalkan hariz

Jam tepat 9.00 malam Hariz tiba dirumah.

"hariz, hariz baru balik dari mana ni?" tanya puan sri

"hariz keluar dengan zariq kejap, lama dah tak minum dengan dia. Kenapa ma?"

"takda apa, tadi mama panggil isya turun makan sekali, dia cakap dia tak lapar. cuba kamu tanya isteri kamu tu lagi" puan sri mengarahkan hariz. Hariz pun pergi ke biliknya.

"isya, ken..." langkah hariz terhenti, dia juga tidak dapat menghabiskan ayatnya. Dia terkedu melihat isya yang baru keluar dari bilik air.

"eh, awak dah balik? hmm.. sa...saya minta maaf. saya tak patut melawan cakap suami saya. Awak?, awak okay ke? kenapa senyap je?." Isya kehairanan dengan hariz

"Ka..kau lepas mandi erkk..?" Hariz memandang isya tepat dimatanya.

"a..ah, kenapa?" Isya masih tidak faham.

"Takda apa apa" nada suara hariz merubah menjadi rendah.

"okay" isya mula mengeringkan rambutnya yang basah mengunakan towel kecil Hariz.

"Kau guna towel aku eh?" hariz Bertanya dengan nada yang agak marah.

"Towel saya yang kecil tu kena cuci, saya cuma jumpa ni sebab tu saya guna je. Sorry lain kali saya tak guna lagi barang awak" Isya mula meletakkan towel tersebut didalam bakul yang berisi baju kotor

"Awak tak nak mandi? hmm.. maaf kalau saya menyibuk lagi, kalau dah takda apa apa saya tidur dulu" isya berjalan kearah katil untuk mengambil bantal, belum sempat dia mengambil bantal. Hariz memegang tangan isya.

"Mulai hari ni, kau tak perlu nak tidur jauh dari aku. Kau boleh tidur sekali dekat sini dengan aku. Kau tak boleh membantah"

"baiklah" isya hanya akur dan merebahkan dirinya diatas tilam empuk milik hariz. Isya mula melelapkan mata.

KERANA TERPAKSA AKU TERIMAМесто, где живут истории. Откройте их для себя