BAB 17

21.2K 587 4
                                    

Setelah menunaikan solat Zohor isya dan hariz mula berangkat ke Mall tempat yang dijanjikan untuk bertemu dengan Mia Nabila. Setelah 30 minit didalam kereta, mereka mula sampai ke Mall tersebut.

Isya mula mencari telefonnya dan menekan butang dial di telefonnya.

"Assalamualaikum, kak long. Kak long kat mana? isya dah sampai, suami isya pun ada sekali" Isya menelefon sambil memandang sekelilingnya. Hariz hanya berdiri ditepinya dan bermain dengan telefonnya

"Waalaikumusalam, hah! akak dekat sini. Akak boleh nampak isya" Pandangan isya terhenti kearah seorang wanita yang melambai lambaikan tangannya kearah isya dengan gembira. Isya mula mengajak hariz menunju kearah wanita tersebut. Walaupun isya kelihatan gembira tetapi jantungnya berdegup dengan laju dan hatinya kurang senang.

Sesudah isya sampai kearah wanita tersebut isya mula menyalami tangan wanita tersebut. "Wah kak long, nampak cantik hari ni" Isya tersenyum dan memuji kak longnya dengan ikhlas

"Alah, akak ni biasa biasa je. Tu adik tu nampak berseri seri lepas kahwin, Makin cantik" Mia memandang wajah adiknya dengan satu senyuman yang lebar, tapi senyuman nya terhenti apabila memandang kearah lelaki yang ada disebelah adiknya

"Eh kak long, ni suami isya. Nama dia Har" belum sempat isya menghabiskan ayatnya mia terus membukakan mulutnya

"Hariz?" Mata mia membulat apabila melihat hariz dan dia amat terkejut apabila adiknya memperkenalkan hariz sebagai suaminya.

Isya hanya tersenyum dan menyembunyikan wajah sedihnya dari Hariz dan Mia "eh, kak long kenal ke suami isya ni?" isya mula memandang kearah suami dan kak longnya bergilir gilir.

"Haah, Kak long kenal sebab.." Mia mula bersuara semua dan memandang kearah adiknya yang kehairanan tetapi Mia tidak dapat menghabiskan ayatnya

"Sebab Abang pernah satu kolej dengan Kakak sayang" Hariz memandang wajah Mia dan kembali memandang wajah isya.

"Oh, baguslah kalau macam tu" isya memberikan senyuman yang ceria kepada mereka berdua, tetapi isya pasti suaminya itu membohonginya.

Isya dan Mia mula berpimpinan tangan dan memasuki kedai kedai yang ingin mereka kunjungi, Hariz hanya mengekori mereka dari belakang. Tetapi langkah isya mula terhenti seketika dan melepaskan tangan kak longnya.

"Akak, isya nak ke tandas jap. Akak boraklah dengan suami isya dulu. Abang tunggu jap tau" isya mula memasuki tandas dan membiarkan mereka berduaan sebentar, Isya sengaja meninggalkan mereka berdua kerana ingin melihat reaksi mereka.

"Awak..Sampai hati awak kan?" Mia mula bersuara dan memandang kearah hariz dengan wajah yang sayu.

"Kenapa saya pulak? bukan ke awak yang tinggalkan saya?" Hariz mula memandang wajah Mia dengan wajah yang kecewa

"Kalau awak betul betul sayangkan saya awak akan tunggu saya bukan kahwin dengan orang lain, Adik saya pulak tu. Awak memang sengajakan?" Mata Mia mula berkaca.

"Yup! memang saya tahu isya tu adik awak, Tapi saya kahwin dengan dia ada sebab. Sebab tu awak tak perlu nak tahu" Hariz masih memandang kearah Mia yang hendak menangis, Mia mula melangkah untuk meninggalkan hariz tetapi langkahnya terhenti apabila Mia tergelincir, Tetapi berjaya diselamatkan oleh Hariz. mereka memandang kearah satu sama lain agak lama, mungkin teringat kisah cinta mereka pada zaman dahulu (uish! sakitnya hati sis waktu buat part ni!!! sian isya  😭)

"Eh kak long, kenapa ni?" Hariz mula melepaskan Mia dengan segera sebaik sahaja mendengar suara Isya.

"Ni lantai licin, nasib baik hariz ni ada. Kalau tak memang akak dah jatuh terduduk kat lantai ni" Mia mula menerangkan kepada isya kerana takut isya ada syak apa apa. Tetapi isya tidak termakan kata kata kakak nya kerana isya sudah melihat mereka dari mula sampai isya bertambah sakit hati apabila suaminya memegang kakaknya.

"Okay, isya dah laparlah. Abang jom kita pergi makan" tanpa menunggu kata setuju hariz isya mula meninggalkan mereka berdua. Mia dan Hariz hanya mengekori isya sehingga mereka sampai ke pintu depan Secret recipe.

"Kalau kat sini okay tak?" isya mula memandang kearah suami dan kak longnya. Mereka berdua hanya menganggukkan kepala dan mereka bertiga mula memasuki kedai tersebut.

Setelah Selesai makan, Mia minta pamit kerana ada urusan lain yang hendak dibuat. Kini hanya tinggal hariz dan Isya, Sewaktu mereka didalam kereta, Mereka tidak bercakap. Cuma yang kedengaran lagu lagu yang dimainkan diradio kereta tersebut. Setelah sampai diperkarangan rumah isya mula keluar dari kereta dan mula memasuki rumah mereka.

"okay bab ni memang buat sis sakit hati!! Hmm korang pun rasa yang sama kn?😭
Kalau korang ada apa apa nak komen yang positif atau negatif silakan dan sis akan terima dengan hati yang terbuka.😘😘 begitu juga dengan idea k!
jangan lupa vote ye korang love u alls ❤💕💕"

KERANA TERPAKSA AKU TERIMAUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum