BAB 22

22K 581 16
                                    

Setelah dua hari isya berada dihospital, Akhirnya dia dah boleh discharge isya mula mengemas barang barangnya dan mula mendapatkan melly yang tengah menunggunya di kaunter pembayaran

"Semua dah siap?" Melly mula Mengambil beg yang dibawa oleh isya tadi, Melly kelihatan begitu bersemangat sekali apabila melihat isya sudah boleh discharge dari hospital.

"Dah.." isya hanya tersenyum melihat karenah adik iparnya itu, Kelihatan Danial yang menunggu mereka berdua dikereta. Tiada tanda tanda yang Hariz akan datang menjemputnya, Takpa! lagi bagus kalau dia takda

"Isya.. Sekarang ni isya duduklah dulu dengan kitorang, lepas dah betul betul sembuh baru isya balik dekat rumah isya" Danial mula Berbicara seraya melihat isya sedikit kebingungan apabila mereka sudah sampai diperkarangan rumah Keluarga Hariz. Isya hanya menganggukan kepalanya tanda setuju

"Isya, isya dah okay?" Puan sri mula mendapatkan isya dengan wajah yang risau. Isya hanya tersenyum melihat riak mak mertuanya itu, Isya cuba melihat disekeliling dan mula mencari kelibat hariz. Puan sri yang faham akan tindakkan isya mula tersenyum

"Takkan dah rindu kot, Hariz takda. Dia pergi outstation dia cakap ada kerja sikit, Dia ada suruh mama tolong tengok tengokkan isya. Sebab tu mama suruh danial bawak isya kat sini" Isya hanya mampu tersenyum dan menyembunyikan rasa bencinya terhadap Hariz dihadapan mamanya

Jam menunjukkan tepat 9 malam, isya mula mengambil telefonnya dan melihat ada beberapa mesej dari aplikasi Whatappsnya. Beberapa mesej yang diterimanya daripada Hariz, yang membuatkan isya segera membuka mesej tersebut.

"Aku minta maaf dan aku nak kau tau yang aku takkan ceraikan kau walau apa yang terjadi"

"Aku tak mengharapkan kau akan maafkan aku sepenuhnya tapi aku harap sangat yang kau takkan menangis lagi"

isya hanya membaca mesej daripada hariz tanpa merasakan apa apa, baginya hatinya untuk hariz sudah tiada. Tiada apa yang perlu isya katakan, dia hanya membiarkan mesej itu tidak dibalas

KERANA TERPAKSA AKU TERIMAWhere stories live. Discover now