BAB 24

22.2K 569 20
                                    

"Kau nak bawak aku dekat mana?" Akhirnya isya memulakan pembicaraan antara mereka setelah sekian lama berada didalam kereta milik Hariz.

"Adalah" Isya hanya mengerutkam dahinya dan memandang kearah tingkap, suasana menjadi senyap kembali.

Hariz yang fokus memandu pada mulanya mula memandang kearah isya, Tanpa rasa segan dan silu dia mula memegang tangan isya dengan erat. Isya berasa terkejut akan tindakkan Hariz terhadapnya.

"Kau dah kenapa ni?" Isya mula menepis tangan Hariz dengan kuat menyebabkan kereta yang dipandu oleh hariz lari sedikit dari landasannya.. Hariz tanpa melengahkan masa dia pun menghentikan keretanya ditepi jalan.

"Salah ke aku nak pegang tangan kau?" Hariz memandang kearah wajah Isya dengan muka yang sedikit tidak puas hati.

"Aku tak suka" Isya mencebik sambil memeluk tubuh nya.

"Kau tu isteri aku, aku boleh buat apa je dekat kau. Kau sebagai isteri mesti patuh" Kini nada hariz mula berubah menjadi perlahan.

"Kau nak ajar aku?" Isya mula memberikan senyum sinis kepada suaminya. "Kau yang patut cermin diri kau dulu! sekarang baru kau kesah? Hantu apa yang rasuk kau ni hah?" Makin hari makin kuat melawanlah isya ni, apa macam? suka hahaha...

"Aku tau kesalahan aku, sebab tu aku tak tebus balik semua kesalahan aku" Hariz mula menghidupkan semula enjin keretanya dan meninggalkan tempat tersebut dengan segera. Mereka berdua mendiamkan diri  dengan sekian lamanya membuatkan isya tertidur manakala Hariz hanya fokus memandu. Isya mula terjaga dari tidurnya dan terkejut.

"Kenapa kau bawak aku kat sini?" Isya masih kehairanan, dia bagaikan bermimpi.

"Alah..sayang tak suka?" Sayang lagi? ni buat aku geram! tak payah nak jadi pelakon terbaik dekat sini.

"Apa yang kau merepek ni, mestilah aku suka. Btw kalau kita berdua macam ni, aku rasa tak payah kot kau nak panggil aku sayang. Bukan ada yang dengar pun" Ambik kau! haha

"Kenapa tak boleh, macam yang abang cakap tadi, Abang nak menjalankan tanggungjawab abang sebagai suami sayang dan mulai sekarang Sayang pun kena buat macam abang" Terpinga pinga isya mendengar kata kata dari mulut Hariz. Takkan dia ni serius kot, main main agaknya..

"kalau kau dah cakap macam tu"

"Haip, "kau" lagi. Abanglah"

"Okay abang" Isya mula keluar dari kereta hariz dan mula berlari anak.

"Assalamualaikum.. ibu..Ayah..!" Isya sangat gembira sehinggakan meninggalkan Hariz seorang diri didalam kereta.

"Waalaikumusalam isya!!" Ibu isya segera mendapatkan anaknya dan dipelukk dicium anaknya yang sudah lama tidak menjenguk mereka.

"Ibu sihat?" Sudah kelihatan mata isya mula berkaca

"Alhamdulillah ibu sihat, sekarang isya dah balik bertambah sihatlah ibu" Ibu isya mula menyeka air mata isya yang sudah mengalir.

"Hariz mana?" Tulah soalan yang keluar dari mulut Ayahnya Encik Khalid.

"Assalamualaikum" Hariz mula muncul entah dari mana dan menyalami tangan kedua dua mertuanya.

"Mah.. Buat apa lagi cepatlah jemput anak anak kita ni naik, takkan nak buat drama Korea pulak dekat sini" Isya ketawa mendengar kata kata Ayahnya, Sejak bilalag ayahnya pandai membuat lawak macam ni

KERANA TERPAKSA AKU TERIMAWhere stories live. Discover now