BAB 21

22.4K 578 9
                                    

MAAFIN SIS YA .. SIS JANJI MAU UPDATE PETANG EMPAT HARI YANG LALU .. TAPI SIS UDAH NGAK ADA IDEA .. SEKRANG SEBAGAI TANDA MINTA MAAF ...SIS NULIS BAB INI LEBIH PANJANG  .. HARAP SEMUANYA SUKA YAA 😂😂😂💕

......................................................

"Isya...isya okay?" Kelihatan Mia mula mendekati Isya yang masih duduk mendiamkan diri diatas katil tersebut.

"Isya .. kenapa boleh jadi macam ni?" Mia kelihatan risau kerana isya masih mendiamkan dirinya dan memandang kearah lain

"Isya okay" Akhirnya isya menjawab soalan soalan dari Mia tetapi jawapannya tetap ringkas, pandangannya pula masih berada diarah lain.

"Kalau macam tu.. kenapa tak pandang akak?" Mia cuba memegang tangan isya tapi segera ditepis oleh isya.

Isya memandang wajah mia dengan pandangan yang tajam sehinggakan Mia yang tidak tahu apa apa menjadi takut akan pandangan Isya. "Aku cakap aku okay" Sekali lagi kejutan daripada isya, Kini wajah muka Mia mula berubah. Dia tidak memahami apa yang sedang berlaku dan apa yang berlaku sebelum ini, apa yang terjadi antara Isya dan Hariz. Kenapa isya berada disini? Mia masih terpinga pinga memikirkan soalan yang berada dikepalanya

"Kenapa dengan isya ni? kak long ada buat salah ke?" Mia masih lagi tidak mengerti akan perubahan adiknya itu

"Dahlah, Aku memang tak suka orang macam kau. Buat buat perduli! Baik kau tak payah datanglah!! Kau pergi sekarang!!" Isya menjerit sampai tidak ingat dunia, rasa marahnya kian membuak buak. Melihat akan adiknya yang tengah marah Mia mula beredar dari situ dengan mata yang berkaca.

Jeritan isya memang didengari oleh Hariz yang berada diluar bilik tersebut, Hariz mula melihat Mia keluar dari bilik tersebut tanpa berkata kata kepadanya dan menyeka air matanya yang menitis sedikit. Hariz mula memasuki bilik tersebut semula.

"Kau dah kenapa?" Hariz mula mendekati isya dan merenung tajam matanya

"Aku?! Kau yang kenapa?!" Isya kini semakin berani, dia membalas kembali renungan tajamnya kepada suaminya.. ingat Hariz je yang boleh jeling jeling? Isya pun boleh!

"Kau dengar sini! Kakak kau datang sini sebab risaukan kau tapi kau buat dia menangis macam tu! Kau ni memang gila kan?!" Wah memang hebat! Mia yang kau fikirkan Habis Isya??!! Memang nak kena siap kau!

"Semua pasal kak long!! Kenapa kau tak kahwin je dengan dia?! Bukan ke dia kekasih kau?! yang kau pergi Kahwin dengan aku kenapa?! Kau memang jantan tak guna! bodoh! Aku benci kau!!" Segala apa yang isya pendam akhirnya terluah jua .. Kalau bukan hari ini, mungkin hari lain isya akan meluahkan apa yang dia rasa selama ini.

Hariz terdiam, matanya membutang. Dia seperti tidak percaya akan kata kata yang keluar dari mulut isya, Isya yang melihat riak Hariz yang kian berubah menyebabkan isya tersenyum sinis "Dasar lelaki!"

"PANGGGG!" Satu tamparan yang agak kuat mula singgah dipipi gebu isya yang selama ini dijaga rapi olehnya. Isya hanya dapat menahan kesakitan dan kesedihan yang dialaminya ketika itu, Hariz pula seperti tidak percaya akan tindakkannya terhadap isya.

"Ak..Ak..Aku minta maaf" Hariz mula memandang wajah isya dengan rasa serba salah yang meninggi! Hariz mula memandang telapak tangannya yang digunakan untuk menampar pipi gebu isya.

"Kau tak perlu nak minta maaf, Kalau kau betul betul menyesal kau ceraikan aku!" Isya mula menangis sambil memegang pipinya yang kesakitan

"YaAllah! apa yang kak isya merepek ni?" Melly mula mendapatkan isya, Melly turut menangis apabila melihat isya yang menahan kesakitan. Sebenarnya, Melly disuruh oleh Mamanya untuk melawat isya kerana isya masuk hospital. Dalam keadaan yang kelam kabut Melly meminta abangnya Danial untuk menemaninya, Danial dan Melly terus pergi ke hospital

Langkah mereka berhenti apabila mendengar Hariz dan Isya bergaduh, Mereka tidak sampai hati untuk masuk. Setelah mendengar Perkataan "cerai" Melly tidak boleh menahan perasaannya dan mula memasuki bilik tersebut.

"Abang! apa yang abang dah buat ni! sampai hati abang buat kak isya macam ni!" Danial hanya berdiri ditepi Hariz dan memandang Isya dan Melly yang bertangisan. Hariz mula beredar dari situ, Dia mula menghentakkan penumbuknya kearah dinding. Kelihatan sedikit melecet ditangannya akibat Hentakkan kuat yang dilakukannya, Kelihatan Danial mula menghampirinya.

"Kau dengan isya dah kenapa?" Danial mula memandang kearah wajah adiknya yang sedang menahan kemarahan

"Aku.. Aku pukul isya semalam, sampai dia pengsan" Danial terkejut dan mengucap panjang setelah mendengar penjelasan Hariz.

"Apa yang kau dah buat ni! kau sebagai suami sepatutnya melindungi isya bukan pukul isya sampai macam ni" Kata kata Danial membuatkan Rasa bersalah terhadap isya semakin bertambah

"Aku rasa lebih baik buat masa ni kau bawa isya duduk rumah mama, Mungkin dia akan lebih tenang" Danial hanya mampu memberi nasihat kepada Hariz, dia cuma berharap yang hariz akan mendengar nasihatnya kali ini.

"Akak! kenapa boleh jadi macam ni?" Melly yang masih teresak esak  menangis sambil memeluk tubuh isya mula membuka bicaranya.

"Akak dah tak tahan, Akak dah tak sanggup" Melly memandang kearah isya dan disekanya air mata yang mengalir dipipi isya

"Akak mesti kuat! akak tak boleh menyerah! Abang akak punya, Dan melly takkan biarkan abang buat macam ni lagi dekat akak" Isya mula memeluk erat Melly yang sudah dianggapnya seperti adiknya sendiri, Rasa sayangnya kepada melly kian bertambah.

KERANA TERPAKSA AKU TERIMAWhere stories live. Discover now