BAB 23

21.6K 549 6
                                    

Keesokkan harinya, isya berjalan perlahan lahan menuju kearah dapur. Niatnya untuk membantu menyediakan sarapan pagi terbantut kerana melihat Hariz yang sedang membantu  Mamanya menyediakan sarapan pagi. Langkahnya terhenti betul betul dihadapan meja makan, Puan Sri yang membawa dulang berisi teko mula mengetahui kehadiran isya disana.

"Isya.. Morning sayang, Macam mana? isya okay?" Isya mula mengalihkan pandangannya kearah Mak mertuanya.

"Morning ma.. Alhamdulillah isya rasa lebih sihat hari ni" isya memberikan senyuman ikhlas kepada puan sri

"Alhamdulillah, ni mesti sebab hariz adakan? Hariz ni awal pagi dah balik, dia kata nak cepat cepat jumpa isya. Rindu agaknya tu, lepas tu dia cakap nak masak something special untuk isya" Isya hanya mendiamkan diri dan terus tersenyum, tetapi tidak bagi hatinya yang tengah menahan perit.

"Sayang, sayang duduk dulu. sikit lagi nak siap ni" Hariz mula pergi kearah isya dan mencium dahi isya. Berlagak sweet! Lakonan Hariz ni boleh menang Anugerah utama dekat OSCAR! Depan keluarga dia bukan main lagi sweet macam ni, Bila dengan isya sorang dingin bak Queen elsa dalam cerita FROZEN tu..

"Hmm.." isya mula duduk dan menunggu yang lain untuk bersarapan.

Setelah selesai sarapan pagi bersama, isya menolong Puan Sri untuk mengemas meja dan mencuci pinggan. Orang gaji mereka ambil cuti seminggu sebab itu Puan Sri terpaksa membuat semuanya sendiri, nasib baik ada isya.. boleh jugak tolong meringankan beban Puan Sri. Nak harapkan anak daranya yang sorang itu, Pegang sponge pun jarang.

"Ma.. Biar hariz yang tolong mama buat semua ni, Mama rehat dulu" Puan sri menganggukan kepalanya dan beredar dari situ.

"Isya.. lepas ni kau siap cantik cantik, Aku nak bawak kau jalan jalan" Hariz mula menghampiri isya. Isya hanya mendiamkan dirinya sebentar.

"Sayang dengar tak?" Wah! ini pertama kali Hariz memanggil isya sayang apabila mereka berdua duaan. Isya agak sedikit terkejut akan kata kata hariz

"Hmm" itu saja yang mampu isya katakan. Ke mana lah si Hariz tu nak bawak Isya .. Hmm Isyaa.. kau ikutkan lah suami kau tu..

KERANA TERPAKSA AKU TERIMAWhere stories live. Discover now