BAB 1- Terpeluk Dia?

3.8K 139 12
                                    


Nama aku Tengku Mellisa Azriana. Keluarga aku panggil aku dengan panggilan 'Mel'. Papa aku Tengku Azri, boleh dikatakan sebagai seorang bisnesman dan jutawan yang berjaya dan sebab tulah aku selalu dapat apa yang aku nak dan duit bukan jadi satu penghalang buat aku.

Mama aku sudah meninggal dunia sewaktu aku masih kecil lagi. Sejak itu papa lebih banyak menghabiskan masanya di syarikat dan hubungan aku dengan papa semakin renggang dan tak berapa nak baik maybe sebab aku ni seorang yang keras kepala dan suka memberontak atau papa yang lebih banyak habiskan masanya untuk syarikat daripada meluangkan masa with her only beloved daughter. 'Beloved laa sangat'.

Tapi nasib baik dia tidak kedekut untuk beri aku berapa banyak duit yang aku perlukan atau mungkin juga sebab dia rasa duit itu boleh gantikan kasih sayang yang dia tak dapat curahkan kepada aku? Well I'm just too good in spending his money rather than waiting for him to spend his time with me. Siapa lagi yg nak habiskan duit papa kalau bukan aku kan? Hehehe.

Hari ni macam biasa, bosan seperti hari-hari sebelumnya. Lagi setengah bulan aku akan memasuki universiti untuk sambung degree in Business.Memandangkan aku sorang je waris syarikat papa, aku kena la belajar cara nak uruskan syarikat. So hari ni aku bercadang untuk pergi ke pavilion untuk beli beberapa baju dan kasut baru dan kelengkapan lain untuk kegunaan di university nanti.

Aku pergi seorang diri je memandangkan aku tidak mempunyai mana-mana kawan rapat or any best friend. I'm just like being in my own lagipun aku tak percaya ade yang nak berkawan dengan aku tanpa ade niat untuk tumpang sekaki duit papa aku.

Aku drive kereta yg papa hadiahkan untuk aku untuk birthday aku tahun lepas.
Tengah aku membeli belah aku dapat panggilan daripada PA papa.

"Hello Uncle Rahim?" sapaku selepas angkat pangilan.

"Helllooo....Uncle Rahimmm...."sapaku lagi apabila uncle Rahim cuma diam tidak menjawap apa-apa di balik sana.

"Mel, papa Mel...dia pengsan di office tadi dan uncle dah bawa papa ke hospital, Mel datang sini eh lawat papa and ........"

Selepas itu apa yg diungkapkan oleh Uncle Rahim seperti angin lalu sahaja di pendengaranku. Papa masuk hospital? Papa pengsan? Papa sakit?

Sebaik sahaja aku sampai di hospital. Aku bergegas mencari wad papa yang Uncle Rahim bagitau aku tadi walaupun aku tak berapa pasti betul ke tak apa yang aku dengar tadi, al maklumlah telinga aku sedikit pekak tadi gara-gara terkejut apabila dapat tahu yang papa pengsan.

Tiba di depan pintu wad, aku lihat ade nama papa tertera disitu dan nama pakcik mana entah yg aku tak kenal. Tengku Azri dan Adam Danial? Wow giler moden nama pakcik sorang lagi ni, biasalah orang kaya kan, nama mesti moden. Wad itu ialah wad ekslusif yang menempatkan 2 orang pesakit sahaja dalam satu bilik.

Aku buka sahaja pintu aku cuma lihat sekujur tubuh yg dibaluti selimut putih di atas sebuah katil dan katil sebelah lagi kosong.
No...no...no..tak kan la papa dah....Papa!! aku menjerit sambil berlari kearah sekujur tubuh yg dibaluti selimut itu dan terus memeluknya sambil meraung.

"Papa...papa jangan tinggalkan Mel....Mel dah tiada sapa-sapa lagi selain papa. Mel kan your only beloved daughter? Huhuhu...Papa...kalau papa mati sapa lagi yang nak bagi duit kal Mel? Huhuhu"

Dah macam budak kecik aku melalak kat situ.

"Bertuah punya budak! Papa dia sakit pun dia sempat lagi fikir pasal duit?"kata seseorang yang baru keluar dari bilik air.

Aik..kalau papa kat dalam toilet, sapa yg aku peluk tadi? Tiba-tiba sekujur tubuh itu bangun dari pembaringan.

"Who are you!?"tanyaku.

"Your papa la, come hug me again my only beloved daughter" katanya dengan nada sinis. Dia terkejut apabila ada orang yang tiba-tiba je datang memeluknya semasa dia tidur tadi. Tidur sambil berselubung seluruh badan. Habit sebenarnya.

Ish tahulah aku tersalah peluk dia tadi ingatkan dia papa aku. Nak peril-perli pulak. Aku mencebik dan aku tertatap mata dia. Wahhh! Anak mata dia warna biru laut kot, cantik giler dan wajahya juga tidak kurang kacak ade iras-iras kacukan.Anak mat salleh ke ni? Belum sempat aku nak menilik wajah tampan itu dengan lebih lama.

"Hahahaha pandai betul kamu bergurau eh Danial" kata papaku.
Aku segera bangun pergi kearah papa.

"Papa..papa sakit apa? Papa tak pernah pun bagitau Mel yang papa sakit?"

"Macam mana nak bagitaunya klau Mel asik hilangkan diri je bila papa ade kat rumah? Asik keluar je memanjang?"

"Eh..eh, dia yang asik gi office je memanjang tak de kat rumah, kata aku pulak yang asik keluar"gumamku rendah.

"Apa yang Mel cakap?"Tanya papaku.

"Ah..mana ada papa, Mel tak cakap apa-apa pun" kataku

Dan aku terpandang lelaki yg aku terpeluk tdi, dia tersengih-sengih sambil menahan perutnya kononya menahan daripada ketawakan aku. Lucu sangat la tu tengok drama aku kene marah dgn papa.

"Papa dia ni sapa?" tanyaku sambil menuding jari kearah mamat yg dari tadi tak berhenti mentertawakan aku.

"Oh ni Danial, kawan papa. Dialah yang teman papa kat wad ni, nak harapkan anak papa yang sorang ni manalah dia nak temankan papa"perli papaku.

Ni mesti dah berjangkit dengan mamat sebelah ni, mana pernah papa nak peril-perli aku macam ni, nak bercakap pun jarang sekali. Kawan papa? Kot iya pun papa, logik la sikit, muka mamat tu muda macam sebaya aku kot.

"Erm papa, papa sakit apa ni? Cuba bagitau Mel. Mel risau la" Tanyaku lagi.

Malas aku nak fikir mamat tu sapa.

"Ye ke risaukan papa? ke... risau nanti tak ada sapa lgi nak bgi duit kat Mel?"

Ish papa ni tak habis-habis lagi nak peril aku. Aku mencebik.

"Alalala merajuk pulak my only beloved daughter ni, papa tak sakit apa-apa pun. Doktor dah check papa dah tadi, even though mula-mula doctor suspek papa kene cancer but actually cuma ada ketumbuhan je. I'll be fine after an operation" jelas papaku.

Selepas itu aku beborak macam-macam dengan papa,trust me, this is the longest conversation we ever had after mama... Anyway aku rasa happy sangat sebab papa macam dah berubah sikit. Apa yang buat papa berubah? Sebab mamat sebelah ni ke?


Serpihan Kisah Si DiaWhere stories live. Discover now