BAB 2 - My Mel?

2.4K 103 1
                                    


Selepas penat berborak,papa mula rasa mengantuk dan meminta izin untuk tidur sebentar. Take a nap katanya. Tapi dia punya berdengkur, bukan take a nap dah namanya tu papa. Papa...papa.

Aku tersengih dan aku baru tersedar ada sepasang mata biru yang dari tadi memerhati sambil diam mendengar perbualan kami dua beranak.

Aku teringat yang papa ada cerita sedikit tentang Danial tu anak kawan dia yang juga merupakan seorang bisnesman terkemuka. Adam Danial anak kepada Tan Sri Adam merupakan seorang muallaf yg baru memeluk islam selepas berkahwin dengan isterinya.

Anak Tan Sri rupanya. Dah la kaya muka macam mat salleh pulak tu. Aku pulak suka hati je tadi di depan pintu teka yang Adam Danial tu pakcik.

Aku bangun dan beralih tempat duduk bersebelahan katilnya. Dia cuma memerhati gelagatku tanpa berkata apa-apa.

"So Danial" kataku, tak tau macam mana nak mulakan bicara.

"Just call me Nial, just Nial" jawabya

sambil memandangku dan sekali lagi aku terpaku dengan anak mata berwarna biru laut itu.

"Mel?..Mel..."panggilnya setelah lama menunggu aku diam tak berkata apa-apa yang terpaku menatap wajahnya.

Aduh kantoi aku dok telek muka dia, and macam mana dia tau nama aku Mel? Maybe dia dengar papa aku panggil Mel kot, dia kan jadi pendengar setia dari tadi lagi.

"Erm..Nial..saya just nak mintak maaf sebab terpeluk awak tadi" jawabku straight to the point.

Dah buat salah tadi kene la mintak maaf kan walaupun aku bukan saja-saja nak peluk dia tadi.Ter..okay. Ter...lagipun kalau aku tak mintak maaf mesti lain kali dia akan jadikan kes peluk tu tadi bahan untuk kenekan aku lagi. Bukan boleh percaya dia ni.

"It's okay, I don't mine anyway" jawapnya sambil tersenyum. Seyuman yang aku rasa sangat ikhlas di pandangan mataku. Ish aku ni tak habis-habis nak telek muka dia.

"Nial..umur awak berapa?" tanyaku.

"20 tahun, kenapa? Awak nak tau umur saya sesuai ke tak untuk jadi calon boyfriend awak ke? Dont't worry my Mel, I am more eligible to be your boyfriend or even your future husband" katanya sambil tersengih-sengih.

Tercengang aku dengar dia cakap macam tu. Gila perasan mamat ni, nak jadi boyfriend or husband aku? Friend pun aku tak tak ada inikan nak ada boyfriend or even a husband!. Apa dia panggil aku tadi? My Mel? Suka hati dia je.

Tiba-tiba dia tergelak terbahak-bahak, kali ni tak ada dah tahan-tahan gelak sambil pegang perut macam tadi. Dia memang gelak kaw-kaw punya. Eh eh lebih-lebih pulak dia.

Papa aku tak ada pulak nak terjaga daripada tidur tu dengar ketawa mamat ni, agak kuat jugak kot, elok je tidur nyenyak. Ish papa ni bukan nak bela anak dia ni.

"You should see your face Mel! It's soo funny" katanya lagi.

"Ha...Ha...Ha" gelakku sinis.

Dia ni kan tak habis-habis nak perli aku. Tak ada kerja lain ke? Baru aku perasan daripada tadi aku borak dengan papa. Aku tak nampak pulak ada sapa-sapa datang melawat dia.Tak kan parents dia pun tak datang melawat dia kat hospital ni?

"Nial...parents awak tak lawat awak ke kat sini? Dari tadi saya tak nampak seorang yg datang melawat awak"Tanyaku.

Terus terdiam dia. Berhenti terus dari tersengih-sengih gelakkan aku tadi.

"No they don't, My dad is always busy with his work and my mom...she is not in Malaysia right now, just my maid je sekali sekala hantar makanan". Jawabnya dengan air muka yang keruh.

Buat pertama kali aku rasa ada orang yang senasib dengan aku mungkin lebih teruk. Dulu masa aku pernah dimasukkan hospital sebab gastrik papa ada jugak jenguk aku siap tidur kat hospital lagi. Walaupun hubungan kami tak begitu rapat tapi aku tau papa akan selalu ada saat aku perlukan dia.Maybe disebabkan perangai aku yang keras kepala ni je membuatkan papa malas nak layan aku dan lebih rela uruskan syarikat dia daripada uruskan aku.Hmm nasib kau la Mel, sapa suruh keras kepala sangat.

Tapi Nial tak ada sapa-sapa yang nak teman dia kat hospital yang berbau ubat ni. Of course la hospital bau ubat Mel, kalau tak ada ubat macam mana nak ubati patient. Ish kau ni Mel. Mesti Nial rasa kesunyian kan. Tiba-tiba aku rasa macam aku nak buang rasa kesunyian dia ataupun sebenarnya aku yang kesunyian?






Serpihan Kisah Si DiaOnde histórias criam vida. Descubra agora