Ending

2.7K 102 30
                                    

Keesokan harinya. Nial sudah selamat dikebumikan. Alunan bacaan surah Yasin kedengaran cukup sayu di telinganya. Sesayu hatinya saat ini. Mel sudah tidak menangis lagi. Mungkin kerana air matanya sudah kering disebabkan sepanjang malam tu air matanya tidak berhenti mengalir deras. Dia cuba kuatkan hatinya. Nial mesti sedih kalau tengok kau nangis, Mel. Kau kene kuat Mel!

"Sabar, ya Mel" kata Emma yang setia menemaniku. Aku yang dah seperti mayat hidup di situ. Diam membisu sejak dia sampai ke rumah daddy Nial ini sehinggalah habis pengebumian Nial.

"Aku ada nampak Ash tadi. Dia ada datang tolong kebumikan arwah Nial tadi."

"Aku tak dengar kau sebut nama dia lagi. Aku tak kesah lah dia nak buat apa pun. Aku dah anggap dia tak wujud dalam hidup aku"

Teringatkan Ash. Hatinya kembali sakit. Apabila teringatkan yang Ash lansung tak datang lawat Nial. Sampailah waktu Nial hembuskan nafasnya yang terakhirnya. Nial dah tiada baru dia nak datang lawat?Huh! Dah terlambat lah Ash. Aku tak kan maafkan kau Ash. Aku bencikan kau!

====================================

Ash tak sangka yang abang kembarnya sudah tiada. Satu-satunya abang kandungnya. Teringat akan kata-kata Nial tempoh hari.

" Aku akan pergi tinggalkan kau mungkin untuk selamanya."

Tak sangka kata-kata itu merupakan ucapan terakhir yang dia dapat dengar keluar daripada mulutnya abangnya. Aku tak nak kau tinggalkan aku Nial. Terngiang-ngiang kata-kata balasan yang dia bagi kepada Nial ketika itu.

"Whatever lah bro! Kalau macam tu lagi aku suka. Yang aku tau, aku tak nak tengok muka kau lagi kat sini."

Ya Allah! Kenapa aku kejam sangat ketika itu. Tergamaknya aku cakap macam tu dekat Nial. Maafkan aku Nial. Kata-kata Mel selepas itu juga turut terngiang-ngiang di pendengarannya ketika ini.

"Betul itu yang kau nak? Betul kau tak tak akan menyesal kalau Nial mati?"

Aku tak nak kau mati Nial. Aku sayangkan kau Nial. Aku menyesal. Walaupun aku tau semuanya dah terlambat. Pandanganya tidak lepas lansung daripada merenung kubur Nial yang masih merah itu.

Tetamu lain yang sudah beransur pulang. Hanya dia seorang yang masih setia di situ. Sedaya upaya dia cuba menahan air matanya daripada gugur. Sesak hatinya apabila memikirkan yang dia tak tunaikan permintaan terakhir Nial. Permintaan nak berjumpa dengannya.

Sebenarnya Ash ada datang melawat Nial di hospital petang itu. Tapi apabila terdengar suara senda gurau antara Mel dengan Nial. Hatinya mula memberontak. Cemburu menguasai diri.

Dia tak jadi melangkah masuk ke dalam wad itu. Akhirnya dia mengatur langkah untuk pergi. Langkah yang dia akan kesali untuk semur hidupnya. Kini dia terpandang surat daripada Nial yang Doktor Farhan sempat beri kepadanya selepas selesai majlis bacaan yassin tadi.

Assalamualaikum adikku, Ashraf.

Masa kau baca surat ni mungkin aku sudah tiada. Aku nak sangat jumpa dengan kau, tapi kalau tak diberi peluang. Aku redha. Aku nak minta maaf atas kesalahan aku dekat kau dan juga pada mommy. Tolong sampaikan salam sayang dan rindu aku kepada mommy. Bagitau mommy aku minta maaf dan tolong halalkan makan minum aku selama mommy pernah jaga aku dulu. Aku tau kau masih marahkan aku sebab aku rahsiakan tentang kecurangan daddy. Aku buat semua tu sebab aku tak nak mommy sedih. Aku terpaksa stay dengan daddy sebab daddy ugut yang dia tak kan bagi nafkah kepada mommy. Aku tau mommy perlukan nafkah itu untuk tanggung kos pembelajaran kau dan kehidupan kau dan mommy di oversea sana. Aku cuba cari kau dan mommy tapi disebabkan masalah kesihatan aku. Aku terpaksa tangguhkan niat aku tu. Setiap hari aku berdoa supaya Allah pertemukan kembali aku dengan kau. Untuk itu aku sangat bersyukur kerana masih diberi peluang. Ash aku tau kau menyimpan perasaan terhadap Mel. Aku harap kau boleh lindungi dan sayangi dia. Tolong jagakan dia untuk aku. Selamat Tinggal, Ash.

Akhirnya air mata yang ditahan sejak daripada tadi gugur juga. Menangisi rasa kesesalan yang tak dapat dibendung di kala itu. Aku berdosa kepada kau Nial! Aku pisahkan kau dengan mommy! Aku tak nak dengar penjelasan kau. Maafkan aku, Nial.

Kedua-dua belah tangan meraup wajah. Nafas ditarik dalam-dalam. Cuba untuk menghilangkan rasa sesak di dada. Untuk rasa sedih atas kehilangan, tu lumrah kan? Untuk rasa keliru dangan apa yang dah jadi, tu pun lumrah kan? Untuk rasa segala benda macam tak make sense, tu pun lumrah kan?

Sekali lagi dia cuba memujuk diri untuk menerima segala yang terjadi ini sebahagian daripada lumrah kehidupan. Kehilangan adalah salah satu daripada ujianNya. Takdir daripada Allah yang harus dia terima. Aku maafkan semua kesalah kau, Nial. Aku harap kau tenang di sana. Isyaallah aku akan cuba penuhi permintaan kau Nial.

Tamat Serpihan Kisah Si Dia( Kisah Si Nial)

Serpihan Kisah Si DiaWhere stories live. Discover now