BAB 10 - He's here

1.5K 94 16
                                    

Selepas kejadian aku terlanggar mamat bernama Ash tu tadi, siap kene tengking bagai tu. Aku terus menghubungi Nial.

"Nial...."

"Hello Mel? Asal suara awak lain macam je saya dengar? Awak okay tak ni?"

"Saya okay. Nial, I want to tell you something."

"O...kay. Tell me what?"

"Saya jumpa seseorang tadi or sebenarnya langgar dia and his face look just like you. Exactly like you."

"What do you mean, Mel? Awak langgar sapa? Muka sama macam saya? Siapa lagi hensem saya ke dia?" kata Nial sempat lagi dia tanya sapa lagi hensem?

"Actually, Dia lagi hensem sebab muka dia berisi sikit, rambut smart, outfit stylo tapi cuma mulut je macam longkang"

"Hish macam mana pulak dia boleh lagi hensem daripada saya?" Nial ni kan itu jugak yg dia dok kesahkan.

"Nial!! That's not the point . Siapa dia? He said his name was Ash. Ashraf Danial" jelasku.

Kataku straight to the point. Soalan tulah yg dari mula-mula lagi aku nak tanya bukannya merepek siapa lagi hensem bagai. Tiba-tiba Nial diam di hujung sana tanpa menjawap pertanyaanku.

"Nial! Awak dengar tak apa yang saya tanya tadi? Siapa yg saya jumpa tadi? Siapa Ash?" tanyaku lagi sekali.

"I think, you meet my brother. What i meant is, my twin brother"

"Huh? Your twins?"

====================================

Keesokan harinya selepas habis kelas, aku ke kafe macam biasa. Tapi hari ini aku bersendirian kerana Emma masih belum habis kelas. Makan sorang la jawapnya hari ni. Selepas siap beli makanan, aku duduk di satu meja yang paling hujung. Nasib baik hari ni selamat, tak ada lagi kejadian terlanggar and tumpahkan air sesiapa. Seakli kene tengking, fobia aku dibuatnya. Si mamat Ash tu pun aku tak nampak pulak bayang dia hari ni. Memang aku tak nak jumpa dia pun. Mati aku kalau jumpa dia lagi. Sedang aku menikmati makanan aku, tiba-tiba ada seseorang datang menghampiri mejaku.

"Ash?A..wak..bu..at..a..pa..kat..si..ni?" tanyaku dengan nada gugup.

Terkejut aku nampak Ash di hadapan aku sekarang ni. Dia nak simbah air kat aku ke? Janganlah dia buat apa-apa kat aku. Please..please. Aku memejamkan mata.

"Mel...Mel! Ni sayalah yang awak tutup mata ni dah kenapa?" Tanyanya.

Aik? Macam ku kenal suara ini. Aku terus membuka mata.

"Nial? How? When? What are you doing here??" Tanyaku dengan nada kuat.

"Kot iye pun, bagilah saya duduk dulu. Saya tak habis lagi penat ni" Nial duduk di hadapanku dan dengan selamba dia mengambil air minumanku dan meneguknya.

"Tau tak hari ni dah berapa kali saya jumpa dengan entah sapa-sapa tah tegur saya dengan ramah 'hai' 'hello awak' 'whassup bro' dan macam-macam lagi lah. Saya pun terpaksa lah buat-buat kenal diorang padahal saya tak pernah nampak diorang pun sebelum ni.". Ceritanya dengan bersemangat. Hmm mesti diorang ingat Nial ni Ash. Ish dia ni tak jawab lagi soalan aku tadi.

"Nial, What..are...you..doing here? You're supposed to be in the hospital"

"I'm student here. Saya belajar kat sini, macam awak. Saya dah discharge lah, kan operation saya dah selesai?" Kata Nial dengan muka selamba.

Jadi student kat sini? Nial awak tu masih sakit, awak sepatutnya masih di dirawat di hospital. Saya tak nak apa-apa berlaku kat awak. Aku cuba mengawal emosiku.

"Nial, Are you really okay? Awak tak ada sakit apa-apa ke?" tanyaku dengan nada concern. Nial ni kan suka lah buat aku risau.

"I'm fine. Lagipun saya datang sini nak jumpa dengan awak la Mel. Rindu tau. Seminggu tak jumpa. Awak tak rindu kat saya ke Mel?" katanya sambil tersenyum ikhlas dengan muka yang dibuat-buat comel.

Aduh Nial, jangan la senyum dan buat muka macam tu. Hati aku ni tak cukup kuat nak tahan godaan kau tu. Behave Mel! Jangan nampak sangat yang kau tu tengah angau kat dia. Aku mengendahkan pertanyaanya tadi.

"Ehem...ehemmm" Tekak terasa dahaga pulak. Baru je aku nak ambik air minumanku, aku tengok dah kosong! Aku pandang muka orang yg minium air aku sampai habis tu.

"Hehehe Sorry Mel. Ter..minum nanti saya belikan yang baru eh?" katanya sambil tersengih.

"Suka hati dia je minum air aku. Sampai habis pulak tu" Aku gumam sendirian.

"Lagipun saya datang sini sebab nak jumpa dengan orang tu." kata Nial dengan nada serius.

"Your twins? Awak ada nampak dia tak hari ni? Dia tau tak awak dah belajar kat sini?"

"Saya ada nampak dia tadi, tapi dia buat-buat tak kenal saya dan terus hilang entah ke mana." Kata Nial dengan muka yang agak mendung sedikit.

"Muka dah sebijik pun, boleh lagi buat-buat tak kenal. Ish..Ish" Aku cuba bergurau.

Tetapi Nial hanya diam membisu. Hmmm apa sebenarnya masalah dia dengan kembr dia tu? Si Ash tu pun macam nak mengelak daripa berjumpa dengan Nial. Patutlah hari ni aku tak nampak langsung batang hidung dia.

Hai readers terima kasih kerana sudi baca cerita saya ni. Really appreciate it kalau awak vote. Author needs all the support. Thank you so much.

Serpihan Kisah Si DiaWhere stories live. Discover now