BAB 7- I like

1.7K 80 9
                                    

Hari ini akan bermulanya hidup aku sebagai seorang student Degree. Hari pertama aku menjejakkan kaki di Taylor's University. Kebanyakan pelajar yang memilih untuk belajar di universiti ini kebanyakannya daripada golongan yang berada. Aku bangga kerana dengan harta dan pangkat tengku yang aku warisi daripada papa, aku juga dapat berada dalam golongan ini.

Tetapi sejak aku mengenali Nial dan banyak menghabiskan masa denganya, aku dah tak fikirkan dah pasal harta dan pangkat. Bersama dengan Nial menjadikan aku seorang yang merendah diri. Nial tidak pernah angkuh dengan pangkat Tan Sri yang dimiliki daddynya. Malah dia tak pernah sebuat pun yang dia tu anak Tan Sri. Nial telah banyak mengajar aku bahawa harta tu tak boleh dibawa mati pun. Hebat betul pengaruh Nial terhadap aku.

Baru sahaja aku nak melangkah ke perkarangan kolej kediaman, sebuah kereta nissan fairlady berwana pink melintas dan parking di hadapanku. Dua orang gadis dengan pemakaian yang agak seksi dan rambut yang berkarat siap ada highlight berwarna-warni keluar daripada kereta itu. Baju yang dipakai boleh tahan gorgeous kalau nak dibandingkan dengan pakaian aku yang cuma mengenakan jeans dan jaket hoodie. Well kelas belum start pun lagi, tak payah la nak bergaya sakan. Ohh inilah yg dipanggil geng Divass. Macam badut sarkas adalah aku tengok.

"Lia darling, mananya orang-orang you yang bawak barang kita tu? Lambatnya sampai" salah seorang gadis itu bersuara dengan nada gedik.

"Be patient Nora darling" jawab gadis yang bernama Lia tu. Geli aku dengar, berdarling-darling bagai.

Tak lama lepas itu datang sebuah lagi kereta. Beberapa orang lelaki keluar dan mengangkat beberapa buah beg besar berwarna pink. Gila banyak barang minah ni. Asal tak angkut satu rumah tu je sekali cik Divass?

Aku terus melangkah meninggalkan mereka, malas nak tengok drama Diva-diva tu. Baik aku pergi hantar barang aku.

Sebelum aku dapat menjalani kehidupan sebagai student of bussiness management, ada satu benda yang aku perlu lalui dahulu. Sesuatu yang semua pelajar baru kene hadap. Orientation Day. Benda yang aku benci sejak zaman sekolah lagi. Tapi bukannya kau boleh buat apa-apa pun Mel, nama pun kau tu pelajar baru kan. Kene la hadap jugak.

Rutin yang sama akan berulang selama seminggu ini. Pelajar akan dihagikan kepada dua kumpulan iaitu muslim and non-muslim. Pelajar yang beragama islam akan dekendalikan oleh fasilitator muslim. Semua student wajibmengikut arahan fasilitator.

Salah satu daripadanya ialah pelajar islam harus mengenakan pakaian yg menutup aurat sepanjang orientasi berlansung. And of course geng Divass tidak akan berhenti merungut. Tetapi even diorang pun tak dapat bantah kuasa veto yang dimiliki oleh fasi-fasi di sini.

Jangan tau tak fasi-fasi ni pun tidak kurang hebatnya, mereka juga ada background family yang cukup berpengaruh. Aku ada dengar gossip yang fasi-fasi ni sengaja buat rules begitu, saja nak uji budak-budak junior ni.

Dan geng-geng divas ni pun terpaksa la follow rules pakai pakaian yg menutup aurat walaupun tak seberapa nak tutup dengan hanya memakai t-shirt oversized dengan selendang yang dililit ala kadar untuk menutup rambut di kepala.

Rutin bermula dengan setiap pagi bangun pukul 4:30 pagi, solat subuh sampailah isyak berjemaah, makan bersama di dewan makan,dengar taklimat, dengar ceramah keselamatan kolej kediaman, library, transportation dan bla,bla,bla,bla.

Aku dan rakan junior yang lain tidak pernah berhenti merungut itu dan ini. Siapa yang kene dengar rungutan-rungutan aku tu? Mestilah Nial yang perlu dengar semua tu. Setiap malam kami akan call dan sms masing-masing.

"Nial saya tak cukup tidur, setiap hari kena bagun awal. Pukul 4:30 pagi awak tau tak"

"Ceramah tu semua membosankan, saya rasa nak tertidur je. Tapi saya tak boleh tidur sebab fasi-fasi akan terus ambil gambar siapa yang tertangkap tidur semasa sesi ceramah"

"Leceh lah kene makan sama-sama kat dewan makan"

Itulah antara rungutan-rungutan aku. Dan jawapan Nial setiap kali aku merungut.

"Biasalah itulah namanya pengalaman sebagai student baru"

Itulah jawapan Nial.Seringkas itu. Setiap kali aku membebel-bebel. Se..tiap kali. Jawapan sama jugak yang dia akan bagi.

Malam keesokanya, malam terakhir hari orientasi. Aku call Nial sebelum masuk tidur.

"Hello Nial" panggilku sejurus selepas Nial mengangkat panggilanku.

"Yes...My...Mel.." jawapnya dengan nada yg agak perlahan.

"Nial awak dah tidur ke?"

"Tak...tak saya..dengarlah ni"

Sah dia tengah mamai. Selepas itu aku hanya dengar suara nafas halus seperti orang yang telah nyenyak tidur sahaja kedengaran.Tengah tidur pun sempat lagi dia angkat panggilan aku? Nial..Nial. Comelnya awak ni. Aku mematikan panggilan.

Setelah seminggu aku tak dapat bersua muka degan Nial. Aku tidak dapat lagi menyangkal yang aku sebenarnya sangat rindukan Nial. Aku rindu nak menatap wajah Nial. Aku rindu nak tenung mata Nial yang berwarna biru laut itu. Saat itulah satu perasaan yang sekian lama aku nafikan hadir. Lagi-lagi apabila dengar Nial menyebut 'My Mel' tadi.

He said 'My Mel'. And the weird part is?

I like it.

A suka dengar Nial panggil aku 'My Mel'.

Aku suka...

Yeah

Aku suka Nial.

Lebih daripada seorang kawan.




Serpihan Kisah Si DiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang