BAB 18 - Confess

1.4K 83 7
                                    

Selepas perbualan pasal pecahnya rahsia aku tu,rahsia yang sebenarnya aku dah lama tau pasal penyakit Nial. Aku dan Nial hanya diam sepanjang perjalanan kami naik ke wad Nial. Nial pun diam tak tanya aku apa-apa. Aku dah tak tau nak cakap apa dengan Nial. Aku tak tau nak letak mana muka aku ini. Malunyaa tak usah cerita lah. Aku? Seorang perempuan? confess dulu kepada lelaki? Pastu kene reject pulak tu? Ish apalah nasib aku.

Padahal masa sekolah menengah dulu bukannya tak ada orang minat kat aku. Semua yang datang confess, aku reject. Tapi sekarang? Kau Melissa Azriana yang dulunya reject orang, tapi sekarang kau yang direject? Serius dari tadi muka aku tak hilang-hilang lagi berona merah kerana menahan malu dan marah. Nial? Dia boleh buat macam aku tak ada confess apa-apa kat dia tadi. Dengan muka selambanya itu. Hish geramnya aku.

"Nial! Saya tak kisah lah awak nak reject saya ke apa. But I want you to know this. I like you because of who you are. Saya suka awak tak kira apa pun keadaan awak. Awak semasa sakit ataupun awak semasa sihat. Your illness is part of you. It is part of your weakness. Itu yang menjadikan siapa diri awak sekarang ni. Dan saya saya suka awak yang sekarang ini, Nial. Nial yang berada di hadapan saya ni. Nial yang selalu ada untuk dengar masalah saya. Nial yang selalu sabar melayan kerenah saya. So don't give me that damn excuses!! That we can't be together because of your illness?? Saya nak berada di samping awak. Can't we fight the illness together?"

Kataku meluahkan segalanya. Segala rasa yang aku pendam selama ini. Aku hampir saja menitiskan air mata. Nial terdiam mendengar luahan exclusive aku tadi. Memandang aku dengan riak yang tak aku fahami. Dia dengar tak apa yang aku dah luah panjang lebar tadi?

"Mel, esok awak ada kelas tak?" tanyanya tiba-tiba.

What the hell? Aku punyalah buat luahan exclusive tadi. Siap hampir menitiskan air mata lagi. Tapi sekarang, dia boleh selambanya tanya aku ada kelas ke tak esok? Like seriously?

"Mel, saya tanya ni. Awak dengar tak?" tanyanya lagi.

Eh,eh yang tadi aku luah panjang-panjang tu awak dengar ke tak Nial?

"Hmmm, pagi je ada satu kelas" jawabku acuh tak acuh.

"Good, esok habis kelas ambik saya kat sini"

"Huh? Ambik awak nak bawak pegi mana?"

"Pergi date"jawabnya sambil tersenyum.

"What? Date?"

Okay, Nial ajak aku gi date. Apa maksudnya ni? Ni kira macam dia terima confess aku ke apa? Macam ni ke cara dia luah perasaan? Dengan tidak meluahkan perasaan? Mel kau kena ingat tak semua orang kat dunia ni berfikiran sama macam kau tu. Confess kat orang dengan tak tau malunya. Sabar jelah aku dengan kau ni Nial. Nasib baik aku sayang. Hish tak malu betul. Hahaha

"Nak pergi mana?" tanya aku teruja. Senyum sampai ke telinga. Nial ajak pergi date kot. Hehehe

"Kalau awak pergi date? What do you like to do? Mel " tanyanya dengan ikhlas.

Wah gentleman. Dia tanya pendapat aku dulu. I like! Future Husband point 1. Berangan eh kau Mel.

"Saya suka pegi main ice skating, tengok wayang pastu jalan-jalan sambil makan ice-cream" Macam budak-budak.

"Hmm okay jugak kita buat semua tu esok"

"Kalau awak?" tanyaku pulak. Nak jugak tau apa yang Nial nak buat apabila keluar dating.

"Picnic sambil tengok sunset"

"Wah best jugak, lepas buat apa yang saya nak, kita gi picnic pulak eh?"

"But saya ada satu permintaan"

"What?"

"Saya nak awak masak sendiri buat bekal untuk picnic tu"

"Hmm, Nial. Saya sebenarnya ada satu lagi benda yang saya nak confess"

"Huh? Apa dia?"

"Saya sebenarnya...tak reti masak... hehehe" Kataku jujur sambil menunjukkan peace.

"Lah, ingatkan nak confess apa lagi. Sudah-sudahlah buat jantung saya hampir berhenti tadi Mel" Katanya dan ayat last tu gumamnya perlahan.

"It's okay, just buat sandwich biasa-biasa je tak yah masak pun. Okay? Saya teringin jugak nak rasa air tangan awak"

Aku tersenyum bahagia. Gembira bila memikirkan yang kami akan pergi dating esok. Aku dengan Nial ? Dating? It's like a dream come true. And i hope it will last.


Serpihan Kisah Si DiaWhere stories live. Discover now