BAB 24 - Thanks Mel

1.7K 86 13
                                    

Walaupun dah dua hari aku tak datang kelas, gossip pasal aku dengan Nial tu masih belum reda lagi. Pandangan-pandangan negatif daripada student-student lain itu tidak aku hiraukan. Aku datang sini sebab satu benda je. Nak jumpa dengan orang itu. Aku sabar menunggu di lobi blok kuliah itu.

"Aku dengar kau cari aku. Nak apa? Dua hari tak nampak batang hidung, ni tiba-tiba muncul." kata Ash.

"Ash, aku nak kau ikut aku"

"Eh-eh suka-suka je, suruh aku ikut kau. Nak pergi mana?"

"Jumpa Nial"

"No, siapa Nial? Aku tak kenal dia." katanya dengan nada yang dingin.

"Ash, please I'm begging you. Jumpa dengan Nial. Nial teringin sangat nak jumpa dengan kau and mommy dia. He is in hospital right now. Dia sangat tenat sekarang ni." Mata aku sudah berkaca-kaca.

"Huh, kau tak payah lah nak karang cerita Mel. Nial sakit konon. Ni mesti idea dia supaya aku maafkan dia kan? Kau dengar sini! Aku nak kau bagi tau pengkhianat tu, aku tak akan maafkan dia senang-senang macam tu je. Setelah apa yang dia dah buat kat Mommy aku! Jangan harap aku akan bagi mommy jumpa dengan dia. Aku tak nak tengok muka dia lagi!" kata Ash dengan muka yang bengis.

"Ash, tolonglah jumpa dengan Nial. Sekejap pun jadilah. Dia kata dia rindu sangat dengan kau. Dia rindu adik dia. Walau macam mana pun Nial masih abang kembar kau!" Aku masih cuba merayu.

"Aku dah pernah cakap sebelum ni kan. Aku dah lama anggap yang abang aku tu dah mati!!"

Aku terjelopok di atas lantai itu. Menangisi pemergian Ash yang kian menghilang. Meninggalkan aku di situ tanpa menoleh ke belakang walau sekali pun. Kenapa keras sangat hati kau, Ash? Aku betul-betul tak sangka yang kau macam ni.

====================================

Nial nampak gembira semasa aku melawatnya petang itu. Wajahnya ceria dan tidak pucat lagi seperti semalam. Nial juga sudah berselera nak makan. Ini kerana Tan Sri Adam, daddy Nial ada datang melawat Nial tengahari itu.

Aku yang telefon papa suruh bagitau Tan Sri yang anaknya nak berjumpa dengannya. Aku turut senang hati yang Tan Sri tu nak jugak datang melawat Nial. Tak macam orang tu.

"Cepatnya, daddy awak balik Nial?" tanyaku.

"Daddy kata dia ada meeting petang ni. Tak pelah walaupun sekejap je dapat jumpa daddy. Saya masih bersyukur."kata Nial sambil tersenyum.

"Nial, saya tak nampak pun Doktor Farhan hari ni. Semalam saya ada bagitau dia kalau keputusan CT scan awak tu dah keluar. Saya nak jumpa dengan dia". Aku bertanya hairan.

"Erm,dia busy lah tu rawat patient lain. Bukan saya sorang je patient dia, Mel"

"Hmm,yelah kot"

"Mel...."rengek Nial. Aduh dah start dah nak merengek. Nial, Nial

"Ash tak nak jumpa dengan saya lagi ke,Mel? Dari pagi saya tunggu dia datang. Bila dia nak datang lawat saya Mel? Saya takut sangat kalau saya tak sempat nak jumpa dengan dia."tanya Nial dengan nada sayu.

"Nanti Ash datanglah. Dia kata dengan saya, dia akan lawat awak. Sabar ya Nial. Tak mau la merengek macam ni. Tak macho lah. Nial saya tak macam ni" Aku cuba memujuk Nial. Maaf Nial. Saya terpaksa tipu awak.

Nial mula tersenyum. Tersenyum mungkin sebab dengar aku panggil dia 'Nial saya'. Tak kesah lah aku. Asal Nial senyum. Senyuman manis dan ikhlas diberikan. Senyuman yang paling aku suka. Senyuman yang mungkin aku tak dapat lihat lagi?

"Mel, terima kasih kerana awak setia berada di sisi saya. Awak sudi terima saya walaupun dalam keadaan saya yang macam ni. Saya nak minta maaf kalau saya tak mampu untuk penuhi permintaan awak. Saya sayangkan awak, Melissa. Saya bersyukur sangat Allah pertemukan saya dengan awak. Walaupun masanya singkat. Itu sudah memadai buat saya. Mel,kalau ada seseorang yang mampu sayang dan mampu jaga awak lebih baik daripada saya. Saya harap awak terima dia, Mel. Saya nak awak bahagia walaupun tanpa saya disisi awak. "

"Apa ni Nial, Saya tak suka lah dengar awak cakap macam ni. Saya tak nak orang lain. Saya cuma sayang awak sorang je" Air mataku deras mengalir.

"Kalau orang yang sayang awak tu muka dia macam saya? Tak nak jugak?" Nial cuba bergurau.

"Tak nak, muka sama pun still bukan awak" Aku memuncungkan bibirku.

"Baiklah My Mel. Tak mau merajuk dah. Meh sini duduk sebelah saya."

Aku tersenyum bahagia dengar Nial panggil aku My Mel. Dah lama aku tak dengar dia cakap macam tu.

Malam itu kami tak henti berborak. Meluahkan segala rasa. Kami bercerita bermula dari pertemuan pertama kami. Bergelak ketawa bila teringatkan insiden lucu itu. Insiden apabila aku tak sengaja peluk Nial yang aku ingatkan dia papa aku masa tu. Siap meraung-raung nangis lagi seab ingat papa dah tiada.

Nial lah ada ke patut dia tidur berselubung selimut satu badan? Maunya aku tak salah sangka. Habit alasan yang dia berikan kepada aku hari ini. Tak boleh blah alasan Nial itu. Malam itu kami berterusan bercerita seakan itu ialah hari terakhir kami dapat berborak macam tu lagi.

Serpihan Kisah Si DiaOnde as histórias ganham vida. Descobre agora