BAB 21 - Concern

1.4K 73 4
                                    

Kami pergi ke Sunway Pyramid. Kami segera menuju ke ice skatting rink. Aku dan Nial mula memakai sarung tangan dan kasut skate. Ish tak sabarnya nak skate. Kami masuk ke rink itu dengan berhati-hati dan mula meluncur bersama-sama. Aku pegang lengan Nial. Tak sangka pulak Nial pandai main ice skatting. Aku ni pulak ada lah dua tiga kali je main. Nial meluncur dengan lancar. Ish dia tinggalkan aku? Best sangat la tu dapat skate.

Sekali sekali Nial akan menyinggul badanku menyebabkan aku hampir saja hilang imbangan. Kalau jatuh ni, mahu basah punggung. Sejuk pulak tu.

"Kalau saya jatuh Nial. Siap awak saya kerjakan"

"Uish takutnya." katanya dengan buat muka takut selepas itu dia ketawa.

Selepas hampir sejam kami meluncur. Aku pergi ke arah Nial. Aku dapat lihat muka Nial mulai pucat dan bibirnya mulai membiru. Ish tak boleh jadi ni. Aku tak nak Nial jatuh sakit pulak kat sini.

"Nial, dah lah saya dah penat main. Jom kita pergi makan pulak. Saya dah lapar" kataku cuba mengajak Nial. Bagi alasan lapar.

"Erm,okay"

Selepas kami makan. Muka Nial mula berona seperti sedia kala. Bibirnya pun dah tak biru macam tadi. Uishh. Legaaa. Risau aku kalau jadi apa-apa kat Nial.

"Mel, dah pukul 2 dah ni. Wayang dah nak start kan"kata Nial.

"Ohh, Okay jom. Kita tengok wayang!!" kataku dengan riang.

Aku terus bangun dan menarik lengan Nial supaya dia mengekori aku. Nial hanya senyum melihat kerenahku. Dia mengeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. Pening kot tengok aku yang tadi macam moody, tapi sekarang terus happy pulak.

Kami memilih action movie. Cerita 'Marvel's Doctor Strange'.

"Wah cayalah magik dia. Hebat kot" kataku sedikit kuat. Tak tahu malu betul.

"Mel, perlahan lah sikit suara awak tu" Nial berbisik.

"Opps sorry" aku meneruskan tontonan.

Selepas setengah jam macam tu aku lihat Nial hanya diam di sebelahku.

"Nial! Awak okay tak ni?"

"Okay..."

Aku nampak Nial duduk memeluk tubuhnya sambil mengigil-gigil. Ah sudah. Air-cond kuat sangat ke sampai Nial tak boleh tahan? Aku mula risau.

"Nial saya rasa sakit perutlah. Jom keluar"

"Huh? Dah tu movie ni macam mana?"

"Jomlah Nial teman saya pergi toilet" Aku membuat suara comel.

Sudahnya kami tidak menonton pun movie tu sampai habis. Sayang memang sayang. Dah bayar kan. Tapi nak buat macam mana. Kami jalan-jalan di mall tu.

"Mel, tu ada ice-cream. Awak kata awak nak makan ice-cream."

"Huh? Bila masa saya cakap nak makan ice-cream. Tak nak lah macam budak-budak pulak"

"Nial,jom keluar. Kata nak pergi picnic kan? Dah petang dah ni." Aku mengajak Nial.

Di dalam kereta. Semasa dalam perjalanan ke tempat yaang Nial nak picnic tu. Aku tak tau kat mana tempat tu. Nial yang drive kereta. Aku cuma duduk di sebelahnya diam-diam menikmati popcorn yang tak habis tadi. Yelah movie belum habis dah keluar. Popcorn pun masih banyak lagi.

"Saya tahu awak ajak keluar dari panggung wayang tadi sebab saya. Masa main ice skatting tu pun awak tiba-tiba ajak pergi makan, pasal ice-cream tu pun" Nial berkata tiba-tiba.

"Thanks, Mel. Sebab concern pasal saya." katanya lagi.

"No problem. Saya tak nak awak jatuh sakit je Nial"

Alamak! Nial tahu? Ish dia ni. Dasyat lah memang tak boleh sorok apa-apa rahsia langsung daripada dia. Mesti dia dapat menghidu kalau aku tipu. Kau pun satu Mel. Pilih benda yang semuanya melibatkan keadaan sejuk. Ice skating, movie and ice-cream! Siapa-siapa pun boleh beku! Inikan dengan keadaan kesihatan Nial yang macam tu. Ermm Sorry Nial.

Alala prihatinya Mel ni.
Bab seterusnya akan cerita pasal diorang picnic pulak. Update esok pulak. Thanks sudi membaca. Jangan lupa vote.

Serpihan Kisah Si DiaWhere stories live. Discover now