BAB 5 - Aku nampak

1.7K 99 5
                                    

Keesokan harinya aku pergi melawat Nial macam biasa. Tiba saja di depan pintu bilik Nial dan sebelum aku buka pintu itu dengan lebih luas aku terdengar Nial terbatuk-batuk sambil menutup mulutnya dengan handkerchief.

"Uhuk...Uhuk...Uhuk...Kof...Kof...Kof" Nial tidak berhenti terbatut- batuk. 

Aku diam membisu bersandar di belakang pintu. Melalui  pintu yg sedikit terbuka  itu, aku dapat lihat handkerchief yg Nial pegang tu dilumuri darah. Oh...My...Nial awak sakit apa sebenarnya?

Bila difikirkan semula setiap kali aku tanya Nial dia sakit apa? Dia cuma cakap ianya tidak serious pun dan cuma memerlukan operation sahaja untuk sembuh.

Nial sering juga  menukar topik setiap kali aku tanya pasal kesihatannya. Nial sentiasa tersenyum  dihadapku dan tidak pernah menunjukan sebarang tanda-tanda yang dia ada penyakit kritikal seperti yang aku lihat sekarang ni.  

Selama ni dia cuba sembunyi penderitaannya daripada aku ke? Tapi hari ini keadaan yg Nial cuba sembunyikan daripada aku dan keadaan yg tak sepatutnya aku nampak. Aku dah nampak.

Selepas beberapa minit aku dengar yang batuk Nial mulai reda. Nial membaringkan dirinya dan cuba untuk merehatkan diri atau tidur mungkin. Aku melangkah masuk dengan senyap dan duduk di kerusi sebelah katil Nial. Tiba-tiba Nial bangun dari pembaringan.

"Mel, kenapa hari ni awak datang lambat? Saya tunggu awak dari tadi" katanya dengan suara yang agak serak dan tidak bermaya tapi raut wajahnya nampak teruja apabila melihat aku.

"Papa suruh saya breakfast dengan dia tadi, selalunya kan saya terus datang sini and breakfast dengan awak" tipuku.

Aku cuba untuk menahan diri daripada menangis di hadapan Nial. Dia mesti akan susah hati kalau tengok aku sedih sebab dia.

"Nial baringlah, tadi bukan awak nak sambung tidur ke?"

"Saya tak jadi lah sambung tidur, dari tadi saya tunggu awak datang Mel. Tak datang-datang, saya risau kalau ada apa-apa berlaku kat awak"

Nial kenapa awak nak risaukan saya? Awak sepatutnya risaukan kesihatan awak tu.
Aku sedaya upaya menahan air mata daripada keluar. Aku keluarkan handphone dan berpura-pura bermain sesuatu di handphoneku sepuya ia boleh jadi distraction daripada aku memikirkan tentang penyakit Nial. Aku tak nak Nial dapat baca air mukaku.

"Awak main game apa tu Mel? Nak tengok jugak"

Nial cuba merampas telefonku tetapi tanganya tersentuh dengan tangan aku. Panasnya tangan Nial.

"Sorry Mel, saya tak sengaja"katanya nada rasa bersalah.

"Nial, tangan awak panasnya. Awak demam ke? Kenapa awak tak bagitau saya?"

"It's just a little cold, Saya akan okay lepas ni. Saya dah makan ubat dah pun" jawabnya cuba meyakinkan aku.

"No..You wont't be okay, kalau awak tak rehatkan badan tu. Saya nak awak tidur sekarang"kataku dengan tegas. 

Aku risaukan kesihatan Nial. Air Muka aku semakin keruh apabila memikirkan penyakit Nial yang kritikal tu.

"Hey Mel jangan lah buat muka sedih macam ni. Okay saya tidur sekarang.Happy?"

"Hmm"gumamku.

"Awak jangan pergi mana-mana pulak time saya tidur" pesan Nial. 

Takut sangat aku tinggalkan dia. Tapi jauh di sudut hati, aku yang sebenarnya takut memikirkan satu hari nanti Nial akan pergi tinggalkan aku.

"Saya tak pergi mana-mana lah Nial, saya akan teman awak kat sini"Aku meyakinkan.Nial mula tidur. 

Tanpa sedar aku pulak yang tertidur di atas tepi katil Nial. Apabila aku terjaga,aku lihat katil kosong. Nial  sudah tidak ada di atas katilnya.

"Nial!...Nial!!" jeritku takut kalau ada sesuatu yang teruk berlaku pada Nial.

"Mel! Saya ada dalam toilet ni lah"jawabnya dan aku nampak Nial keluar dari toilet.

"Awak kenapa Mel,takkan saya pergi toilet pun tak boleh? Dia punya menjerit macam saya dah mati je"katanya selamba.

"Nial! Saya tak suka awak cakap macam tu. Please jangan cakap pasal mati"aku mencebik.

"Sorry..Sorry. I won't say like that again"

Entah kenapa semakin lama aku dapat rasakan yang yang waktu aku untuk bersama Nial semakin singkat. Nial Please don't leave me. Awak satu-satunya kawan baik saya. Satu-satunya orang istimewa buat saya.

Serpihan Kisah Si DiaWhere stories live. Discover now