BAB 6 - Rahsia Nial

1.7K 97 9
                                    


Sebelum aku pulang ke rumah selepas melawat Nial semalam. Aku pergi bertemu seseorang. Kata-katanya semalam tidak dapat aku lupakan sehingga ke pagi ini. Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telingaku.

"Danial menghidap kanser paru-paru tahap 4"

"Peluang untuk sembuh adalah sangat tipis"

"Sebelum ini, Danial telah menjalani beberapa pembendahan untuk buang tumor itu, tetapi barah yang dihidapi oleh Nial sangat cepat membesar dan merebak. Selepas satu operation barah tu tetap tumbuh kembali"

"Antara rawatan yang berkesan yang boleh dilakukan ialah rawatan Chemotherapy dan radiotherapy untuk mematikan sel-sel barah itu. Tetapi disebabkan oleh kesan sampingan seperti rambut gugur,muntah, kerosakan sistem imun,dan boleh membawa beberapa kerosakan kepada organ lain."

"Nial memutuskan untuk memberhentikan rawatan chemotherapy itu"

"Nial sekarang hanya bergantung kepada ubat anti-kanser sahaja dan kaedah haemopathy. Ubat yang diambil oleh Nial hanya dapat membantu untuk memperlahankan pertumbuhan barah daripada terus merebak"

"Keputusan pemeriksaan CT scan baru-baru ini jugak menunjukkan yang kanser itu telah merebak ke separuh paru-paru Nial, kita cuma boleh berharap yang kanser itu tidak merebak cepat ke seluruh paru-parunya"

"Nial akan menhadapi sakit dada dan batuk berdarah. The worse case scenario ialah Nial akan menghadapi kesukaran bernafas dan oksigen mungkin tidak dapat sampai ke bahagian otak, dan jika itu berlaku, Organ-organ Nial yang lain akan gagal berfungsi"

Itulah kata-kata Doktor Farhan, doktor yang merawat Nial. Pada mulanya doktor Farhan enggan memberitahu aku tentang penyakit Nial kerana menghormati permintaan Nial yang memintanya untuk merahsiakannya.

Tetapi disebabkan Doktor Fahan sudah mengenali aku dan dah selalu lihat muka aku je yang rajin melawat Nial, tak ada muka lain dah, setiap hari pulak tu.Aku kan tak tau malu. Akhirnya dia bersetuju untuk memberitahu aku selepas bermacam-macam ayat aku lemparkan untuk memujuknya.

"Mel...Mel...Mel! "panggil Nial.

"Huh? Ye kenapa?"

"Kenapa awak tanya? Awak tu yg kenapa? Dari tadi termenung, awak fikirkan siapa?"

"Saya....Saya fikirkan awak lah Nial" jawabku jujur. Saya tengah risaukan awak ni Nial.

"Lah...Saya ada kat depan mata awak ni kan? Buat apa lagi nak fikirkan saya?"

"Saya...Saya takut sangat Nial kalau saya tak dapat jumpa awak dah lepas ni"kataku tanpa sedar.

"Huh...apa yang awak merepek ni Mel?" tanyanya hairan.

Apa yang aku cakap ni? Macam mana kalau Nial tahu yg kau dah tau pasal penyakit dia? Control your emotion Mel. Don't let Nial see through you.

"What I meant is....Saya tak dapat jumpa awak selalu dah lepas ni. Sebab esok kan saya dah start my first sem as degree student". Aku cuba memberi alasan.

"Aah betul jugak, tak pelah awak masih boleh call or sms saya kan masa awak kat sana"

"Yeah..."kataku dengan nada sedih.

"Dont't worry Mel, saya pun lagi seminggu je kat hospital ni. Lepas saya keluar I'll straight come looking for you Mel" kata Nial with double meaning smile.

Apa yang awak maksukan Nial? You will straight come looking for me?

Serpihan Kisah Si DiaWhere stories live. Discover now