BAB 3 - Listener

2.1K 100 1
                                    


Hari ni ialah hari papa kene buat operation untuk buang ketumbuhan tu dan operation tu mangambil masa beberapa jam. Aku decide untuk tunggu papa kat wad dia je sebab lepas operation nurse akan hantar papa kat wad ni jugak. Aku bercadang untuk membaca novel di atas katil papa sepanjang menunggu papa.

Sedang aku ralit membaca salah satu hasil novel daripada penulis kegemaranku dan sekali lagi aku lupa yang aku tidak bersendirian dalam wad ni, ada sepasang mata yang ralit memerhati gelagat aku yang tersengih-sengih macam org kurang siuman atau tergelak sorang-sorang macam orang giler.

"Hi... Hi... Hi.. Ha.. Ha.. Ha.. No way.. Oh my.. My.. " Gumamku sendirian.

"Mel,awak baca novel apa tu? Dari tadi saya tengok tak berhenti tersengih-sengih siap cakap sorang-sorang pulak tu?"

Tiba-tiba ade suara yang menghentikan khayalan cerita novel yang aku tengah baca tu.

"Novel She With Me, seriously best giler cerita ni"jawabku dengan excited sambil tersenyum girang.

"Ohh really? Cuba awak cerita dekat saya apa yang best sangat novel tu sampai awak segembira ini? With that beautiful smile of yours"katanya.

Ayat yang last tu aku tidak berapa dengar sebab dia cakap dengan suara yang perlahan. Aku pun malas nak perasan dan aku malas nak peduli dia betul-betul nak dengar cerita aku atau saja je nak perli aku tapi aku cerita jugak pasal novel yang aku tengah baca tu. Sebab aku tengah super excited masa tu.

Surprisingly he listen to my story sampai habis. Nial he is a good listener.

Perbualan kami berlajutan dari tajuk-tajuk novel yang aku minat, novel yang Nial baca, drama korea kesukaan aku, semua movie English, Japan, Korea, Thailand, Philiphine dan segala cerita favorite aku ceritakan kepada Nial, dan Nial pun kagum yang aku minat movie daripada pelbagai negara. Well semangat Asian la katakan, sampailah makanan dan minuman kesukaan pun kitaorang bagitau.

Buat pertama kali aku rasa seronok ada kawan untuk berbual dan berkongsi minat. Kitaorg bercakap sampai papa masuk dalam wad pun aku tak sedar. Papa pun masih belum sedarkan diri dan aku biarkan papa tidur. Aku masih lagi bercakap sampaikan Nial pun tertidur di atas katilnya. Penat sangat kot dengar cerita aku.

Aku perhati je Nial tidur.Tidurnya nampak sangat nyenyak dengan hanya dengkuran halus kedengaran. Macam kanak-kanak yang tidur selepas penat bermain. Comelnya muka Nial masa dia tidur. Tiada lagi muka sinis yang suka memerli aku tu.

"Handsome jugak dia ni sebenarnya" Aku gumam perlahan.

Muka Nial memang sangat kacak pada tatapanku dengan raut muka yang maskulin, putih macam mat salleh hasil kacukan daripada daddynya, dihiasi dengan bulu mata yang agak panjang, bulu mata aku pun tak sepanjang itu dan bibir yang merah walaupun agak kering. Aku yang perempuan ni pun naik jeles tengok bulu mata dan bibirnya lebih cantik daripada aku punya.

"Saya harap saya dapat luangkan masa bersama awak setiap hari Nial" gumamku rendah.

Kerana matanya tertutup rapat aku tak dapat nak tenung anak mata Nial yang berwarna biru laut tu.Habis tu kau nak suruh Nial bukak mata sambil tidur ke Mel? Agak-agak la. Warna anak mata Nial telah menjadi one of my most favorite part yang aku nak tengok setiap kali menatap wajah Nial.

Tiba-tiba ada perasaan yang sukar aku gambarkan hadir. Jantung aku berdegup dengan laju. Kenapa lagi lama aku tatap wajah Nial aku jadi semakin nervous ni? Tak kan la aku ada perasaan kat Nial?

No...No Mel you just like Nial as your friend, not more than that lagipun sebulum ni kan kau tak pernah ada kawan rapat sebab tu kau rasa macam tu kot. Nial kawan rapat pertama kau. Kau rasa happy sebab Nial boleh tahan dengan perangai kau tu.Yes just kawan rapat je. Aku meyakinkan diriku.

Serpihan Kisah Si DiaΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα